Boleh Ke Dapat Cashflow & Capital Gain Serentak Dalam Hartanah?

Persoalan tentang bolehkah seorang pelabur hartanah mendapatkan cashflow dan capital gain dalam masa yang sama telah lama disuarakan.

Dan persoalan ini semakin popular apabila wujud spekulasi akan terjadinya ‘property bull run’ yang diramai beberapa pemerhati dan pelabur hartanah terkemuka di Malaysia.

Untuk mendapatkan sama ada cashflow dan capital gain, terdapat beberapa faktor makro yang mempengaruhinya iaitu:

  • Harga median hartanah
  • Booster hartanah
  • Permintaan hartanah semasa dan mendatang
  • Persaingan semasa dan mendatang
  • Sifat hartanah

Ulasan yang akan dibuat akan menyentuh pasaran hartanah kediaman undercon (dalam pembinaan) daripada jenis landed dan high-rise.

1. Kos Hartanah

Buat pengetahuan anda, entry cost untuk kedua-dua jenis kediaman landed dan high-rise sebenarnya adalah lebih kurang sama sahaja.

Sekiranya hartanah high rise ditawarkan tanpa booking fee dan deposit yang mampu dibayar secara ansuran sehingga 20 bulan, hartanah jenis landed juga ditawarkan pakej yang sama.

Akan tetapi, sekiranya kita melihat harga hartanah jenis landed dan high rise mengikut kaki persegi, kita akan dapat melihat perbezaannya.

Berdasarkan data daripada portal Brickz.my:

  • Harga median rumah teres di Puncak Alam pada tahun 2019 adalah RM316/kaki persegi.
  • Harga median rumah apartmen di Puncak Alam pada tahun 2019 adalah RM229/kaki persegi.
  • Harga median rumah teres di Kota Damansara pada tahun 2019 adalah RM505/kaki persegi.
  • Harga median rumah apartmen di Kota Damansara pada tahun 2019 adalah pada harga RM391/kaki persegi.

2. Konsep Strategi

Terdapat dua konsep strategi dalam pelaburan hartanah iaitu aliran tunai (cashflow) dan keuntungan modal (capital gain).

  • Aliran Tunai – Strategi ini membolehkan kita mendapat tunai secara harian, mingguan ataupun bulanan dengan menyewakan kediaman kita kepada orang lain pada harga yang lebih tinggi daripada bayaran ansuran pinjaman hartanah.
  • Perolehan Modal – Selepas membeli hartanah, kita perlu menunggu untuk satu tempoh masa sebelum menjualnya pada jumlah yang menguntungkan.

3. Rumah Landed Sesuai Untuk Capital Gain

Merujuk kepada data Indeks Harga Rumah Malaysia Mengikut Jenis Rumah daripada tahun 1988-2018, dapat kita rumuskan bagi tempoh 10 tahun ke belakang, hartanah teres adalah yang paling tinggi keuntungan diikuti hartanah high-rise, Semi-D dan akhirnya banglo.

Maksudnya, berdasarkan kadar kenaikan harga rumah tahunan, hartanah jenis landed membolehkan kita mendapat untung yang lebih besar dan lumayan.

Harga rumah di Malaysia 2009-2017 :

  •  2009 – RM204,470
  •  2010 – RM217,857
  •  2011 – RM239,295
  •  2012 – RM271,384
  •  2013 – RM301,964
  •  2014 – RM330,428
  •  2015 – RM354,741
  •  2016 – RM379,843
  •  2017 – RM404,643

 4. Mana Lebih Baik?

Berdasarkan 2019 Portal Demand Analytics oleh iProperty.com.my, permintaan terhadap pasaran subsale bagi rumah jenis teres, kondominium dan servis residen adalah yang tertinggi di Malaysia.

Untuk menyewakan sebuah Semi-D yang berharga RM500,000 di Bandar Seri Putra, Bangi pada kadar melebihi RM2,500 adalah mustahil sama sekali! Kita mungkin cuma mampu menyewakannya pada angka RM1,300 – RM1,500.

Kesannya, ramai pelabur hartanah terpaksa berhadapan dengan aliran tunai negatif untuk satu tempoh masa yang lama kerana gagal memahami pasaran hartanah dengan baik.

Ini berbeza dengan kediaman high-rise yang mampu disewakan pada harga RM2,500 walaupun harganya hanya RM400,000, dengan syarat rumah tersebut dipenuhi dengan kelengkapan (fully furnished) dan terletak di kawasan primer.

Sekiranya kita berminat untuk membuat duit dengan aliran tunai, silalah cari hartanah high-rise yang mampu memberikan rental yield pada kadar 5% – 6% minimum.

Punca utama hartanah landed kurang sesuai untuk aliran tunai kerana faktor harganya yang mahal dan kebanyakan landed undercon hari ini terletak di pinggir Kuala Lumpur.

Ini berbeza dengan kediaman high-rise yang terletak di pusat bandar atau sekurang-kurangnya berdekatan dengan booster yang boleh menaikkan nilai hartanah.

Akhir kata, kita boleh mendapatkan aliran tunai dan perolehan modal serentak pada satu hartanah dengan syarat hartanah tersebut mempunyai permintaan yang tinggi terhadap sewaan dan mempunyai unjuran kenaikan harga rumah yang konsisten.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman