Industri Permainan Video, Kini Lebih Besar Daripada Filem Dan Muzik

Percaya atau tidak, industri permianan video telah menjadi industri terbesar di dalam dunia hiburan menewaskan industri perfileman dan industri muzik.

Secara umumnya, jika kita menyebut industri permianan video, kita tidak boleh lari daripada menyebut tiga nama syarikat gergasi yang telah menakluk industri ini sejak dua dekad yang lalu: Sony, Microsoft dan Nintendo.

Sony dan Microsoft merupakan pesaing yang paling rapat kerana mereka mengeluarkan permainan video di dalam kategori yang sama berbanding Nintendo. Sebelum ini pun, kita telah melihat bagaimana Microsoft Bakal Mengambil Takhta Sony Dalam Konsol Permainan Video Pada Masa Akan Datang.

Kredit Gambar: Statista

Pada tahun 2019, industri permainan video telah menjana sebanyak USD145.7 bilion mengatasi industri hiburan yang lain. Secara asasnya, permainan video ini terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu komputer, konsol dan telefon pintar.

Kredit Gambar: Apple Insider

Di antara ketiga-tiga platform permainan video ini, platform telefon pintar telah mendapat sambutan yang paling hangat. Nilai pasaran permainan video melalui telefon pintar adalah berjumlah USD65.6 bilion.

Di antara faktor utama mengapa ianya begitu popular adalah disebabkan pada masa kini, telefon pintar bukan lagi satu gajet yang mahal. Sesiapa pun mampu memilikinya. Telefon pintar kini merupakan satu keperluan dan banyak syarikat dari China telah mengeluarkan telefon pintar yang berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Oleh yang demikian, golongan muda sangat gemar menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan video. Dengan langganan internet yang semakin murah dan data yang tidak terbatas telah menyebabkan ramai bermain secara online tanpa perlu risau dengan kuota internet.

Kredit Gambar: DLPNG

Permainan yang menggunakan konsol berada di tempat kedua. Konsol merupakan platform terawal yang telah wujud di dalam masyarakat. Kita boleh melihat dengan jelas perubahan dan mereka yang tidak mengikuti kehendak pasaran telah tercicir di dalam perlumbaan ini seperti Atari dan Sega.

Permainan video melalui konsol telah menyumbang sebanyak 32% jumlah pendapatan dengan nilai USD46.6 bilion pada tahun lepas.

This image has an empty alt attribute; its file name is Industri-Permainan-Video-Industri-Yang-Berkembang-Pesat-Yang-Lebih-Besar-Daripada-Filem-Dan-Muzik5-700x394.jpg
Kredit Gambar: Slash Gear

Yang terakhir sekali, kita ada permainan video dengan komputer. Di antara permainan yang hangat adalah World Of Warcraft yang mempunyai seramai 12 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Nilai keseluruhan permainan video menggunakan komputer ini dalah sebanyak USD33.5 bilion.

Kini dunia permainan video maju selangkah lagi ke hadapan. Dengan perkembangan teknologi cloud, ianya telah menjadi persaingan di kebanyakan syarikat yang ada di Silicon Valley.

Kredit Gambar: Fortune

Di antara syarikat yang giat membangunkan permainan video dengan menggunakan teknologi cloud adalah Microsoft, Amazon, Apple, Google dan Nvidia. Ianya dilihat bakal berkembang pada masa hadapan, dan mereka telah mula membuat pelaburan yang besar.

Mereka melihat permainan video menggunakan teknologi cloud yang bakal menjadi pendapatan baru untuk syarikat. Teknologi ini menyediakan permainan di mana pengguna hanya perlu membayar langganan bulanan untuk main permainan yang disediakan di dalam platform mereka.

Microsoft telah melabur dalam membangunkan teknologi ini dengan membeli Syarikat ZeniMax Media dengan harga USD7.5 bilion. Industri permainan video akan menjadi lebih menarik lagi pada masa hadapan dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang pesat.

Sumber Rujukan: https://www.statista.com/chart/22392/global-revenue-of-selected-entertainment-industry-sectors/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.