6 Cara Mudah Untuk Berjimat Cara Eco-Friendly

Pencemaran alam bukanlah satu isu baru di negara ini. Pelbagai kempen telah dilakukan setiap tahun bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan untuk menjaga alam sekitar. Ianya bukan sahaja demi kepentingan generasi kita tetapi untuk generasi akan datang.

Ada yang berpendapat untuk mengamalkan gaya mesra alam ini, ianya akan menelan kos yang agak tinggi. Contohnya nak kena bertukar kepada makanan organik yang agak mahal berbanding dengan makanan yang diproses secara biasa.

Sebenarnya ada banyak lagi cara yang kita boleh bantu dalam menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama menjimatkan lagi duit poket.

Berikut merupakan 6 cara mudah untuk berjimat cermat secara eco- friendly yang boleh kita amalkan:

1. Kurangkan Penggunaan Kenderaan Persendirian

Bagi kita yang tinggal di kawasan bandar yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang lebih efisien, apa kata kita gunakan sahaja kemudahan ini. Ianya lebih menjimatkan waktu dan juga duit. Kita tidak perlu stress memandu mengharungi kesesakan jalan raya.

Kalau jarak destinasi yang ingin dituju itu sangat dekat, kita boleh memilih untuk berjalan kaki atau menunggang basikal. Bukan sahaja cara ini dapat menyihatkan tubuh badan dan menjimatkan, tetapi kita juga membantu dalam mengurangkan penggunaan bahan bakar yang memberi kesan negatif kepada bumi.

2. Kurangkan Penggunaan Penghawa Dingin

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan kesan karbon adalah dengan menghentikan atau menggurangkan penggunaan penghawa dingin di rumah. Kalau kita masih nak guna penghawa dingin, kita boleh gunakan mod jimat tenaga. Lihat berapa banyak kos yang mampu kita jimat di dalam bil elektrik.

Atau guna saja kipas, cuma kena pastikan pengudaraaan di dalam rumah berada dalam keadaan yang baik. Buka tingkap sekiranya perlu.

3. Kitar Semula

Photo by Juan Pablo Serrano Arenas from Pexels

Sampah sarap merupakan penyumbang terbesar kepada pencemaran alam sekitar. Kitar semula merupakan cara yang mudah dan murah untuk kita menyumbang kepada bumi yang lebih hijau dan nyaman.

Kalau kita malas untuk ke pusat kitar semula, boleh gunakan kreativiti masing-masing untuk melakukan projek DIY dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak diperlukan ini. Ada banyak projek DIY yang boleh kita buat, tengok saja tutorial di YouTube.

4. Berkebun dan Membeli dari Pasar Tani

Bercucuk tanam bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dan menyihatkan minda, tetapi juga dapat menjimatkan belanja dapur. Bagi kita yang mempunyai ruang kediaman yang terhad, boleh cuba untuk tanam tanaman yang mudah dijaga di dalam pasu seperti cili, pandan, kunyit dan sebagainya.

Kita juga boleh bantu mengurangkan kesan rumah hijau dengan membeli dari peniaga di pasar komuniti untuk mendapatkan sayuran segar yang bebas atau kurang penggunaan racun serangga. Kita bukan sahaja dapat makanan yang lebih sihat tetapi dapat juga membantu usahawan tani kecil di sekitar kita.

5. Jimatkan Penggunaan Air

Image by PublicDomainPictures from Pixabay

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan air. Antaranya adalah dengan tidak membiarkan air paip mengalir begitu sahaja ketika sedang memberus gigi. Boleh juga mengambil kesempatan untuk menadah air hujan untuk digunakan bagi menyiram tananam.

Pastikan juga pili air ditutup rapat sekiranya tidak digunakan. Jika terdapat sebarang kebocoran pada paip, jangan berlengah untuk memanggil tukang paip bagi membaiki kerosakan tersebut.

6. Fikir Sebelum Buang

Sebelum membuang apa yang kita anggap sebagai sampah, luangkan masa seminit dua untuk berfikir. Kalau barang tersebut masih baik dan boleh digunakan dengan sempurna, mungkin kita boleh menjual semula barangan tersebut dengan harga yang lebih murah sebagai barangan terpakai. Atau sedekahkan saja kepada mereka yang lebih memerlukan.

Bagi makanan pula, mungkin boleh jadikan ia sebagai baja kompos untuk tanaman kita. Ia merupakan pilihan yang lebih mesra alam dan kita juga dapat mengelakkan pembaziran.

Mungkin bagi sesetengah orang, gaya hidup yang lebih mesra alam ini kedengaran sukar dan melecehkan. Tetapi sebenarnya ia tidaklah sesusah mana.

Walaupun usaha yang kita lakukan ini kelihatan seperti kecil, tetapi jika ramai yang melakukannya ia pasti akan memberikan kesan positif yang sangat besar untuk alam persekitaran kita.

Sumber Rujukan: MyPF

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.