16 Syarikat Terbaik Dari Malaysia Di Bawah $1 Bilion Bagi Tahun 2020

Forbes merupakan majalah yang tidak asing lagi bagi ahli perniagaan di dunia. Majalah ini mengumpulkan data-data tentang kekayaan individu dan juga syarikat yang dimiliki mereka.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Forbes telah mengeluarkan data untuk 200 buah syarikat di Asia Pasifik yang terbaik dan sebanyak 16 buah syarikat di Malaysia yang disenaraikan dalam pasaran saham.

Mari kita lihat senarai 16 buah syarikat tersebut.

1. AME Elite Consortium Berhad

Nilai syarikat: $170 juta
Jumlah jualan: $91 juta
Pendapatan bersih: $15 juta

Syarikat yang memfokuskan di dalam pembinaan hartanah yang melibatkan kawasan perindustrian dan juga kilang-kilang. AME Elite juga menyediakan khidmat nasihat kejuruteraan (pembinaan) kepada pelanggan mereka.

Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 1995 dan diapungkan di pasaran saham Bursa Malaysia pada 2019.

2. C-Link Squared

Nilai syarikat: $109 juta

Jumlah jualan: $17 juta

Pendapatan bersih: $3 juta

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan software untuk syarikat korporat memudahkan kerja mereka termasuk dokument elektronik. Kebanyakan pelanggan mereka adalah terdiri daripada bank dan syarikat insuran.

C-Link Squared ditubuhkan pada tahun 2000 dan disenaraikan di pasaran saham Hong Kong tetapi mempunyai ibu pejabat Malaysia.

3. Frontken Corporation Berhad

Nilai syarikat: $677 juta

Jumlah jualan: $82 juta

Pendapatan bersih: $17 juta

Syrikat yang menyediakan khidmat kejuruteraan di dalam segmen semiconductor dan juga oil and gas. Frontken yang diasaskan di Singapura pada tahun 1996 dengan seramai 12 orang pada permulaan perniagaan mereka dan kini berkembang sehingga 1,000 orang pekerja di 7 buah negara.

4. Johore Tin Berhad

Nilai syarikat: $104 juta

Jumlah jualan: $140 juta

Pendapatan bersih: $11 juta

Syarikat yang menghasilkan produk tin makanan dan pembungkusan. Syarikat ini kemudian meluaskan lagi penguasaan pasaran di dalam prroduk penghasilan makanan.

Syarikat ini mengapungkan saham mereka di Bursa Malaysia pada tahun 2003.

5. Kossan Rubber Industries

Nilai syarikat: $3.265 billion

Jumlah jualan: $535 juta

Pendapatan bersih: $54 juta

Merupakan salah sebuah syarikat yang menghasilkan sarung tangan terbesar dunia. Purata tahunan penghasilan sarung tangan getah sebanyak 28 billion unit setahun.

Kossan telah diasaskan pada tahun 1979 dan kini semakin maju berikutan permintaan sarung tangan getah yang meningkat di seluruh dunia, akibat daripada penangan Covid-19.

6. Lii Hen Industries Berhad

Nilai syarikat: US$115 juta

Jumlah jualan: $202 juta

Pendapatan bersih: $19 juta

Syarikat yang menghasilkan barangan perabot dan juga terlibat dalam perusahaan penanaman pokok getah di negeri Johor.

Lii Hen telah diasaskan pada tahun 1994.

7. Magni-Tech Industries Berhad

Nilai syarikat: $212 juta

Jumlah jualan: $288 juta

Pendapatan bersih: $29 juta

Syarikat yang memfokuskan penghasilan barangan garments dan juga plastik pembukusan. Syarikat ini juga mempunyai cawangan kilang mereka di Vietnam dalam penghasilan pakaian.

Magni-Tech telah diasaskan pada tahun 1997 dan mula mengapungkan saham mereka pada tahun 2000.

8. Mi Technovation Berhad

Nilai syarikat: $500 juta

Jumlah jualan: $46 juta

Pendapatan bersih: $14 juta

Syarikat yang menghasilkan wafer di dalam industri semiconductor. Terdapat ura-ura yang mengatakan Mi sedang mengurangkan kebergantungan mereka di dalam industri tersebut memandangkan kurang memberi impak yang tinggi kepada perniagaan syarikat.

9. OpenSys Berhad

Nilai syarikat: $57 juta

Jumlah jualan: $25 juta

Pendapatan bersih: $3 juta

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan. OpenSys ini menyediakan perkhidmatan melalui penyediaan software dan hardware untuk syarikat gergasi di Malaysia termasuk beberapa buah bank yang terkenal.

10. Oriental Interest Berhad

Nilai syarikat: $60 juta

Jumlah jualan: $72 juta

Pendapatan bersih: $14 juta

Sebuah syarikat pelaburan di dalam industri hartanah dan juga perkilangan.

Setakat ini Oriental mempunyai 25,000 unit dibawah pengurusan mereka dari Puchong sampailah ke Alor Setar.

Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 1986.

11. Pentamaster Corporation Berhad

Nilai syarikat: $629 juta

Jumlah jualan: $118 juta

Pendapatan bersih: $20 juta

Syarikat yang fokus di dalam penyediaan peralatan berteknologi tinggi kepada kilang-kilang pengeluaran, termasuklah kilang semiconduktor dan juga farmaseutikal.

Pentamaster mempunyai ramai pelanggan di serata dunia dan telah diasaskan pada tahun 1991.

12. Revenue Group Berhad

Nilai syarikat: $109 juta

Jumlah jualan: $14 juta

Pendapatan bersih: $2 juta

Syarikat yang menyediakan servis pembayaran secara online. Mempunyai pelanggan yang terdiri daripada syarikat antarabangsa seperti Visa dan Mastercard.

13. Scientex Berhad

Nilai syarikat: $1.122 billion

Jumlah jualan: $786 juta

Pendapatan bersih: $81 juta

Syarikat yang mengeluarkan produk PVC dan juga terlibat didalam industri hartanah. Scientex telah diasaskan pada tahun 1968 dan mula mengapungkan saham syarikat mereka pada tahun 1990.

14. Sunsuria Berhad

Nilai syarikat: $89 juta

Jumlah jualan: $129 juta

Pendapatan bersih: $33 juta

Syarikat yang terlibat didalam industri hartanah dan juga sewaan bangunan. Sunsuria ini juga terlibat di dalam pelaburan kewangan dan merupakan salah sebua syarikat hartanah yang popular di Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang.

15. Uchi Technologies Berhad

Nilai syarikat: $273 juta

Jumlah jualan: $38 juta

Pendapatan bersih: $18 juta

Syarikat yang fokus di dalam industri teknologi dan juga pelaburan. Syarikat ini juga menghasilkan peralatan elektonik seperti teknologi touch sceren dan juga peralatan makmal.

Uchi Technologies yang diasaskan di Taiwan pada tahun 1981 dan kemudian berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1989.

16. UWC Berhad

Nilai syarikat: $538 juta

Jumlah jualan: $35 juta

Pendapatan bersih: $9 juta

Syarikat yang fokus kepada penghasilan mesin berteknologi tinggi di dalam perindustrian terutumanya yang melibatkan logam besi. Syarikat yang diasaskan pada tahun 1990 dan telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2018.

Sumber: Forbes

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian