Credit Default Swap, Instrumen Yang Biasa Digunakan Untuk Tujuan Hedging

Credit default swap ataupun secara ringkasnya CDS merupakan satu instrumen derivatif atau satu kontrak yang membenarkan seorang pelabur memindahkan risiko mereka ke pelabur yang lain. CDS juga banyak diguna sebagai salah satu kaedah hedging bagi melindungi pelaburan dari risiko yang tidak diingini.

Secara minimum, instrumen ini akan melibatkan tiga pihak iaitu peminjam, pemberi pinjam dan juga penjual CDS.

Sebagai contoh bagi situasi peminjam dan pemberi pinjaman, CDS digunakan bagi memindahkan risiko kegagalan peminjam untuk membayar semula wang pinjaman beserta keuntungan kepada individu ketiga ataupun pelabur lain.

Pemberi pinjaman akan menjadi swap buyer dan perlu membuat pembayaran premium kepada individu ketiga sebagai swap seller sehingga tamat kontrak CDS tersebut. Sekiranya peminjam gagal membuat bayaran semula kepada pemberi pinjam, swap seller tersebut perlu membayar swap buyer jumlah pinjaman beserta keuntungan yang sepatutnya diterima dari peminjam.

Dalam erti lain, CDS ini boleh bertindak sebagai insurans kepada pemberi pinjaman tersebut apabila peminjam gagal membuat pembayaran semula.

Pada tahun 2008, CDS telah menjadi punca syarikat insurans American International Group (AIG) terpaksa diselamatkan oleh Federal Reserve daripada bankra. AIG telah menjadi swap seller terbesar sebelum Housing Bubble pada tahun 2008 meletus dan telah mendapat keuntungan yang besar melalui pembayaran premium oleh swap buyer bagi melindungi pelaburan mereka di dalam Mortgage-Backed Securities.

Kredit Gambar: Business Insurance

Namun, langit tidak sentiasa cerah. Letusan Housing Bubble telah mengakibatkan ramai pembeli rumah gagal membuat bayaran semula dan telah memberi impak yang negatif kepada Mortgage-Backed Securities.

Apabila tiba giliran Mortgage-Backed Securities gagal membuat pembayaran kepada pelabur mereka, AIG mula sedar bahawa mereka tidak mampu untuk membayar semua swap buyer mereka dan meminta bantuan daripada Federal Reserve.

AIG akhirnya terpaksa akur dengan syarat yang ditetapkan bagi menerima bantuan kewangan lebih daripada USD180 billion. Situasi AIG digelar ‘Too Big To Fail’ kerana kebanyakan swap buyer adalah institusi kewangan dan sistem kewangan dijangka bakal musnah sekiranya AIG gagal membuat pembayaran semula kepada swap buyer.

Instrumen ini merupakan satu instrumen yang bagus digunakan bagi tujuan hedging. Namun, sikap tamak sesetengah pihak telah menggunakan instrumen ini bagi mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan risiko yang terlibat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.