Pasaran Jatuh – Nak Terus Melabur Dengan Wahed Ke?

Pasaran saham dan ekonomi dunia ada pasang surutnya. Kalau dulu kita biasa dengar istilah ‘bull’ apabila market sedang naik dan istilah ‘bear’ apabila market sedang jatuh, sekarang muncul pula istilah ‘kangaroo’ iaitu sekejap naik sekejap turun.

Jika dilihat kepada Bursa Malaysia, indeks FBM KLCI turun cepat dan naik cepat seolah-oleh membuat bentuk ‘V’. Dalam masa beberapa bulan indeks jatuh banyak dan dalam masa beberapa bulan juga indeks naik semula ke paras asal.

Memandangkan kita tak mampu nak kawal turun naiknya pasaran, apa kata kita fokus kepada perkara yang kita boleh kawal.

Di sinilah pentingnya konsep ‘Dollar Cost Averaging’ yang terkenal dalam dunia pelaburan. Setiap bulan kita akan melabur secara konsisten, tidak kira pasaran naik atau turun.

Ambil peluang untuk beli pada harga diskaun apabila pasaran tengah turun dan ambil peluang untuk beli pada harga yang sedang meningkat naik apabila pasaran tengah menaik. ‘Buy low sell high’ pun kita dapat, ‘buy high sell higher’ pun kita dapat.

Pelbagaikan Pelaburan

Pelaburan ke dalam indeks tak sama seperti kita melabur ke dalam saham secara individu. Ada saham yang bagus tetapi disebabkan pasaran saham tak bagus atau laporan kewangan syarikat tak bagus, akhirnya harga saham jatuh.

Dengan melabur ke dalam indeks, ia mengambil kira prestasi syarikat secara keseluruhannya dan bukan satu per satu. Sesuai dengan konsep “Don’t put all your eggs in one basket”. Kita pun tak mampu nak beli semua saham, maka seeloknya kita pelbagaikan pelaburan kita ke dalam banyak syarikat dengan modal yang rendah.

Tips Bagi Pelabur Baru

Pastinya kita sebagai pelabur baru sangat teruja untuk melabur kesemua wang yang kita ada sekaligus. Tapi apabila kita berbuat sedemikian, takut kita beli pada harga yang salah dan ianya mengambil masa yang lama untuk pelaburan kita meningkat naik.

Sebaiknya kita amalkan pelaburan secara konsisten setiap minggu atau setiap bulan. Yang lebih penting adalah kita melabur secara berpanjangan. Setiap pelaburan yang baik akan memerlukan masa untuk berkembang.

Tips Bagi Pelabur Yang Dah ‘Lama’

Seterusnya bagi pelabur yang dah berpengalaman, pastinya strategi ini mampu memberikan pulangan yang baik bagi tempoh jangka masa panjang. Kita hanya perlu menetapkan pelaburan bulanan dan buatlah kerja seharian macam biasa.

Tak kisah market up ke market down ke, kita terus-menerus melabur secara konsisten. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang market crash dan kita akan hilang semua modal.

Sebaliknya, semasa market tengah crash adalah masa terbaik untuk melabur – kerana market pasti akan pulih jua akhirnya.

Pulangan Mereka Yang Melabur Pada Bulan Mac-Jun

Cuba kita tengok pulangan apabila kita melabur dengan Wahed Invest ketika pasaran saham merudum pada bulan Mac yang lalu. Sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, Bursa Malaysia dan pasaran saham global telah jatuh.

Tempoh dari 1 Mac 2020 – 30 Jun 2020

Sebab itulah kita digalakkan untuk terus melabur, tidak kira keadaan pasaran. Pasaran naik pun kita beli, pasaran jatuh pun kita beli.

Kesudahannya kita akan memperolehi pulangan yang lebih tinggi bagi tempoh jangka masa panjang.

Dengan Wahed Invest kita ada pilihan untuk membuat deposit berulang, samada setiap minggu atau setiap bulan. Tak perlu pening kepala lagi, semuanya dibuat secara automatik.

Apa yang kita tahu, pelaburan kita semakin lama semakin berkembang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Namun Keadaan Pasaran Masih Menurun

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami sesi dagangan yang bercampur-campur semalam apabila susut MYR1 untuk ditutup pada paras MYR4,573 kerana momentum menurun terhenti untuk seketika. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,533. Ia bergerak naik dan turun antara paras tertinggi bernilai MYR4,611 dan paras terendah intrahari berjumlah MYR4,532 sebelum menutup dagangan pada MYR4,573 dan membentuk corak lilin menaik. Pembentukan corak lilin ini menunjukkan trend harga baru-baru ini terhenti. Hal ini mencerminkan tekanan jualan dan tekanan belian yang seimbang untuk jangka pendek sementara pasaran mengambil masa untuk menilai semula kerugian sebelum ini dan lalu terus bergerak mendatar.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi ini bakal menguji paras sokongan MYR4,390 sekiranya momentum menurun menguat. Walaupun fasa pengukuhan berlaku, keadaan pasaran teknikal secara amnya masih menurun. Momentum menaik terus lemah apabila RSI terus berlegar berhampiran paras 50%, lantas mengesahkan sentimen menurun yang menguasai pasaran. Disebabkan oleh struktur trend semasa ini, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama adalah pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang sebaliknya ialah MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.