
Image by Steve Buissinne from Pixabay
Risiko Default (Default Risk) adalah risiko pinjaman yang diberikan kepada peminjam sama ada individu atau pun syarikat yang tidak mampu membayar semula komitmen hutang yang diambil.
Pemberi pinjaman dan peminjam wang akan terdedah kepada risiko default dalam kesemua bentuk pemberian kredit (hutang), dengan kata mudah ialah risiko kegagalan dalam membayar semula hutang.
Risiko Default ini juga dipanggil sebagai risiko kebarangkalian (probability risk). Ianya merupakan kebarangkalian tidak dapat membayar semula semua hutang pinjaman atau bayaran tepat pada masanya.
Walaupun definisi risiko default cukup mudah, tetapi tahap risiko default sangat bergantung kepada kemampuan peminjam; iaitu kemampuan kewangan peminjam untuk membayar semula hutang tepat pada waktunya.
Di antara punca yang menjadi risiko default adalah,
- Kitaran ekonomi dan keadaan industri
- Kesihatan peminjam
- Risiko penukaran matawang (Currency risk)
- Faktor ketidakseimbangan politik
- Risiko undang-undang dan guaman
- Risiko persekitaran
- Kemusnahan dan bencana alam
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada pandemik Covid-19 yang banyak mempengaruhi sumber pendapatan. Ianya sangat mempengaruhi kemampuan orang ramai untuk membayar semula kadar faedah ke atas hutang yang telah mereka ambil.
Syarikat mungkin menghadapi faktor persaingan yang lebih tinggi seperti persaingan peningkatan kuasa harga yang lebih rendah dan kurangnya kuasa membeli.
Ini akan membawa kepada angka aliran tunai yang lemah atau rendah menghampiri kosong (0) atau negatif boleh terjerumus kepada risiko default yang lebih tinggi.
Risiko default ini tidak hanya berlaku kepada individu yang meminjam wang, tetapi juga boleh berlaku kepada syarikat yang menerbitkan bon atas kekangan kewangan, dan tidak dapat membuat pembayaran faedah atas bon tersebut.
Apabila ini terjadi individu atau syarikat boleh dikenakan tuntutan mahkamah dan seterusnya diisytiharkan sebagai muflis.
Dalam konteks pelaburan, risiko default ialah risiko di mana pelaburan yang di laburkan lebur oleh kerana syarikat gagal atau tidak mampu memulangkan baki pelaburan setelah ia dicairkan.
Apabila sebuah syarikat diisytiharkan muflis, setiap asetnya akan dicairkan untuk memenuhi tuntutan kewangan dari pelbagai pihak. Keutamaan tuntutan akan diberikan kepada pihak-pihak yang meminjamkan wang mereka kepada syarikat berkenaan.
Sayangnya, bagi kita sebagai pemegang saham syarikat, tuntutan untuk mendapatkan keutamaan yang paling rendah sekali umtuk ditunaikan. Oleh itu, ada kemungkinan besar tidak akan mendapatkan lagi wang pelaburan
Jadi, setiap kali melakukan analisis pelabur penilaian sesebuah syarikat, penentuan kesihatan kewangan syarikat sangat penting dalam menjadi kayu ukur tahap risiko pelaburan.
Namun bagi pemberi hutang seperti bank, tahap risiko default lebih tinggi membawa kepada pulangan yang lebih tinggi dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Ini kerana, setiap kali pemberi pinjaman kredit di berikan kepada peminjam, besar kemungkinan jumlah pinjaman tidak akan dibayar balik sangat tinggi.
Oleh itu, setiap entiti perlu menjana pendapatan bersih dan aliran tunai yang lebih untuk mengurangkan risiko default.
Kesimpulannya, setiap individu atau syarikat mempunyai risiko default yang tersendiri bergantung kepada tahap aliran kewangannya. Individu atau syarikat yang semakin dekat dengan kosong atau negatif lebih terdedah kepada muflis.