Norma Baharu Dalam Beli Rumah? Lihat Apa Yang Rakyat Malaysia Mahu

Siapa sangka saat Malaysia sedang dilanda krisis kesihatan dan kelembapan ekonomi, ada golongan yang mengintai-intai peluang dan ruang untuk membeli rumah.

Perkara ini bukan lagi sekadar kenyataan semata – mata apabila satu kajian selidik dilakukan KGV International Property Consultants akan soal hartanah di kalangan rakyat Malaysia saat wabak pandemik COVID-19 melanda baru – baru ini.

Baca : Ulasan Hartanah Tidak Terjual Di Malaysia Sepanjang Tahun 2019

Apa yang dapat dilihat adalah, sungguhpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung seluruh negara, ini tidak menjadi penghalang rakyat Malaysia membeli rumah.

“Keseluruhan indeks pasaran harta tanah menunjukkan peningkatan marginal pada suku pertama, meningkat 0.63% dari 88.90 pada Q4 2019 menjadi 89.46 pada Q1 2020.”

Data dari Propertyguru.com.my juga menunjukkan indeks harga rumah pada suku pertama 2020 menunjukkan peningkatan.

Walaupun harga minyak dunia jatuh pada paras negatif, PKP berlangsung, COVID-19 melanda dan pasaran saham tempatan tidak menentu, masih ada pembeli hartanah!

  • Harga Pilihan
  • Apa Pembeli Mahu
  • Apa Pelabur Mahu
  • Spekulasi Pasaran

Norma Baharu Dalam Beli Rumah? Lihat Apa Yang Rakyat Malaysia Mahu.

1. Harga Pilihan Rakyat Malaysia

Rata-rata 10.6% daripada rakyat Malaysia ingin membeli rumah pada harga RM200,000 – RM300,000.

33% ingin rumah pada kurungan harga RM300,000 – RM500,000, 21.7% inginkan rumah pada kurungan harga RM500,000 – RM750,000.

Baca : Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini

Manakala 14.5% mahukan rumah pada kurungan harga RM750,000 – RM1 juta dan bakinya 9% inginkan rumah dengan tanda harga RM1 juta – RM2 juta.

2. Spekulasi Pasaran

Dengan keadaan pasaran ekonomi yang tidak menentu dan wabak kesihatan, hanya 10% percaya pasaran hartanah akan pulih dalam masa satu tahun.

Ini didorong oleh ransangan & stimulus Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Baca : Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi?

Akan tetapi, 61% lagi percaya pasaran akan benar – benar pulih tiga tahun lagi kerana percaya orang awam menangguhkan pembelian produk / servis yang sekaligus melambatkan aliran wang dan ekonomi tempatan.

12% pula percaya pasaran hartanah mengambil masa yang lebih lama yaqni empat tahun kerana industri hartanah merupakan pasaran yang kompleks dan memerlukan solusi majmuk dan bukan sekadar menyelesaikan masalah tunggal.

Manakala baki 13% berpendapat pasaran hartanah tidak akan pulih dalam masa terdekat dan tidak menetapkan sebarang tarikh.

3. Apa Pembeli Mahu?

Memandangkan memiliki hartanah adalah komitmen jangka panjang, 70% daripada pembeli rumah berpendapat harga rumah adalah agenda utama dalam pembelian hartanah.

Masalah 10% deposit dan entry cost kekal menjadi masalah utama golongan B40 dan anak muda memiliki hartanah.

18.7% pula berpendapat lokasi memainkan peranan yang besar dalam agenda utama pembelian hartanah.

Hal ini kerana, lokasi yang baik dari sudut pandang pelaburan, mampu memberikan capital gain yang lumayan kepada pemilik hartanah.

Baca : Benarkah Harga Rumah Naik Setiap Dekad?

10 tahun dahulu, harga rumah teres 2 tingkat di Sungai Chua boleh dibeli dengan harga kurang daripada RM100,000.

Hari ini, harganya mencecah RM250,000 gara – gara lokasinya yang sesuai untuk golongan kelas pertengahan yang bekerja di pusat bandar dan inginkan kediaman di pinggir bandar dengan akses MRT.

Baca : 5 Jenis Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

Akhir sekali, 1.8% berpendapat rekod pemaju hartanah adalah sangat penting. Ya, memang ada golongan tertentu khususnya generasi baby-boomers yang tidak memandang enteng rekod pemaju.

Mereka berbangga sekiranya mampu membeli unit kediaman dari pemaju hartanah ternama berbanding pemaju hartanah yang suam – suam kuku.

4. Apa Pelabur Mahu?

Seperti yang kita tahu, pelabur hartanah adalah mereka yang berpaksikan kepada keuntungan. Apa yang membezakan mereka adlaah jenis keuntungan yang mereka perolehi samada capital appreciation atau cashflow.

Baca : Harga Median Rumah Teres Di 8 Kawasan Lembah Klang Sepanjang Tahun 2019

Agak mengejutkan apabila 60% daripada pelabur hartanah lebih berminat untuk capital appreciation manakala bakinya berminat untuk aliran tunai bulanan hasil sewaan secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan.

Buat masa ini, pembeli dan pelabur mengharapkan diskaun dari pemaju dan pengurangan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Selain itu, kadar faedah ansuran bulanan dan kos sampingan yang rendah dilihat mampu merancakkan lagi pasaran hartanah tempatan.

Baca : Bank Mana Paling Perform Di Malaysia?

Kajian selidik ini memberi kita input baru tentang apa yang rakyat Malaysia mahu dalam pembelian hartanah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman