6 Broker Saham Paling Aktif Di Media Sosial

Bagi mereka yang dah terlibat dalam pelaburan saham, pastinya ramai yang buka akaun CDS dengan beberapa broker. Teknik yang biasa digunakan adalah satu akaun CDS untuk beli kaunter jangka masa panjang, satu akaun CDS untuk beli kaunter jangka masa sederhana dan satu lagi akaun CDS untuk trade kaunter jangka masa pendek atau intraday.

Tapi sebelum itu, jom kita berkenalan dengan broker-broker Islamik yang ada di Bursa Malaysia beserta dengan akaun media sosial mereka.

Baca: Perbezaan Akaun CDS Islamik dan Konvensional

  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad (window)
  2. Alliance Investment Bank Berhad (window)
  3. AmInvestment Bank Berhad (window)
  4. BIMB Securities Sdn Bhd (full-fledged)
  5. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (window)
  6. Hong Leong Investment Bank (window)
  7. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (window)
  8. Kenanga Investment Bank Berhad (window)
  9. Malacca Securities Sdn Bhd (window)
  10. Maybank Investment Bank Berhad (window)
  11. MIDF Amanah Investment Bank Berhad (window)
  12. Public Investment Bank Berhad (window)
  13. RHB Investment Bank Berhad (window)
  14. TA Securities Holdings Berhad (window)
  15. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd (window)
  16. KAF Equities Sdn Bhd (window)

Sumber: List of Islamic Brokers Bursa Malaysia

Broker yang menawarkan perkhidmatan “Islamic Window” merupakan sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Konvensional yang menjalankan aktiviti pelaburan patuh Syariah manakala “Full-fledged” broker adalah sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Islam yang menawarkan perkhidmatan patuh Syariah sepenuhnya.

Jom kita tengok syarikat broker mana yang aktif di media sosial:

1. Affin Hwang Investment Bank Berhad

Laman Web: https://affinhwang.com/

Facebook: https://www.facebook.com/AffinHwangCapital/

Instagram: https://www.instagram.com/affinhwangcapital/

Twitter: https://twitter.com/affinhwangcap

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/affin-hwang-capital/

Kesemua laman media sosial Affin Hwang seolah-olah mempunyai content yang sama. Bila ada update di Facebook, maka update yang sama akan muncul di akaun media sosial mereka yang lain.

2. Alliance Investment Bank Berhad

Laman Web: https://www.allianceoneinvest.com.my/

Facebook: Tiada, hanya ada Alliance Bank punya https://www.facebook.com/AllianceBankMalaysia/

Instagram: Tiada, hanya ada Alliance Bank punya https://www.instagram.com/alliancebankmalaysia/

Twitter: Tiada, hanya ada Alliance Bank punya https://twitter.com/AllianceBankMY

LinkedIn: Tiada, hanya ada Alliance Bank punya https://www.linkedin.com/company/alliance-bank-malaysia-berhad/

Alliance Investment tidak aktif langsung di media sosial, sekadar menumpang akaun Alliance Bank.

3. AmInvestment Bank Berhad

Laman Web: https://www.amequities.com.my/

Facebook: Tiada, hanya ada akaun AmBank https://www.facebook.com/AmBankMalaysia/

Instagram: Tiada, hanya ada akaun AmBank https://www.instagram.com/ambankmy/

Twitter: https://twitter.com/amesecurities, tapi tidak pernah tweet apa-apa.

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/aminvestment-bank-berhad-malaysia-/, tapi tidak pernah membuat sebarang posting.

AmInvestment pun tidak berapa nak aktif di media sosial, sekadar menumpang akaun milik AmBank.

4. BIMB Securities Sdn Bhd

Laman Web: https://www.bisonline.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/BIMBSecurities/, update hampir setiap hari termasuk Analisa Teknikal

Instagram: https://www.instagram.com/bimbsecurities/

Twitter: https://twitter.com/BIMBSecurities

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/bimb-securities-sdn-bhd/

BIMB Securities (anak syarikat Bank Islam) sangat aktif di media sosial, hampir setiap hari ada saja update di Facebook dan Twitter. Mereka juga sering dijadikan tempat rujukan untuk mengetahui status patuh syariah bagi saham-saham yang baru nak IPO.

5. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd

Laman Web: https://www.itradecimb.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/itradeislamicmy/

Instagram: https://www.instagram.com/cgscimbmy/

Twitter: Tiada

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/cgscimbmy/, tapi dah lama tidak dikemaskini.

CGS-CIMB Securities sangat aktif di media sosial, hampir setiap hari ada posting dan hampir setiap minggu ada saja webinar yang dianjurkan mereka.

6. Hong Leong Investment Bank

Laman Web: https://www.hlebroking.com/

Facebook: Tiada, hanya ada Hong Leong Bank punya https://www.facebook.com/HLBMalaysia/

Instagram: Tiada, hanya ada Hong Leong Bank punya https://www.instagram.com/hongleongbankmy/

Twitter: Tiada, hanya ada Hong Leong Bank punya https://twitter.com/MYHongLeong

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/hong-leong-investment-bank/, tapi tak pernah update

Hong Leong Investment tidak aktif di media sosial.

7. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd

Laman Web: https://www.interpac.com.my/

Facebook: Tiada
Instagram: Tiada
Twitter: Tiada
LinkedIn: Tiada

Inter-Pacific Securities memang tidak aktif langsung di media sosial.

8. Kenanga Investment Bank Berhad

Laman Web: https://kenanga.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/KenangaGroup/

Instagram: https://www.instagram.com/kenangagroupofficial/

Twitter: Tiada

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/kenanga/

Kenanga Investment Bank aktif di media sosial terutamanya di Facebook, hampir setiap hari ada posting dan hampir setiap minggu ada saja webinar berkenaan saham dan futures yang dianjurkan mereka.

9. Malacca Securities Sdn Bhd

Laman Web: https://www.mplusonline.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/mplusonline

Instagram: https://www.instagram.com/mplusonline/

Twitter: https://twitter.com/MplusOnline, tapi sudah lama tidak dikemaskini.

LinkedIn: Tiada

Malacca Securities yang juga dikenali sebagai M-Plus aktif di media sosial terutamanya di Facebook, hampir setiap hari ada posting dan hampir setiap minggu ada saja webinar yang dianjurkan mereka.

10. Maybank Investment Bank Berhad

Laman Web: https://www.maybank2u.com.my/Investment-bank/en/index.page

Facebook: Tiada, hanya ada akaun Maybank https://www.facebook.com/Maybank

Instagram: Tiada, hanya ada akaun Maybank https://www.instagram.com/mymaybank

Twitter: https://twitter.com/MaybankInvest

LinkedIn: https://www.linkedin.com/in/maybankinvestment, tetapi tidak pernah ada kemaskini.

Maybank Investment juga tidak berapa aktif di media sosial.

11. MIDF Amanah Investment Bank Berhad

Laman Web: http://www.midf.com.my/index.php/en/what-we-do-en/midf-investment-banking

Facebook: https://www.facebook.com/MIDFGroup/

Instagram: Tiada

Twitter: https://twitter.com/MIDFGroup

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/midf-berhad/

MIDF Amanah Investment kurang aktif di media sosial, hanya banyak update di Facebook.

12. Public Investment Bank Berhad

Laman Web: https://www.publicinvestbank.com/

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Public-Bank-Berhad/277915305558566, hanya ada laman tidak rasmi Public Bank, tiada untuk Public Investment Bank.

Instagram: Tiada

Twitter: Tiada

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/public-bank/

Tak sangka syarikat sebesar Public Bank yang tersenarai di FBM KLCI tidak mempunyai laman Facebook mereka sendiri.

13. RHB Investment Bank Berhad

Laman Web: http://www.rhbinvest.com/

Facebook: Tiada, hanya ada RHB Bank https://www.facebook.com/RHBGroup/

Instagram: Tiada, hanya ada RHB Bank https://www.instagram.com/rhbgroup/

Twitter: Tiada, hanya ada RHB Bank https://twitter.com/RHBGroup

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/rhb-bank/

Nampaknya RHB Investment Bank tidak aktif di media sosial. Tetapi kami dapati posting berkaitan aktiviti mereka ada di akaun RHB Group.

14. TA Securities Holdings Berhad

Laman Web: http://www.tasecurities.com.my/

Facebook: Tiada

Instagram: Tiada

Twitter: Tiada

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/ta-securities-holdings/

Nampaknya TA Securities tidak aktif di media sosial.

15. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd

Laman Web: https://www.utrade.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/UOBKayHianMalaysia/

Instagram: Tiada

Twitter: Tiada

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/uob-kay-hian/

UOB Kay Hian hanya aktif di Facebook, hampir setiap hari ada posting dan hampir setiap minggu ada saja webinar berkenaan saham yang dianjurkan.

16. KAF Equities Sdn Bhd

Laman Web: https://www.kaf.com.my/

Facebook: Tiada

Instagram: Tiada

Twitter: https://twitter.com/KAF_investment, tapi tiada tweet

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/kaf-investment-bank/

KAF Equities nampaknya hanya aktif di LinkedIn.

6 Broker Yang Paling Aktif Di Bursa Malaysia

1. Affin Hwang
2. BIMB Securities
3. CGS-CIMB Securities
4. Kenanga Investment
5. Malacca Securities
6. UOB Kay Hian

Semoga lebih banyak syarikat broker bakal aktif di media sosial. Maklumlah, zaman sekarang anak-anak muda pastinya memerlukan capaian kepada maklumat yang pantas dan mudah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Di Sebalik Status Patuh Syariah: Bagaimana SC Menilai Sesebuah Syarikat?

Bagi pelabur Muslim di Malaysia, memilih saham patuh Syariah bukan sekadar memenuhi keperluan pelaburan, tetapi juga memastikan setiap keputusan pelaburan selari dengan prinsip-prinsip Islam.

Hari ini, lebih 70% daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai patuh Syariah. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana sesuatu syarikat boleh mendapat status tersebut? Adakah ia hanya bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan atau terdapat proses penilaian yang lebih menyeluruh?

Hakikatnya, status patuh Syariah tidak diberikan secara automatik. Setiap syarikat yang tersenarai akan melalui proses saringan yang sistematik oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menggunakan metodologi yang telah ditetapkan. Semakan ini bukan sahaja menilai aktiviti perniagaan syarikat, malah turut melihat kedudukan kewangan dan beberapa aspek kualitatif yang lain.

Dalam artikel ini, kita akan memahami bagaimana proses saringan tersebut dijalankan dan mengapa ia penting kepada setiap pelabur.

Siapa Yang Menentukan Status Patuh Syariah?

Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab menentukan status patuh Syariah bagi syarikat yang tersenarai ialah Majlis Penasihat Syariah (MPS) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

MPS terdiri daripada pakar dalam bidang Syariah, kewangan Islam dan pasaran modal yang bertanggungjawab memastikan sekuriti yang diklasifikasikan sebagai patuh Syariah memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Senarai sekuriti patuh Syariah akan dikemas kini dua kali setahun, lazimnya pada bulan Mei dan November, berdasarkan penyata kewangan teraudit terkini syarikat. Ini bermakna status sesebuah saham boleh berubah mengikut perkembangan aktiviti perniagaan dan kedudukan kewangannya.

Mengapa Perlu Ada Proses Saringan?

Tidak semua syarikat menjalankan aktiviti yang sepenuhnya patuh Syariah. Sebagai contoh, terdapat syarikat yang:

  • memperoleh sebahagian kecil pendapatan daripada faedah konvensional,
  • menyewakan premis kepada perniagaan yang tidak patuh Syariah,
  • atau mempunyai hutang berasaskan faedah.

