4 Peraturan Yang Digunapakai Oleh Amazon

Sebut sahaja  Amazon, pasti ramai yang sudah tahu tentang kisah kejayaan syarikat ini. Walaupun Amazon tidak beroperasi di Malaysia, kisah perjalanan syarikat ini sangat popular di kalangan kita semua untuk dijadikan inspirasi terutamanya kepada seseiapa yang ingin menceburi dunia perniagaan atas talian.

Jom kita selami rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Amazon yang telah menjadikan pengasasnya iaitu Jeff Bezos sebagai lelaki terkaya di dunia selama tiga tahun berturut–turut.

Baca: Siapakah Gerangan Jeff Bezos

Peraturan yang digunapakai oleh Amazon ini sangat ringkas dan secara asasnya, ia mampu diikuti. Tetapi untuk istiqomah melakukannya, ia mungkin sukar untuk semua orang.

Mari kita lihat peraturan yang diguna pakai oleh Amazon yang berjaya menjadikan syarikat mereka sebagai syarikat gergasi perucintan online dunia.

1. Menjaga Kepentingan Pelanggan (Obsessed Over Customers)

Seperti yang kita sedia maklum, Amazon merupakan syarikat yang sangat mementingkan kepuasan hati pelanggan mereka. Teras utama syarikat mereka adalah dengan membuat pelanggan mereka gembira menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Bagi Amazon, pelanggan adalah lebih penting daripada pesaing mereka. Jika mereka berjaya menjaga hati pelanggan mereka, pelanggan akan setia menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Amazon.

Tiada satu syarikat E-commerce mampu lakukan apa yang dilakukan oleh Amazon kepada pelanggan mereka. Selain menjual dengan harga yang murah, Amazon turut terkenal dengan menghantar barangan yang dipesan oleh pelanggan mereka dalam tempoh satu hari.

Baca: Kisah Bagaimana Amazon Terselamat Daripada Krisis ‘Dot-Com Bubble’ Dan Menjadi Syarikat Gergasi Dunia

2. Mencipta (Invent)

Amazon selalu mencipta dan memudahkan urusan pelanggan mereka dan ini adalah resepi kejayaan mereka. Untuk memenuhi setiap kehenddak pelanggan syarikatnya, Jeff Bezos melabur untuk mengetahui apa yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Dengan banyak melakukan penyelidikan di dalam syarikatnya itu, Amazon merupakan salah satu syarikat gergasi yang dikecualikan cukai di Amerika Syarikat.

Baca: Amazon, Syarikat Bernilai Trilion Dolar Yang Tak Bayar Satu Sen Cukai Kepada Kerajaan

3. Fikirkan Jangka Masa Panjang (Think Long Term)

Ini adalah satu lagi teras yang Amazon lakukan ketika syarikat ini baru sahaja bermula. Ketika berjumpa dengan pemegang saham Amazon, Jeff Bezos telah menegaskan bahawa syarikat ini merupakan pelaburan jangka panjang dan tidak seperti syarikat teknologi yang lain.

Setiap syarikat yang baru bermula, paling minimum syarikat itu membuat keuntungan adalah dalam tempoh 5 sehingga 7 tahun pertama. Bagi Amazon pula, ia lebih daripada itu.

Ianya terbukti apabila Amazon tidak mendapat keuntungan yang luar biasa sehingga lima tahun kebelakangan ini. Dan ia bukan melalui jualan E-commerce mereka tetapi melalui teknologi simpanan awan syarikat mereka iaitu Amazon Web Services (AWS).

Baca: Ramalan Tepat Yang Dibuat Jeff Bezos 20 Tahun Yang Lalu

4. Jadikan Setiap Hari Seperti Hari Pertama Masuk Kerja (It’s Always Day 1)

Ini digunakan oleh Jeff Bezos untuk memberi semangat yang luar baiasa di dalam urusan pekerjaan mereka. It’s always day 1 bermaksud mereka mengganggap Amazon sebagai sebuah syarikat start-up.

Dengan menganggap Amazon sebagai sebuah start-up, kebanyakan pekerja akan lebih bersemangat seperti mana hari pertama mereka datang ke tempat kerja.

Semangat seperti ini yang Jeff Bezos inginkan untuk pekerja Amazon supaya mereka dapat memberi fokus dalam mengekalkan produktiviti di dalam syarikat.

Baca: 7 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Dari Jeff Bezos

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.