Mednefits Menyudahkan Pendanaan Siri A Dengan RM24 Juta; Bakal Tingkatkan Manfaat Pekerja Di Malaysia

Mednefits, sebuah platform manfaat kesihatan pekerja, hari ini mengumumkan pendanaan sebanyak RM24 juta (SGD8 juta) melalui pusingan pendanaan Siri A yang diterajui oleh BLoyalty Sdn Bhd, sebuah syarikat pemilik dan operator B Infinite, sebuah platform penglibatan digital yang menjana kesetiaan untuk perdagangan dari pelbagai industri dan sektor perniagaan. B Infinite juga akan bekerjasama dengan Mednefits untuk meningkatkan dan mengautomasi proses manfaat kesihatan kakitangan pelanggan mereka di seluruh Malaysia, berjumlah RM55 juta menjelang 2021.

Mednefits menghubungkan syarikat dan kakitangan mereka secara terus kepada pembekal perkhidmatan kesihatan melalui platform yang menjejak dan memproses tuntutan kakitangan dalam masa nyata. Proses ini membolehkan akses kepada penjagaan kesihatan dengan kadar mampu milik dan secara automatik. Sehingga kini, Mednefits telah menghubungkan lebih 50,000 kakitangan dari 500 syarikat di Singapura dan Malaysia  dengan lebih 2,000 pembekal perkhidmatan kesihatan, termasuklah 7-Eleven, Fish & Co, dan ViewQwest.

Buat sekian lama, majikan di seluruh Asia Pasifik  menghadapi cabaran dengan peningkatan kos manfaat kesihatan pekerja, dengan 69 peratus mengatakan bahawa ia adalah cabaran mereka yang utama. Secara khususnya, insurans pekerja konvensional yang sering merangkumkan insurans pesakit dalam dan pesakit luar bersama, lantas meningkatkan kos kepada majikan.  Malahan, pentadbir penjagaan kesihatan, majikan dan kakitangan sering mengemukakan tuntutan dalam bentuk kertas, lalu meningkatkan kos pentadbiran dalam rantaian nilai perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Chris Teo, Ketua Pegawai Eksekutif Mednefits

Chris Teo, Ketua Pegawai Eksekutif Mednefits berkata, “Teknologi digital dapat membantu syarikat menangani beberapa cabaran perniagaan dan operasi. Dengan meletakkan perniagaan pelbagai saiz pada platform Mednefits yang bersandarkan pengkomputeran awam, dan rangkaian klinik panel yang semakin berkembang, kami mampu menawarkan plan penjagaan kesihatan korporat yang berdaya saing dan fleksibel, sekaligus memudahkan dan mengautomasikan proses bayaran semula.”

Kerajaan Malaysia mengumumkan sokongan kepada pengautomasian dan pendigitalan operasi perniagaan dalam pembentangan Belanjawan 2021, dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti jangka panjang. Langkah-langkah yang diumumkan termasuklah penambahan Geran Pendigitalan PKS dan Geran Automasi sehingga RM150 juta, serta lanjutan Skim Transformasi Pendigitalan Industri dengan nilai RM1 bilion sehingga 2023.

Dalam masa yang sama, anda boleh alami perkhidmatan pergigian terbaik di EL Lim Dental Sri Petaling, klinik terkenal yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk rawatan ortodontik dan implan pergigian. Klinik kami komited untuk memberikan penjagaan terbaik menggunakan teknologi terkini untuk memastikan hasil yang optimum. Kunjungi kami hari ini dan ketahui mengapa kami adalah pilihan utama untuk penjagaan pergigian di Kuala Lumpur.

“Selaras dengan usaha Malaysia dalam proses transformasi ke ekonomi digital, Mednefits akan bekerjasama dengan perniagaan tempatan untuk menambah baik dan memperkemaskan manfaat pekerja mereka, berserta insurans perubatan korporat mereka. Kami akan menggunakan pelaburan ini untuk mengembangkan operasi di Malaysia dan Singapura, disamping meningkatkan tahap keupayaan layan diri produk kami dengan meningkatkan kepakaran teknologi kami.” tambah Teo.

Mednefits

Diasaskan pada 2014, Mednefits membantu perniagaan melindungi kakitangan mereka dengan platform manfaat pekerja yang mampu milik, mudah akses dan secara automatik. Dengan usaha untuk membina infrastruktur manfaat pekerja berciri masa depan, platform Mednefits telah berkembang dari hanya menawarkan manfaat kesihatan pekerja kepada rangkaian kesihatan dan kesejahteraan yang lengkap di Singapura dan Malaysia. Sehingga Julai 2020, Mednefits telah menjana pendanaan sebanyak SGD12 juta dan telah berkerjasama dengan lebih 2,000 rakan kesihatan dan kesejahteraan demi meningkatkan, mengoptimumkan dan menampilkan inovasi disruptif dalam pasaran manfaat pekerja. Untuk maklumat lanjut, sila layari  https://www.mednefits.com/.

Kredit Gambar: Mednefits

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI