Lima Syarikat Yang Melakukan Penggabungan Terbesar Tahun 2020

Sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan, persaingan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Pelbagai strategi yang dibuat untuk bersaing dan mendominasi pasaran.

Selain daripada strategi pemasaran yang berkesan, penggabungan dua syarikat atau pembelian syarikat lain juga merupakan teknik yang terbaik bagi memonopoli sesuatu pasaran.

Jom kita tengok 5 penggabungan terbesar yang berlaku pada tahun 2020 yang lalu.

1. Nvidia

Kredit Gambar : Geek Culture

Membeli Syarikat: ARM

Nilai Transaksi: USD40.0 bilion

Nvidia terkenal dalam menghasilkan kad grafik berkualiti tinggi yang mana kebanyakan kad grafiknya digabungkan dengan microprocessor Intel. Pada dekad yang lepas, syarikat ini mempunyai kerjasama yang erat dalam menghasilkan kad grafik yang digunakan bersama microprocessor Intel untuk  permainan video ketika era komputer berada pada kemuncaknya.

Nvidia mula mengorak langkah untuk membesarkan syarikatnya dengan membeli ARM yang terkenal dalam penghasilan cip telefon pintar dunia. Pembelian yang dilakukan oleh Nvidia itu berjumlah USD40 bilion dan Nvidia bakal menjadi syarikat terbesar di dalam membekalkan cip untuk telefon pintar pada masa hadapan.

Baca: Nvidia Bakal Menjadi Pengeluar Cip Telefon Pintar Terbesar Dunia Selepas Pembelian Syarikat ARM Yang Bernilai $40 Bilion

2. AMD

Kredit Gambar : PC World

Membeli syarikat: Xilinx

Nilai Transaksi: USD35.0 bilion

AMD merupakan pesaing utama bagi Intel di dalam industri microprocessor. Secara umumnya, AMD tidak dapat menewaskan Intel di dalam penghasilan microprocessor yang bekualiti tinggi sehinggalah pada dekad terakhir ini apabila syarikat ini telah menukar CEO mereka.

AMD di bawah CEO baru ini Lisa Su telah berjaya menghasilkan microprocessor yang dapat menandingi Intel yang menyebabkan Intel terpaksa menurunkan harga mereka di pasaran.

Syarikat ini telah mengambil alih Xilinx yang merupakan sebuah syarikat semikonduktor yang fokus kepada perkembangan pusat data (data center). Syarikat ini menjadi rebutan di antara Intel dan AMD yang akhirnya AMD berjaya membuat tawaran yang lebih baik berbanding Intel untuk memiliki syarikat tersebut dengan nilai USD35 bilion.

3. Saleforce

Kredit Gambar: Times Jobs

Membeli syarikat: Slack

Nilai Transaksi: USD27.7 bilion

Saleforce merupakan nama yang terkenal dalam menyediakan perkhidmatan teknologi awan (cloud) untuk syarikat-syarikat gergasi. Pesaing utama Saleforce adalah Oracle yang mana pengasas Saleforce ini adalah bekas pekerja Oracle.

Walaupun bersaing dengan Oracle, Marc Benioff tetap menganggap Larry Ellison sebagai mentor beliau yang menjadikannya seperti hari ini. Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Microsoft berminat untuk memilki Saleforce tetapi akhirnya terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tawaran yang diletakkan oleh Saleforce terlalu tinggi untuk Microsoft.

Kini Saleforce bergerak sendiri dan mengembangkan perniagaannya dengan membeli sebuah syarikat yang khusus untuk kegunaan pekerja iaitu Slack. Syarikat ini menyediakan aplikasi yang memudahkan sekumpulan pekerja di sesebuah syarikat untuk berkongsi emel di tempat kerja dengan mudah.

4. Morgan Stanley

Kredit Gambar: Investment News

Membeli syarikat: E-Trade

Nilai Transaksi: USD13.0 bilion

Morgan Stanley merupakan salah sebuah institusi kewangan yang terbesar di Amerika Syarikat. Bank ini merupakan bank yang terkenal di dalam menyediakan perkhidmatan pelaburan.

Ramai yang terkeliru mengatakan Jp Morgan dan Morgan Stanley adalah  syarikat yang sama sedangkan ia adalah berbeza dan merupakan pesaing di antara satu sama lain. Di era moden ini, kebanyakan institusi pelaburan yang lama terkesan dengan syarikat start-up yang tidak mengenakan sebarang cas perkhidmatan ketika melakukan trading seperti Robin Hood.

Untuk bersaing dengan platform tersebut, Morgan Stanley telah membeli syarikat E-Trade yang juga terkenal dalam menawarkan perkhidmatan trading secara percuma.