Jika tiada proses saringan, pelabur akan sukar menentukan sama ada sesuatu saham benar-benar sesuai untuk dilaburkan.

Oleh itu, MPS menggunakan metodologi yang mengambil kira bukan sahaja aktiviti utama syarikat, tetapi juga sumbangan pendapatan daripada aktiviti tidak patuh Syariah dan struktur kewangan syarikat.

Secara umum, metodologi saringan saham patuh Syariah di Malaysia dibahagikan kepada tiga komponen utama:

  1. Penilaian aktiviti perniagaan.
  2. Penilaian nisbah kewangan.
  3. Penilaian kualitatif.

Ketiga-tiga komponen ini saling melengkapi bagi memastikan syarikat benar-benar memenuhi prinsip Syariah.

1. Penilaian Aktiviti Perniagaan

Langkah pertama ialah melihat sumber pendapatan syarikat. Jika aktiviti utama syarikat jelas bercanggah dengan Syariah, syarikat tersebut tidak akan diklasifikasikan sebagai patuh Syariah.

Antara aktiviti yang tidak dibenarkan termasuk:

  • perbankan konvensional,
  • insurans konvensional,
  • perjudian,
  • arak dan aktiviti berkaitan,
  • produk berasaskan khinzir,
  • makanan dan minuman yang tidak halal,
  • hiburan yang bercanggah dengan Syariah,
  • tembakau dan rokok,
  • serta aktiviti lain yang diputuskan tidak mematuhi prinsip Syariah oleh MPS.

Walau bagaimanapun, terdapat syarikat yang menjalankan aktiviti utama yang patuh Syariah tetapi mempunyai sedikit pendapatan daripada aktiviti sampingan yang tidak patuh. Dalam keadaan ini, MPS akan menggunakan penanda aras tertentu bagi menentukan sama ada sumbangan tersebut masih berada dalam had yang dibenarkan.

Penanda Aras 5%

Aktiviti yang dianggap jelas bercanggah dengan Syariah tertakluk kepada penanda aras 5%. Ini bermaksud sumbangan pendapatan daripada aktiviti tersebut mestilah kurang daripada 5% daripada jumlah pendapatan kumpulan.

Sebagai contoh:

Sebuah syarikat memperoleh pendapatan keseluruhan sebanyak RM500 juta.

Daripada jumlah tersebut, RM10 juta datang daripada faedah bank konvensional.

Pengiraannya ialah:

RM10 juta ÷ RM500 juta × 100%

= 2%

Oleh kerana jumlah tersebut berada di bawah penanda aras 5%, syarikat masih boleh dipertimbangkan sebagai patuh Syariah, tertakluk kepada syarat-syarat lain.

2. Penilaian Nisbah Kewangan

Selain melihat aktiviti perniagaan, MPS turut menilai struktur kewangan syarikat. Tujuannya ialah memastikan syarikat tidak terlalu bergantung kepada unsur riba dalam operasi kewangannya.

Dua nisbah utama yang dinilai ialah:

a) Tunai Konvensional Berbanding Jumlah Aset

Pengiraan ini hanya mengambil kira tunai yang disimpan dalam akaun atau instrumen konvensional. Tunai yang ditempatkan dalam instrumen Islam tidak diambil kira. Nisbah ini mestilah kurang daripada 33%.

b) Hutang Berfaedah Berbanding Jumlah Aset

Nisbah kedua melihat jumlah hutang yang dikenakan faedah berbanding keseluruhan aset syarikat. Pembiayaan Islam dan sukuk tidak termasuk dalam pengiraan ini. Sekiranya hutang berfaedah melebihi had yang ditetapkan, syarikat mungkin gagal memenuhi syarat patuh Syariah. Penanda aras yang digunakan juga ialah kurang daripada 33%.

3. Penilaian Kualitatif

Walaupun sesebuah syarikat memenuhi syarat dari segi angka, MPS turut menilai aspek kualitatif.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah:

  • imej syarikat,
  • persepsi umum terhadap aktiviti syarikat,
  • sama ada operasi syarikat bercanggah dengan nilai dan prinsip Islam,
  • serta unsur yang boleh menimbulkan keraguan kepada pelabur Muslim.

