Bagaimana Konsol Playstation Menjadi Penyelamat Kepada Sony

Dunia permainan video kini semakin meriah dengan kehadiran PlayStation 5 keluaran Sony di pasaran pada awal November yang lalu. Walaupun berdepan dengan krisis pandemik di mana kebanyakan orang berdepan dengan kegawatan ekonomi, jualan PlayStation 5 boleh dibaratkan sebagai pisang goreng panas sehingga sold-out di merata tempat.

Malaysia juga tidak terkecuali terkena tempias yang dibawa oleh PlayStation 5 ini. Buktinya, dalam tempoh beberapa minit sahaja, jualan pre-order konsol berkenaan telah pun habis.

Kredit Gambar:Malay Mail

Baca: Microsoft Bakal Mengambil Takhta Sony Dalam Konsol Permainan Video Pada Masa Akan Datang

Pada artikel yang lepas, kita telah lihat bagaimana PlayStation diwujudkan oleh Sony apabila Nintendo enggan bekerjasama dengan Sony dalam menghasilkan konsol permaian yang berbentuk 3 dimensi.

Kita juga mengetahui bagaimana Sony telah menjadi syarikat gergasi di dalam industri elektronik ketika era 1980-an. Syarikat ini telah mendominasi pasaran dunia eletronik sehingga meninggalkan pesaingnya yang lain.

Baca: Jenama Sony Dahulunya Bermula Dengan Periuk Nasi

Tapi tahukah anda bahawa PlayStation ini adalah aset yang paling penting di dalam perniagaan Sony setelah syarikat itu mengalami pelbagai cabaran di era alaf baru?

Dan tidak keterlaluan sekiranya kita mangatakan bahawa Sony telah diselamatkan oleh PlayStation sejak bermulanya alaf baru sehinggalah ke hari ini.

Sejarah Sony ini bermula dengan penghasilan periuk nasi yang mana penghasilan tersebut tidak dapat ditembusi dipasaran tempatan. Mereka kemudiannya mengubah model perniagaan kepada barangan elektronik dan di era 1960-an, syarikat ni berjaya menghasilkan televisyen berwarna yang diberi nama Triniton.

Syarikat ini juga berjaya menghasilkan radio dengan menggunakan teknologi kapasitor yang telah menjadikan Sony gergasi dunia elektronik pada dekad tersebut.

Pada penghujung 1970-an, syarikat ini selangkah lagi ke hadapan berbanding syarikat yang lain dengan memperkenalkan produk yang berjaya menakluki pasaran dunia muzik iaitu Walkman. Produk ini telah menjadi fenomena yang sangat luar biasa dan menjadikan Sony sebuah syarikat yang dikenali di seluruh dunia sehinggalah akhir tahun 1990-an.

Dominasi Sony di dalam dunia elektronik mula berkurang pada awal tahun 2000-an disebabkan oleh persaingan yang sangat sengit daripada syarikat teknologi yang berasal dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Sony semakin hilang taring di dalam dunia muzik apabila Apple memperkenalkan iPod yang telah memusnahkan pasaran Walkman.

Sony yang bersaing dengan Samsung di dalam pelbagai produk elektronik dan akhirnya Samsung telah berjaya menewaskan Sony di dalam segmen penghasilan panel LED. Samsung juga telah menewaskan Sony di dalam penghasilan telefon pintar sebelum wujudnya Android.

Sony bersama Ericcson merupakan pengeluar telefon kedua terbesar di dunia selepas Nokia.

Sony juga terpaksa menjual segmen komputer riba mereka yang iaitu Vaio. Jenama Vaio akhirnya dijual kepada firma pelaburan di Jepun.

Dari setahun ke setahun, perniagaan Sony bersaing bukan sahaja dengan syarikat dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat, kini syarikat dari China turut memberi saingan yang hebat.

Hanya PlayStation sahaja yang konsisten memberi pulangan yang lumayan kepada Sony berbanding dengan perniagaan mereka yang lain. Sejak PlayStation diperkenalkan pada tahun 1995, konsol ini telah mempunyai peminat yang tersendiri dan jualan konsol tidak pernah menghampakan Sony.

Kredit Gambar: Pinterest

PlayStation hanya menyumbang pulangan sebanyak 9%  pada tahun 2000 daripada jumlah pendapatan Sony. Pada tahun 2012, perniagaan konsol ini telah memberikan pulangan sebanyak 12%.

Tahun lepas pula, PlayStation telah memberikan pulangan sebanyak 24% daripada pendapatan syarikat dan ianya merupakan jumlah yang sangat besar bagi Sony.

Kini, dengan pandemik melanda dunia yang telah membuat kebanyakan syarikat mengalami kesukaran, Sony sekali lagi bakal diselamatkan oleh jualan PlayStation 5 yang baru dilancarkan dengan permintaan yang sangat tinggi di seluruh dunia.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA