5 Sebab Kenapa REIT Singapura (S-REITs) Pilihan Bijak Di Kala Pandemik Covid-19

REIT merupakan singkatan kepada Real Estate Investment Trust atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Amanah Pelaburan Hartanah. REIT adalah cara termudah dan termurah untuk kita melabur secara tak langsung ke dalam industri hartanah. Malah REIT juga mempunyai kadar bayaran dividen yang tinggi.

Jom kita tengok mengapa REIT Singapura (S-REITs) adalah merupakan pilihan yang bijak di kala pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.

1. Aset Kelas Yang Sangat Kukuh

Bila kita sebut pasal hartanah, sememangnya ia merupakan pelaburan yang sangat kukuh. Begitu juga halnya dengan S-REITs.

Memang tak dinafikan bahawa harga S-REITs jatuh mendadak pada bulan Mac yang lalu, namun kini ianya telah membuat rebound semula.

S-REITs adalah pelaburan jangka masa panjang yang bersifat defensif dan menawarkan dividen yang tinggi dan konsisten. Sememangnya ia pelaburan yang perlu ditambah dalam mana-mana portfolio pelaburan, tidak kira sama ada ekonomi naik atau gawat.

2. Nilai Hartanah Singapura Yang Meningkat

Kita semua tahu bahawa Singapura adalah sebuah pulau yang mempunyai tanah yang terhad dan S-REITs ini bergantung kepada hartanah di Singapura.

Dengan bekalan yang terhad dan permintaan yang steady, maka nilai hartanah di Singapura dijangka naik dalam jangka masa panjang.

Malah ada S-REITs yang mencatatkan pulangan sebanyak 27% bagi tahun 2019.

3. Sokongan Kuat Kerajaan Singapura

Banyak polisi kerajaan berkenaan dengan cukai dan rangka kerja undang-undang yang memihak kepada sektor S-REITs ini. Di antaranya:

  • Pengecualian cukai
  • Kenaikan had leverage S-REITs
  • Pelaksanaan interest coverage ratio (ICR) yang mengukur tahap kebolehan membayar hutang, ditangguhkan ke 1 Januari 2020

Ianya bagi memastikan S-REITs ini kekal berdaya saing.

4. Peluang Sekali Dalam Sedekad

Seperti yang kita tahu, kegawatan ekonomi berlaku setiap 10-12 tahun. Maka rebutlah peluang yang datang hanya sekali dalam masa sedekad ini.

Dengan kadar faedah yang rendah oleh pihak bank, S-REITs menawarkan pulangan ~5%. Ini meletakkannya di depan berbanding aset pelaburan yang lain.

Harga S-REITs juga telah menyusut banyak jika dibandingkan dengan awal tahun yang lalu. Ini adalah peluang untuk membelinya pada harga diskaun.

5. Potensi Jangka Masa Panjang

S-REITs berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat apabila ekonomi kembali pulih. Para pelabur digesa untuk merebut peluang untuk menikmati pulangan bagi jangka masa sederhana dan panjang.

Adat pelaburan, “Buy low and sell high”. Beli ketika harga tengah murah dan jual apabila harga dah naik tinggi.

Sumber Rujukan: https://www.syfe.com/magazine/why-singapore-reits-are-still-a-buy-despite-covid-19/

Nak tahu peluang yang ada di dalam REIT Singapura secara lebih mendalam? Jom kita bersama-sama CGS-CIMB Securities dan Singapore Exchange di dalam forum Invest Singapore 2020 yang akan diadakan secara maya.

Ianya akan berlangsung pada hari Rabu, 18 November pada pukul 9 malam. Jom daftar sekarang di

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.