Ed Seykota, Pelabur Lagenda Yang Mempopularkan Teknik ‘Trend Following’

Ray Dalio, George Soros, Dan Zanger, Jesse Livermore adalah insan yang sinonim dengan pelabur terkenal di dalam dunia terutamanya di Wall Street. Ed Seykota mungkin hanya dikenali oleh pelabur yang benar-benar mengikuti perkembangan di dalam dunia saham.

Berbanding dengan pelabur terkenal yang lain, Ed Seykota kurang menggemari dunia selebriti dan jarang ditemuramah sepanjang hidup beliau. Tetapi kehadirannya di dalam dunia pasaran saham amat dirasai oleh pelabur generasi yang terdahulu.

Beliau menjadi terkenal kerana kemampuannya menggandakan wang pelanggannya dari USD5,000 kepada USD15 juta dalam masa 12 tahun dan kehebatannya di dalam pasaran perdagangan komoditi.

Kredit Gambar: Trading Education

Asal-Usul Ed Seykota

Ed Seykota dilahirkan pada tahun 1946 di Belanda dan kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang graduan di dalam bidang kejuruteraan elektrik di universiti terkemuka dunia, Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Walaupun mempunyai ijazah didalam kejuruteraan elektrik, minat Ed Seykota tertumpu kepada pelaburan. Beliau berkecimpung dalam dunia pasaran saham sejak berusia 13 tahun lagi, apabila bapanya mengajar dirinya untuk membeli saham.

Selepas tamat pengajian di peringkat universiti, Ed Seykota bekerja sebagai penganalisa saham untuk syarikat di Wall Street tetapi tidak kekal lama kerana tidak menyukai polisi syarikat tersebut.

Beliau merupakan self-taught trader yang gemar melakukan pelbagai eksperimen. Permulaannya di dalam pasaran komoditi agak malang bagi Ed Seykota kerana telah mengalami kerugian ketika akhir tahun 1960-an.

Ini kerana beliau mendapat tips yang salah dari trader luar yang menyebabkan beliau mengalami kerugian ketika kali pertama melakukan trading. Peristiwa itu telah memberikannya pengajaran dalam dunia pelaburan.

Pada tahun 1970, Ed Seykota telah mencipta satu program komputer untuk pasaran saham. Beliau terpengaruh dengan teknik yang diperkenalkan oleh Richard Donchian yang dikenali sebagai Donchian Channel.

Kredit: Trading Strategy Guides

Pada mulanya, teori yang dikemukan oleh Richard Donchian itu dilihat hanya teori di atas kertas sahaja oleh Ed Seykota. Beliau kemudiannya telah mengamalkan teori tersebut ke pasaran saham yang sebenar dan terkejut dengan hasil yang diperolehinya.

Teori ini menggunakan indicator moving average di dalam menentukan pembelian dan penjualan saham. Dari teori inilah, maka lahir teknik trend following dalam dunia pasaran saham.

Sepanjang bergelar trader, Ed Seykota telah berjaya mencapai banyak kejayaan. Apa yang unik mengenai dirinya adalah beliau tidak mempunyai syarikat dan hanya bekerja dan melakukan trading di rumahnya saja.

Kejayaan yang diperolehi adalah kerana megikuti prinsip pelaburan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang simple yang menjadi tunjang utama di dalam trading beliau adalah cut loss. Peraturan ini merupakan sangat penting bagi dirinya.

Cut loss dapat memberi kita peluang untuk melakukan trading kali kedua dan seterusnya kerana ia mampu menyelamatkan modal seseorang trader dari terus hancur lebur.

Peraturan kedua adalah dengan membeli saham ketika ia sedang menaik atau ride the trend. Bagi Ed Seykota, pengalaman yang lama di dalam dunia pelaburan dapat memberi kelebihan kepada seseorang trader untuk melihat trend tersebut.

Peraturan terakhir adalah dia tidak gemar untuk mendapatkan tips terutamanya dari pelabur luar. Ini kerana baginya tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku di dalam pasaran pada masa hadapan.

Sumber Rujukan:

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UUE Holdings: Buku Pesanan Memperkukuh Kebolehlihatan Perolehan

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR0.54 dikekalkan, potensi kenaikan harga 23%

Perolehan teras yang dicatat oleh UUE Holdings untuk FY26 (Feb) melangkaui jangkaan kami sedikit (106%) dan mengatasi ramalan konsensus (110%). Buku pesanan belum bayar berjumlah MYR536.4j memberikan kebolehlihatan perolehan melebihi tempoh dua tahun. Kami tetap memandang positif akan UUE, diperkukuh oleh CAGR perolehan tiga tahun mencecah 29% (FY26-29F), yang dipacu oleh kitaran menaik capex dalam Tenaga Nasional (TNB MK, BELI, TP: MYR16.50) dan SP PowerAssets

Keputusan melangkaui jangkaan

UUE melaporkan untung bersih teras 4QFY26 (Feb) bernilai MYR7.3j (+15% QoQ, +1% YoY), lalu membawa untung bersih teras FY26 kepada MYR22.1j (-1% YoY). Keputusan dilihat mengatasi jangkaan pada 106% ramalan kami dan 110% ramalan konsensus, terutamanya didorong oleh margin yang lebih kukuh daripada yang dijangka.

Rumusan keputusan

Pengebilan 4QFY26 daripada segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah dilihat lebih rendah sedikit berbanding suku lalu (-5% QoQ, +30% YoY) akibat kurangnya kegiatan pembinaan semasa tempoh perayaan. Walaupun begitu, margin kasar berkembang kepada 27.4% (+2.3ppts QoQ), disokong oleh pengebilan lebih tinggi di Singapura (+4% QoQ), dan sumbangan lebih kukuh daripada segmen pembuatan dan perdagangan (+35% QoQ). Tekanan kos jelas dilihat, dengan belanja pentadbiran meningkat kepada MYR5j (berbanding kadar suku tahun biasa sekitar MYR4.5j)

Buku pesanan belum bayar mencecah MYR536.4j

Jumlah ini termasuklah kontrak EPCC yang baru diraih bernilai MYR16j, yang kami anggap penting dari segi nilai strategiknya kerana ia menandakan keupayaan UUE untuk menaiki rantaian nilai. Sementara itu, MoU dengan syarikat ASEAN Cableship, yang melibatkan potensi usaha sama (JV) untuk kerja penggerudian arah mendatar (HDD) dalam laut, telah tamat tempoh. Namun begitu, kami tidak begitu bimbang kerana UUE masih boleh menyertai tender-tender dalam laut secara bebas, lantas berpotensi mendapatkan bahagian untung penuh berbanding struktur 50:50 yang dicadangkan sebelum ini.

Anggaran perolehan

Kami rendahkan perolehan FY27-FY28F sebanyak -3% dan -13% disebabkan oleh penyelarasan masa pengiktirafan buku pesanan. Meskipun begitu, kami kekalkan andaian penambahan kontrak tahunan pada MYR320j, yang kami percaya dapat dicapai memandangkan kedudukan UUE yang kukuh dalam projek-projek melibatkan TNB, tumpuan khususnya dalam segmen 11kV dan 33kV yang berpermintaan tinggi di Malaysia, pendedahan kepada kitaran capex SP PowerAssets di Singapura, dan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk menaiki rantaian nilai. TP kami diperoleh berdasarkan asas separa tercair (912j saham dan skim pilihan saham pekerja (ESOS) sebanyak 89.8j pada MYR0.54), dengan kiraan diskaun ESG 4%. Mengikut asas tercair penuh (dengan waran), TP kami adalah sekitar MYR0.48.

Risiko-risiko negatif

Kegagalan untuk memperoleh kontrak baharu, kelewatan dalam mendapatkan kelulusan permit, dan kos bahan mentah lebih mahal daripada anggaran.

Faktor Pemacu Utama

i. Kadar penambahan buku pesanan yang lebih tinggi daripada yang dijangka
ii. Pengembangan margin

Risiko Utama

i. Penambahan kerja yang lebih perlahan daripada yang dijangka
ii. Kelewatan projek yang tidak diduga
iii. Kos berlebihan

Profil Syarikat

UUE ialah sebuah pusat penyelesaian sehenti yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan utiliti
menyeluruh kepada pelanggan, termasuklah perancangan dan pengurusan projek, pengesanan dan pemetaan utiliti, dan kepakaran teknikal penggerudian arah mendatar (HDD).

Carta Saranan

Penganalisis
Eddy Do +603 2302 8125 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.