Baca 5 Buku Ini Untuk Menjawab Soalan “Nak Beli Saham Apa?”

Dah buka akaun CDS? Terbaik, mesti tak sabar nak beli saham dan buat untung kan? Tapi dah tahu ke nak beli saham apa?

Bertenang, nak bertahan lama dalam dunia pelaburan saham ni, pastikan kita mempunyai ilmu yang cukup terlebih dahulu. Kesian kerja penat-penat untuk mencari modal, hilang begitu saja nanti sekiranya tersilap langkah.

Untung itu rezeki, rugi itu pasti. Seboleh-bolehnya kita perlu berusaha untuk meminimumkan risiko kerugian itu tadi.

Jadi, Nak Beli Saham Apa?

Bukan saja newbie yang ada masalah sebegini, yang dah bertahun terlibat dalam saham pun mempunyai masalah yang sama. Ada juga yang ‘ketagih’ menunggu disuap oleh group yang suka memberi buy call.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan dua ilmu yang padu, iaitu ilmu Analisa Fundamental (Fundamental Analysis) dan ilmu Analisa Teknikal (Technical Analysis).

Ilmu Analisa Fundamental akan menjawab soalan saham apa nak beli, manakala ilmu Analisa Teknikal akan menjawab bila masa terbaik untuk beli sesuatu saham itu.

Betul tuan-tuan, artikel ini adalah berbentuk iklan, tetapi kami percaya pelaburan tuan-tuan ke atas ilmu pastinya tidak akan sia-sia.

Kombo 3 Buku Menarik Untuk Menjawab Soalan, “Nak Beli Saham Apa?”

Kombo A

Kombo B

Kombo C

Klik sini untuk membelinya -> http://thekapital.my/bukukombo

Buku terbaik pilihan ramai, pilihlah yang mana berkenan di hati.

1. Nak Beli Saham Apa?

Gunakan Formula 7RM Untuk Mengesan Winning Stock

Sekiranya kita ingin melabur saham bagi jangka masa panjang, maka salah satu cara yang terbukti berkesan adalah dengan menggunakan Formula 7RM ini.

Apa dia 7RM ini?

  1. Right Mindset
  2. Right Market
  3. Right Meaning / Moat
  4. Right Management
  5. Right Market Price
  6. Right Moment
  7. Right Money Management

Dengan mengaplikasikan teknik yang betul, kita boleh menjangkakan keuntungan yang akan diperoleh dan pada masa yang sama boleh mengawal dana dari mengalami kesusutan dan kerugian.

2. Saham di Hatiku, Kisah Inspirasi Kejayaan Pelabur Tegar

Tanpa ilham dan tunjuk ajar, manusia tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Meski kita mempunyai ilmu pengetahuan dalam sesuatu perkara, tanpa pengalaman mungkin kita akan kurang menguasainya sehinggalah kita melaluinya sendiri.

Sememangnya ilmu pengetahuan dan pengalamanlah yang akan sama-sama mengajar manusia menongkah arus kehidupan ini.

Mungkin ada kisah yang dikongsi, itulah juga kisah yang anda sedang lalui. Mungkin dengan membaca pengalaman mereka, ada sentuhan yang mampu membangunkan motivasi dan membina inspirasi.

Seterusnya menjadi titik tolak untuk anda belajar dan membina kejayaan sendiri!

3. Boleh K.U.R.U.S

Jangan salah faham, buku K.U.R.U.S bukan mengajar cara nak kuruskan badan. Ia adalah terjemahan langsung dari Formula CANSLIM yang dicipta oleh pelabur tersohor dunia William J. O’Neil. 

Fokus utama penulisan buku ini adalah untuk berkongsi tips-tips mudah dan ringkas dalam memilih syarikat untuk dilaburkan. Belajar menggunakan formula CANSLIM untuk memilih saham terbaik daripada lebih 900 saham yang ada di Bursa Malaysia.

4. 101 Kesilapan Pelabur

Antara kesilapan paling latest orang suka buat adalah bergantung 100% dekat group-group Whatsapp atau Telegram.

Semoga buku ini dapat membantu anda belajar dari kesilapan orang lain, agar anda terselamat dari kerugian yang sia-sia.

Fokus utama penulisan buku ini adalah bagi mengupas kesilapan pelabur yang biasa dilakukan untuk dijadikan iktibar bersama-sama.

Sama ada kita belajar dari kesilapan orang lain, atau kita buat silap yang sama dan jatuh seperti mana orang lain yang pernah jatuh.

5. Jom Melabur Syariah Di Bursa Malaysia

Jika anda ZERO dengan pelaburan saham…

Tak faham kenapa pelaburan saham dipanggil lubuk emas…

Tak tahu ada saham yang patuh syariah dan tidak patuh syariah di Bursa Malaysia…

Nak tahu pasal saham tapi dalam bahasa yang ringkas dan mudah faham…?

Semoga buku ini dapat membantu anda memahami pasaran saham patuh Syariah di Bursa Malaysia.

FOKUS utama penulisan buku ini adalah untuk:

Mendedahkan rakyat Malaysia, khususnya bakal pelabur-pelabur runcit tentang asas pelaburan di pasaran saham.

Belajar bagaimana pasaran saham beroperasi dan bagaimana untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Cepat, dapatkan mana-mana kombo 3 buku ini sekarang di -> http://thekapital.my/bukukombo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gabungan AQRS: Bersedia Untuk Gelombang Prasarana Yang Seterusnya

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR0.30 daripada MYR0.28, potensi kenaikan harga saham 76% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY26F (Jun)

Untung teras berjumlah MYR17.5j (+112% YoY) yang dicatatkan oleh Gabungan AQRS sepanjang tempoh 9 bulan pertama FY26 (9MFY26) berjaya melepasi jangkaan, dengan mencecah 92% unjuran sepenuh tahun kami dan konsensus. Penyimpangan positif ini berpunca daripada usaha pengoptimuman kos yang lebih baik merentasi kumpulan ini dengan GPM sebanyak 35% pada 3QFY26 berbanding dengan 18% pada 3QFY25. Projek hartanah milik AQRS di Johor Bahru, The Peak (GDV: MYR689j) mungkin menyaksikan tahap keterlihatan lebih kukuh akibat lokasi projek ini yang berdekatan stesen kereta api Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Bahagian pembinaan AQRS

Mengalami kerugian sebelum cukai bernilai MYR3.4j pada 3QFY26 berbanding dengan untung sebelum cukai (PBT) sebanyak MYR7.6j yang direkodkan pada 3QFY25. Kerugian ini berpunca daripada kos-kos tambahan projek yang masih berjalan, sementara menunggu pemuktamadan akaun-akaun projek dan pemulihan daripada pelanggan. Pada masa yang sama, bahagian hartanah ini mencatat PBT teras berjumlah MYR10.7j pada 3QFY26 berbanding dengan kerugian teras sebelum cukai sebanyak MYR2.5j pada 3QFY25.

AQRS mencatat buku pesanan belum bayar bernilai MYR245j

Yang dianggap munasabah pada masa sekarang kerana tawaran kerja masih lagi belum meningkat untuk kontraktor-kontraktor bersaiz kecil hingga sederhana. Kami tidak menolak kemungkinan untuk AQRS menghantar tender dan meraih mana-mana pakej kerja daripada projek pembinaan semula lima stesen kereta api Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berikutan rekod prestasinya dalam projek Stadium Shah Alam dan stesen Glenmarie, termasuk dengan projek-projek sektor awam lain dalam buku tendernya.

Untuk bahagian hartanah, perolehan diperkukuh oleh jualan hartanah yang terjual dan belum dibil berjumlah MYR65.5j berbanding MYR191j setahun lalu manakala perolehan pada masa hadapan nanti mungkin datang daripada projek Serena Gambang di Pahang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar MYR382j (pelancaran sasaran pada 1HCY26) dan juga The Peak di Johor. Dalam jangka lebih panjang, kami mungkin menerima sumbangan daripada usaha sama (JV) pembangunan hartanah terbaharunya dengan Rising Charm di Bangi (GDV: MYR600j).

Oleh sebab keputusan melangkaui jangkaan

Kami menaikkan perolehan FY26F28F sebanyak 13%, 13%, dan 5% dengan menyelaras andaian GPM kami. Oleh itu, kami meraih TP baharu melalui kaedah SOP sebanyak MYR0.30. Faktor pemangkin untuk AQRS termasuklah pelancaran Fasa 1B bagi Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang memberikan manfaat kepada perniagaan pratuang yang dimilikinya 49% (SEDCO Precast). Kontrak-kontrak untuk membekalkan komponen-komponen pratuang kepada projek tersebut dinilai pada anggaran lingkungan MYR400-500j (pada peringkat subkontraktor).

Disebabkan oleh pelbagai kewujudan faktor pendorong dan rekod prestasinya yang baik dalam projek-projek prasarana

(Transit Aliran Massa 1, Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), LRT3), saham ini dilihat menarik apabila ia diniagakan lebih daripada -2SD di bawah P/E purata 5 tahunnya dan catatan Indeks Pembinaan Bursa Malaysia. Dengan itu, saranan BELI kami dikekalkan.

Risiko negatif utama

Kegagalan mendapatkan kontrak baharu dengan cepat.

Asas Penilaian

Kami menilai kumpulan ini berdasarkan SOP-nya, yang diperoleh daripada gabungan metodologi penilaian P/E, DCF, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Berpotensi mendapat manfaat daripada tawaran kontrak Pan Borneo Sabah

Risiko Utama

Kegagalan untuk meraih kontrak baharu pada masa yang tepat.

Profil Syarikat

Gabungan AQRS terutamanya terbabit dalam pembinaan dan pembangunan hartanah

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.