5. Koch Industries

Kredit Gambar: KWCH

Membeli syarikat: Infor

Nilai Transaksi: USD11.0 bilion

Sebuah syarikat persendirian di antara yang terbesar di dunia. Syarikat ini dimiliki oleh Charles Koch dan David Koch yang fokus di dalam pengeluaran barangan berasaskan bahan kimia.

Adik-beradik Koch ini merupakan di antara yang keluarga yang terkaya di Amerika Syarikat. David Koch telah meninggal dunia pada tahun lepas.

Syarikat ini membuat kejutan dengan membeli Infor yang merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perisian komputer dan juga teknologi awan. Ia merupakan salah satu strategi jangka panjang yang dilakukan oleh Koch Industries untuk perkembangan masa hadapan syarikat tersebut.

Sumber Rujukan: Visual Capitalist

Kebanyakan syarikat di atas adalah tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat, mungkin sudah tiba masanya kita belajar jual beli saham global.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ke Mana Perginya Duit Caruman PERKESO Kita Dilaburkan?

Bila sebut tentang PERKESO (SOCSO), perkara pertama yang terlintas di fikiran kebanyakan pekerja di Malaysia mestilah slip gaji bulanan yang kena potong, tuntutan elaun kemalangan, atau paling tidak pun isu skim wajib baru yang tengah hangat diperkatakan sekarang.

Gambaran Kasar Aliran Wang PERKESO (2024):

Untuk memudahkan kefahaman struktur kewangan mereka:

  • Duit Masuk (Kutipan caruman): ~RM7.58 Bilion
  • Duit Masuk (Untung pelaburan kasar): ~RM2.10 Bilion
  • Duit Keluar (Bayar pampasan/faedah pencarum): ~RM6.20 Bilion

Ini menunjukkan daripada RM7.58 Bilion yang dikutip, hampir RM6.20 bilion dipulangkan semula kepada pekerja/pencarum dalam bentuk bayaran pampasan dan faedah, manakah bakinya menjadi lebihan bersih dana institusi tersebut.

Tetapi, pernah tak anda terfikir: Ke mana perginya berbilion ringgit wang caruman yang dikumpul setiap bulan? Adakah ia sekadar disimpan di dalam bank atau sebenarnya “bekerja keras” menghasilkan untung?

Sebagai portal yang celik kewangan, hari ini kami nak bedah Laporan Tahunan PERKESO 2024 untuk melihat di mana institusi keselamatan sosial ini melaburkan dana mereka, dan berapa pula keuntungan kasar yang mereka berjaya jana!

1. Poket PERKESO Tengah Makin Lebat

Sebelum kita sembang bab kaunter saham mana mereka borong, mari kita tengok prestasi kewangan makro mereka terlebih dahulu.

Menurut laporan rasmi, jumlah Aset di bawah Pengurusan (AUM) PERKESO telah meningkat sebanyak 7.01% kepada sekitar RM36.87 Bilion!

Dari segi hasil atas pelaburan, strategi proaktif pasukan pelaburan mereka nampaknya membuahkan hasil:

  • Pendapatan Pelaburan Kasar (2024): Mencecah ~RM2.17 Bilion.
  • Pertumbuhan: Naik sebanyak 18.27% berbanding RM1,835.30 juta pada tahun 2023.
  • Kadar Pulangan (ROI) Kasar: Melonjak naik kepada 6.64% (berbanding 5.89% pada tahun sebelum).

Untung lebih RM2 bilion setahun ini bukanlah satu angka yang kecil. Jadi, di mana lubuk pelaburan mereka?

2. Di Mana PERKESO Melabur? (Pecahan Portofolio)

Sama seperti KWSP atau PNB, PERKESO menggunakan rangka kerja Alokasi Aset Strategik (SAA) bagi memastikan dana pelaburan mereka mampan, kalis inflasi dan yang paling penting mampu menampung tuntutan bayaran faedah pekerja bagi jangka masa panjang.

Berikut adalah instrumen utama pelaburan mereka:

  • 62.81% Pendapatan Tetap (Fixed Income)
  • 27.52% Ekuiti
  • 6.77% Pasaran Wang
  • 2.90% Pelaburan Alternatif

A. Pasaran Saham (Ekuiti)

Jika anda rasa pelaburan saham ini berisiko, bagi dana gergasi seperti PERKESO, pasaran ekuiti tersiar di Bursa Malaysia merupakan antara lubuk buat duit terbesar mereka untuk tahun 2024. Peningkatan pendapatan pelaburan kasar mereka disumbangkan secara signifikan oleh keuntungan penjualan saham apabila pasaran saham berada dalam momentum yang baik.

Tetapi nampaknya tiada langsung perincian senarai pegangan saham seperti yang dibuat oleh KWSP.

KWSP setiap tahun akan dedahkan:

  • Top 30 pegangan Bursa Malaysia
  • Nilai pegangan
  • Peratus pegangan
  • Kadang-kadang siap cerita prestasi mengikut aset dan pasaran luar negara.

Jadi orang ramai boleh tahu:

  • KWSP pegang saham Maybank berapa banyak
  • CIMB
  • Public Bank
  • Tenaga
  • YTL Power
  • Sunway dan sebagainya.

Menariknya, orang ramai sebenarnya tidak mengetahui pegangan saham PERKESO secara menyeluruh. Sebaliknya, sesuatu pelaburan hanya mendapat perhatian apabila ia menjadi berita atau melibatkan pengumuman kepada Bursa Malaysia.

Antara contoh yang pernah berlaku ialah:

Cypark Resources (2023)

Pada tahun 2023, PERKESO muncul sebagai pemegang saham utama dalam Cypark Resources selepas pegangan melepasi ambang pelaporan Bursa Malaysia. Ketika itu, Ketua Eksekutif PERKESO menjelaskan bahawa Cypark merupakan sebahagian daripada portfolio ekuiti PERKESO kerana syarikat tersebut mempunyai “good fundamental value” serta selari dengan fokus ESG organisasi.

Pharmaniaga (2025)

Pada Jun 2025 pula, The Edge Malaysia melaporkan bahawa PERKESO sedang berbincang untuk menyertai private placement Pharmaniaga Berhad dan berpotensi muncul sebagai pemegang saham yang besar sekiranya urus niaga itu dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, Pharmaniaga menjelaskan ketika itu bahawa belum ada keputusan muktamad mengenai pelabur yang akan mengambil bahagian dalam private placement tersebut.

B. Bon Domestik & Sukuk (Sekuriti Hutang)

Bagi mengimbangi risiko pasaran saham yang turun naik, PERKESO meletakkan sebahagian besar dana dalam instrumen berpendapatan tetap (fixed income) iaitu bon korporat dan sukuk domestik. Ini memberikan aliran pendapatan faedah yang stabil setiap tahun.

Antara sektor-sektor utama dalam negara yang disokong oleh dana bon PERKESO termasuklah:

  • Perbankan & Perkhidmatan Kewangan
  • Tenaga & Utiliti (Sektor kritikal negara)
  • Pengangkutan & Telekomunikasi
  • Hartanah & Kewangan Awam

C. Aset Kewangan Sedia Untuk Dijual

Aset kewangan sedia untuk dijual boleh diibaratkan sebagai “stok pelaburan” yang boleh dijual pada bila-bila masa jika pengurus dana melihat peluang yang lebih baik. Ia lazimnya terdiri daripada saham, bon, sukuk, REIT dan instrumen pelaburan lain yang mudah diniagakan di pasaran.

Kantung kecairan PERKESO dalam kategori aset ini adalah sangat besar. Nilai aset kewangan sedia untuk dijual di bawah kumpulan PERKESO dilaporkan mencecah RM32.88 bilion. Ini memberikan fleksibiliti tinggi kepada pengurus dana mereka untuk bertindak mengikut kitaran ekonomi semasa.

D. Hartanah Fizikal & Deposit Tunai

PERKESO juga mempunyai pegangan dalam pasaran hartanah bagi menjana pendapatan bersih melalui hasil sewaan serta modal apresiari. Di samping itu, dana selebihnya diletakkan dalam instrumen pasaran wang dan deposit tegar bersama institusi kewangan berlesen demi keperluan kecairan tuntutan faedah harian pekerja.

3. Untung Bilion-Billion Tapi Belanja Pun Besar?

Satu fakta menarik yang pekerja perlu tahu ialah: Walaupun pendapatan pelaburan mereka mencecah RM2.17 Bilion, kos tanggungjawab atau belanja tanggungan (tuntutan pampasan/faedah) yang PERKESO perlu bayar semula kepada pekerja yang ditimpa musibah juga meningkat sebanyak 7.29% kepada ~RM6.2 Bilion!.

Peningkatan bayaran keluar (payout) ini disebabkan oleh pertambahan bilangan penerima faedah serta peluasan skim perlindungan kepada sektor pekerja asing dan bekerja sendiri (SKSPS).

Melalui data ini, jelaslah bahawa PERKESO bukan sekadar menyimpan duit caruman. Wang tersebut digulung masuk ke dalam ekosistem korporat Malaysia demi menjana pulangan berbilion ringgit untuk memastikan kantung institusi ini sentiasa sihat dan kalis risiko masa depan.

Nota: Artikel ini adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam Laporan Tahunan PERKESO 2024. Sebarang pegangan saham individu tidak dinyatakan dalam laporan tersebut. Oleh itu, artikel ini hanya membincangkan maklumat yang didedahkan secara rasmi oleh PERKESO dan tidak membuat sebarang andaian mengenai saham-saham yang dimiliki.