Ini menunjukkan bahawa penilaian patuh Syariah bukan sekadar bergantung kepada formula matematik, tetapi turut mengambil kira maqasid dan semangat Syariah.

Contoh Situasi

Bayangkan terdapat dua syarikat.

Syarikat A menghasilkan makanan halal dan memperoleh hampir keseluruhan pendapatan daripada jualan produknya. Namun, sebahagian kecil wang tunainya disimpan dalam akaun konvensional dan jumlahnya masih berada di bawah had yang ditetapkan.

Syarikat B pula menjalankan perniagaan utama yang sama, tetapi sebahagian besar pendapatannya datang daripada aktiviti yang tidak patuh Syariah.

Walaupun kedua-duanya menjual produk yang hampir sama, keputusan saringan mungkin berbeza kerana sumber pendapatan dan struktur kewangan mereka tidak serupa.

Inilah sebabnya pelabur tidak boleh menilai status patuh Syariah hanya berdasarkan nama atau jenis perniagaan sesebuah syarikat.

Mengapa Status Patuh Syariah Boleh Berubah?

Ada pelabur yang terkejut apabila mendapati saham yang dibeli sebelum ini tidak lagi berada dalam senarai patuh Syariah.

Perkara ini boleh berlaku kerana:

  • perubahan model perniagaan,
  • peningkatan pendapatan daripada aktiviti tidak patuh,
  • perubahan struktur hutang,
  • atau perubahan kedudukan kewangan syarikat.

Oleh sebab itu, pelabur disarankan menyemak senarai terkini yang diterbitkan oleh SC setiap kali kemas kini diumumkan.

Adakah Saham Patuh Syariah Menjamin Keuntungan?

Jawapannya ialah tidak. Status patuh Syariah hanya menunjukkan bahawa syarikat memenuhi garis panduan Syariah yang ditetapkan oleh MPS.

Ia bukan petunjuk bahawa harga saham akan meningkat atau syarikat pasti mencatat keuntungan. Sebelum membuat keputusan pelaburan, pelabur masih perlu melakukan analisis fundamental, analisis teknikal (jika berkaitan) serta menilai prospek industri dan tahap risiko syarikat. Patuh Syariah dan prestasi pelaburan ialah dua perkara yang berbeza.

Bagaimana Pelabur Menyemak Status Patuh Syariah?

Pelabur boleh menyemak status sesuatu saham melalui senarai rasmi yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Senarai ini dikemas kini dua kali setahun dan menjadi rujukan utama kepada pelabur individu, pengurus dana Islam, syarikat broker Islam serta institusi kewangan Islam.

Kesimpulan

Metodologi saringan saham patuh Syariah di Malaysia dibangunkan bagi memastikan pelabur Muslim mempunyai panduan yang jelas dalam memilih sekuriti yang mematuhi prinsip Syariah. Proses ini bukan sahaja menilai jenis aktiviti perniagaan syarikat, malah turut mengambil kira struktur kewangan dan aspek kualitatif bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh.

Sebagai pelabur, memahami bagaimana sesuatu saham diklasifikasikan sebagai patuh Syariah akan membantu anda membuat keputusan pelaburan dengan lebih yakin dan berinformasi. Pada masa yang sama, jangan menganggap status patuh Syariah sebagai satu-satunya faktor dalam memilih saham. Analisis terhadap prestasi kewangan, prospek syarikat, pengurusan dan risiko pelaburan tetap perlu dilakukan.

Akhir sekali, sentiasalah menyemak senarai terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerana status patuh Syariah boleh berubah mengikut perkembangan aktiviti dan kedudukan kewangan syarikat. Dengan gabungan ilmu Syariah dan ilmu pelaburan, anda bukan sahaja berpeluang membina kekayaan, malah dapat melabur dengan lebih tenang dan bertanggungjawab.