Airbnb Bakal IPO Walaupun Pandemik Belum Berakhir

Mendapat nasihat emas daripada pelabur terkenal dunia merupakan satu perkara yang penting dalam hidup seorang pelabur baru atau ahli perniagaan.

Itulah yang terjadi kepada CEO syarikat vacation rental online yang terkenal di dunia, Airbnb ketika perjumpaannya dengan pelabur lagenda terkenal, Warren Buffett dan Jeff Bezos beberapa tahun yang lepas. Brian Chesky telah menerima nasihat tersebut ketika mereka bertiga mengadakan makan tengah hari bersama.

Nasihat yang diberikan oleh Warren Buffett kepada Brian Chesky ini sangat ringkas iaitu “jangan menjadi kaya dengan terlalu cepat”. Nasihat ini merupakan nasihat yang biasa diberikan oleh Warren Buffett kepada mana-mana usahawan.

Pada tahun 2005, Jeff Bezos yang kini merupakan lelaki terkaya dunia pernah mendapat nasihat yang serupa ketika pertemuan mereka.

Jeff Bezos pada ketika itu hairan kenapa ramai manusia tidak boleh berjaya seperti Warren Buffett di dalam dunia pelaburan, sedangkan konsep pelaburan yang dilakukan oleh Warren Buffett ini sangat ringkas.

Warren Buffett menjawab pertanyaan Jeff Bezos itu dengan menyatakan tidak ramai yang sanggup bersabar untuk menjadi kaya dengan lambat.

Brian Chesky terkesan dengan nasihat Warren Buffett itu dalam pengurusan syarikatnya.

Seperti yang kita sedia maklum, sektor yang teruk terjejas ketika krisis pandemik ini adalah sektor pelancongan. Airbnb juga tidak terkecuali menghadapi  isu yang sama seperti syarikat yang berkaitan dengan pelancongan.

Sejak pandemik ini berlaku, Airbnb telah mengalami kemerosotan hampir 50% daripada jumlah revenue mereka berbanding tahun lepas. Syarikat tersebut juga terpaksa memberhentikan seramai 1,900 orang pekerja yang bersamaan dengan 25% daripada keseluruhan warga kerja syarikat.

Ia merupakan sejarah terburuk yang pernah berlaku sepanjang penubuhan syarikat ini sejak 12 tahun yang lepas.

Pada tahun lepas, syarikat ini dinilai sebanyak $31 bilion dan pada April tahun ini, Airbnb telah kehilangan nilai sebanyak $12 bilion. Syarikat ini terpaksa memulangkan kembali wang tempahan peginapan pelanggan mereka sejak perintah kawalan pergerakan yang berlaku di seluruh dunia bermula pertengahan bulan Mac tahun ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is Airbnb-Bakal-IPO-Walaupun-Pandemik-Belum-Berakhir3-700x466.jpg

Di antara faktor yang menyebabkan Airbnb ingin meneruskan usahanya untuk mambawa syarikat ini ke IPO disebabkan sebahagian besar pekerja mereka mempunyai stock option yang akan berakhir pada November tahun ini. Jika Airbnb tidak dapat membawa syarikat ini ke IPO, stock option milik pekerja mereka akan tamat tarikh luput dan tidak lagi bernilai.

Sebelum ini, Airbnb bercadang untuk mengapungkan saham syarikat mereka menggunakan teknik Direct Listing kerana mereka tidak memerlukan duit pelabur luar pada kerana sudah stabil daripada segi kewangan.

Tetapi kini dengan krisis yang melanda kebanyakan sektor pelancongan, Syarikat Airbnb bakal menggunakan kaedah IPO tradisional yang mana menjual saham syarikat mereka kepada pasaran terbuka.

Dengan melakukan IPO secara tradisional ini, Airbnb akan mendapat capital untuk pelaburan mereka.

Menurut Jim Cramer, penganalisis pasaran terkenal di Amerika Syarikat, tindakan yang dilakukan oleh Airbnb ini adalah satu tindakan yang bijak walaupun ketika krisis pandemik ini masih belum berakhir.

Menurut beliau, tidak seperti perniagaan hotel, Airbnb turut menyediakan tempat penginapan yang terpencil kepada pelanggan mereka seperti di dalam kawasan hutan. Konsep penginapan seperti ini tidak terjejas buat masa ini.

Menurutnya lagi, menetap di hotel adalah lebih berbahaya berbanding dengan rumah tumpangan. Dengan melakukan IPO ketika banyak perniagaan syarikat hotel lain masih lagi tidak berjalan, akan memudahkan  peningkatan harga saham syarikat tersebut ketika proses IPO dijalankan.

Sumber Rujukan: https://markets.businessinsider.com/news/stocks/warren-buffett-airbnb-brian-chesky-get-rich-slow-ipo-filing-2020-8-1029520058#

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.