Barang Kemas Arwah Emak Jadi Milik Siapa?

“Tuan, ayah saya nak kahwin lain. Saya takut segala alat perhiasan emas mak akan jadi milik isteri baru ayah”.

Itulah mesej seorang anak bila dia mesej kepada saya. Sekali baca, jelas terpancar ketakutan dalam diri dia. Risau segala emas milik mak beliau akan menjadi hak isteri baru yang akan dikahwini.

Sebenarnya, kepercayaan begini selalu ada dalam masyarakat kita. Biasa cerita dia adalah adik beradik lelaki tak puas hati kerana alat perhiasan mak jadi milik anak perempuan.

Ini pertama kali dengar anak pula risau dengan bakal isteri baru ayah akan ambil perhiasan mak.

Apakah Status Pemilikan Barang Kemas Bila Seseorang Meninggal Dunia?

Bila matinya seseorang, segala aset harta pemilikan dia akan menjadi harta pusaka. Maka ia secara tak langsung menjadi hak semua ahli waris yang berhak melainkan harta tersebut telah dihibahkan kepada seseorang.

Ya, semua ahli waris. Tak kisah lah ahli waris itu lelaki mahu pun perempuan. Dalam kes ini, bakal isteri baru ayah bukanlah ahli waris yang berhak ke atas harta tersebut.

Bagaimana nak bahagikan tersebut?

Harta pusaka secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Harta Bergeran dan Harta Tak Bergeran.

1. Harta Bergeran

Harta Bergeran adalah harta yang mempunyai ADA BUKTI PEMILIKAN seseorang seperti akaun bank, saham, rumah dan kenderaan.

Harta ini hendaklah melalui proses pembicaraan di Pejabat Pesaka Kecil (jika harta tu bawah 2 Juta) atau Mahkamah Tinggi (jika harta tu lebih 2 Juta). Masa tu kena buat keputusan lah nak bahagi macam mana.

Jika tiada keputusan boleh di capai maka ia akan dibahagikan mengikut bahagian faraid

2. Harta Tak Bergeran

Harta Tak Bergeran ni adalah harta milik seseorang tetapi TIADA BUKTI PEMILIKAN seperti perabot rumah, haiwan ternakan seperti arnab, dan barang kemas.

Harta ini secara umum nya perlu dibahagikan mengikut bahagian faraid. Namun ahli waris boleh bincang sesama ahli waris sekiranya mahu diberikan secara suka sama suka (muafakat). Ini dipanggil secara takharuj

Kesimpulannya, barang kemas mak tu hendaklah dibincangkan sesama ahli waris yang berhak. Nak bahagi macam mana.

Ia bukanlah milik mutlak anak perempuan atau si ayah untuk diberikan kepada isteri baru.

Ditulis oleh Hanif Yahaya, Ketua Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Malaysian Association of Muslim Finance Professionals (MFP). Beliau merupakan seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di [email protected]

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Harga Emas Boleh Cecah RM700 Segram Menjelang Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Harga emas berpotensi meningkat kepada RM700 segram menjelang hujung tahun ini didorong ketegangan geopolitik global serta ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Ketika ini, harga komoditi itu diniagakan pada RM582 segram dengan paras tertinggi pernah dicapai ialah sekitar RM675 segram pada awal Januari lalu.

Ahli ekonomi, Prof Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, berkata meskipun terdapat faktor yang boleh menekan harga emas seperti penjualan pegangan oleh sesetengah negara, kesan keseluruhan daripada konflik geopolitik dan kejutan harga minyak dijangka terus menyokong kenaikan logam berharga itu.

“Kalau dilihat kepada keadaan semasa, harga emas memang ada turun naik, tetapi trend jangka panjang masih menaik. Ketegangan geopolitik akan terus menjadi pemacu utama,” katanya ketika ditemui selepas sesi dialog bertajuk ‘Emas dalam persekitaran global yang tidak menentu’ anjuran Habib Jewels Sdn Bhd di sini, hari ini.

Dialog itu dikendalikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib.

Mengulas lanjut, Dr Ahamed Kameel yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Penyelidikan) Universiti Sultan Azlan Shah, berkata harga emas sebelum ini hampir mencecah paras RM700 segram pada Januari lalu sebelum susut semula ke sekitar RM600, namun paras itu dijangka diuji sekali lagi dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kenaikan harga emas sejak awal 2000 menunjukkan trajektori yang konsisten, sekali gus menepis kebimbangan berlakunya gelembung harga dalam masa terdekat.

“Sejak 2001, harga emas menunjukkan trend menaik yang berterusan. Jadi walaupun sekarang nampak tinggi, saya masih melihat ruang untuk ia meningkat lagi,” katanya.

Sementara itu, Meer Habib berkata, keyakinan pengguna terhadap pembelian emas dilihat terus kukuh meskipun berlaku ketegangan geopolitik di Asia Barat, termasuk konflik melibatkan Iran, dengan trend pembelian menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh semasa.

Katanya, situasi itu berlaku walaupun harga emas mengalami sedikit penurunan dalam jangka pendek, susulan faktor luaran seperti keperluan negara tertentu menggunakan rizab untuk menampung kos tenaga, khususnya minyak.

“Penurunan harga emas ketika ini tidak menjejaskan sentimen pengguna, malah dilihat sebagai perkembangan positif yang mendorong lebih ramai pelanggan kembali membeli emas.

“Keyakinan pelanggan sebenarnya meningkat. Walaupun harga emas turun sedikit, ia berlaku atas sebab yang baik, antaranya kerana negara menggunakan rizab emas untuk keperluan penting seperti tenaga.

“Ini membuka peluang kepada pengguna yang sebelum ini merasakan mereka terlepas peluang apabila harga terlalu tinggi,” katanya.

Menurut Meer Habib, perkembangan itu menyebabkan peningkatan pembelian emas dalam kalangan pengguna, terutama ketika harga menunjukkan pelarasan sementara.

Dalam masa sama, beliau berkata perubahan tingkah laku pembelian turut ketara apabila semakin ramai lelaki mula membeli emas sebagai instrumen pelaburan, berbanding sebelum ini yang lebih didominasi golongan wanita untuk tujuan perhiasan.

“Jika dahulu pembelian jongkong emas hanya sekitar lima hingga 10 peratus, kini ia meningkat sehingga kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan jualan,” katanya.

Beliau berkata, trend itu mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap emas sebagai aset pelaburan jangka panjang, selain faktor ketidaktentuan ekonomi global yang terus menyokong permintaan terhadap aset selamat .

Pada masa sama, katanya pembelian barang kemas juga kekal kukuh kerana pengguna melihatnya sebagai gabungan nilai estetika dan pelaburan.

“Emas memberi dua manfaat, iaitu sebagai perhiasan dan juga pelaburan. Sebab itu permintaan terhadap barang kemas masih meningkat walaupun harga tinggi,” katanya.

— Berita Harian