Biar Betul Ada Rumah Landed Bawah RM600 Ribu Di Johor Bahru?

Semua orang impikan rumah kediaman atas tanah atau landed, tetapi kebanyakan hartanah yang ada semuanya hanya mampu tengok saja. Kalau ada pun bawah harga RM600 ribu, mesti berada jauh daripada pusat bandar. Atau kalau ada pun, mesti kecil dan tak sesuai untuk keluarga besar.

Jom kita tengok sebuah projek perumahan teres dua tingkat yang ada di Johor Bahru dengan harga di bawah RM600 ribu. Mari berkenalan dengan Ayera Residences.

Lokasi, Lokasi, Lokasi

Kalau tanya mana-mana sifu atau pakar hartanah, pastinya mereka akan tekankan kepentingan memilih lokasi yang betul. Dan Ayera Residences ini terletak betul-betul di tengah bandar Johor Bahru.

Sudah semestinya banyak kelebihan apabila duduk di bandar besar. Pusat membeli-belah pun dekat, sekolah pun dekat, hospital pun dekat, serba-serbi semuanya dekat. Nak masuk Singapura pun dekat.

Pelbagai Akses Keluar Masuk

Ayera Residences itu sendiri terletak di banyak pintu keluar dan masuk. Kita ada JB Parkway, Lebuhraya Senai Desaru, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pasir Gudang dan banyak lagi.

Dan katanya ada lebuhraya yang bakal dibina tak lama lagi iaitu New Coastal Highway dan Singapore-JB Ring Road yang membolehkan penduduk bergerak dengan lebih mudah dan pantas.

Kawasan Eksklusif

Dengan bilangan unit yang terhad dan harga yang mantap, pastinya ia menjadi kawasan yang agak eksklusif. Mana nak dapat rumah landed di lokasi yang strategik seperti ini?

Jiran-jiran pun mesti di kalangan orang yang berjaya, dapat juga berkenalan dengan orang yang hebat-hebat nanti.

Semuanya Ada Di Sini

Sama ada hiburan, perniagaan, beli-belah dan beriadah, semuanya boleh didapati tak jauh dari Ayera Residences. Oasis 1, Oasis 2 dan Oasis 3 menempatkan semua kemudahan yang diperlukan, agar kita tak perlu keluar jauh. Sekolah rendah dan sekolah menengah pun ada di sini.

Rumah Besar Untuk Seisi Keluarga

Ayera Residences ini mempunyai rumah yang cukup luas untuk seisi keluarga. Dengan 4 bilik dan 4 bilik air, memang boleh muat seisi keluarga. Anak-anak dapat menikmati bilik sendiri, tak perlu berebut lagi.

Nak ajak ibu ayah atau mertua yang sudah berumur untuk duduk sekali pun tiada masalah, kerana ada bilik tidur dan bilik mandi di tingkat bawah. Juga boleh muat dua biji kereta, sangat menyenangkan.

Dikelilingi Dengan Kehijauan

Siapa yang tak gemar bangun pagi dengan pemandangan penuh kehijauan yang menyejukkan mata? Pemilik Ayera Residences sememangnya bertuah kerana dapat menikmatinya setiap hari.

Dapat menghirup udara segar, ianya pasti mendinginkan lagi suasana. Setelah kita penat seharian bekerja, pastinya perasaan penat akan hilang apabila tiba di kawasan rumah yang indah.

Dibangunkan Pemaju Yang Terkenal

Pernah dengar tak nama Tropicana Corporation Berhad? Pemaju ini telah membangunkan banyak projek-projek terkemuka dan juga disenaraikan di Bursa Malaysia.

Bagaimana pula dengan Iskandar Waterfront? Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, kerana mereka giat membangunkan projek-projek terkemuka di Johor dan juga tersenarai di Bursa Malaysia.

Ayera Residences ini adalah joint-venture di antara Tropicana Corporation dan Iskandar Waterfront. Apabila dua pemaju terkenal dan trusted ini bergabung, maka kita boleh jangkakan kualiti tinggi dan sudah semestinya projek ini berjaya disebabkan track record mereka yang cemerlang.

Promosi Hebat

Terakhir sekali, kini ada promosi hebat bagi siapa yang cepat. Nak tahu apa dia?

  • Bayaran tempahan atau deposit dengan RM1,000 saja
  • Diskaun Bumiputera sebanyak 15%
  • Skim Bayaran Ansuran Mudah bagi wang pendahuluan dengan Maksimum selama 12 bulan
  • Percuma Yuran Guaman (Kecuali untuk Pendaftaran Pindahmilik & Duti Setem pada Instrumen Pindahmilik) yang dikenakan semasa penyediaan Perjanjian Jual-Beli sahaja *
  • Percuma Yuran Guaman untuk penyediaan Perjanjian Pinjaman Bank sahaja (tidak termasuk duti setem dan lain-lain bayaran)*

Catatan: * Panel Guaman yang dilantik oleh Pemaju

Nak tahu lebih lanjut mengenai Ayera Residences? Layari http://www.tropicanadangacove.com.my/ atau hubungi di talian 07-3823355 atau 07-2341585 hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian