Tabung Haji (TH) Umum Agihan Keuntungan Tahun 2020 Sebanyak 3.10%

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan yang lebih baik sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 3.05% pada tahun 2019, kepada kira-kira sembilan (9) juta pendepositnya.

Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

This image has an empty alt attribute; its file name is 155335935_3994557510605417_5662314443925494904_o-700x700.jpg

Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata pihaknya bersyukur dengan prestasi kewangan TH pada tahun 2020 yang kekal positif meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung tahun 2019 akibat Pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi tahun 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lepas. Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan,” tambah beliau lagi.

Jumlah deposit di TH telah mencecah RM76.7 bilion pada 26 Februari 2021 iaitu paras tertinggi dalam sejarah, sekaligus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.

TH ditubuhkan pada tahun 1963 dengan tujuan untuk membantu umat Islam Malaysia menyimpan wang sedikit demi sedikit bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima.

Pada masa yang sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada tahun 2019. Oleh itu para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka. Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara.

Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula pukul 8 malam, Selasa, 2 Mac 2021 sehingga pukul 12 tengah hari, Rabu, 3 Mac 2021, bagi melancarkan urusan agihan keuntungan. Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Berkenaan ibadat haji, YB Datuk Dr Zulkifli berkata sehingga kini Kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang musim haji tahun 2021 walaupun telah menerima kira-kira 100,000 jemaah umrah semenjak 1 November 2020.

“Tahun lepas, ibadat haji telah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia. Marilah kita terus berdoa agar wabak ini pulih sepenuhnya dan kita dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci semula. Walaupun masih belum mendapat pengesahan tentang ibadat haji tahun ini, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Oleh itu saya menasihati semua bakal haji untuk mengikuti kursus asas haji mingguan yang sedang dianjurkan oleh TH secara dalam talian. Bakal-bakal haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan lakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal dan mental,” tambah Datuk Dr Zulkifli.

Sumber: Lembaga Tabung Haji (TH)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji Kita? Ini Jawapannya

Setiap kali kita menyimpan duit di Tabung Haji, ramai yang tahu tujuan utamanya adalah untuk menunaikan ibadah haji.

Tetapi pernah tak terfikir…

Ke mana sebenarnya Tabung Haji melaburkan wang simpanan lebih 9.8 juta pendeposit ini?

Adakah semuanya disimpan dalam bank?

Jawapannya tidak.

Seperti institusi pelaburan lain, Tabung Haji akan melaburkan dana pendeposit bagi menjana keuntungan. Bezanya, semua pelaburan perlu mematuhi prinsip Syariah serta mengambil kira tahap risiko yang sesuai kerana wang tersebut adalah amanah para pendeposit.

Berapa besar dana Tabung Haji?

Sehingga 31 Disember 2025:

PerkaraNilai
Pendeposit9.77 juta orang
Simpanan PendepositRM93.42 bilion
Jumlah AsetRM98.58 bilion
Pendapatan Pelaburan KasarRM4.64 bilion
Pulangan Pelaburan (ROI)5.01%

Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji?

Daripada keseluruhan portfolio pelaburan Tabung Haji pada tahun 2025:

Walaupun hanya 28% portfolio berada dalam ekuiti, kelas aset ini menyumbang 34% daripada jumlah pendapatan pelaburan TH. Sebaliknya, sekuriti pendapatan tetap membentuk 57% portfolio tetapi menyumbang 53% pendapatan, menunjukkan peranan utamanya sebagai sumber pulangan yang lebih stabil dan berisiko lebih rendah.

Ekuiti (Saham)

Sebanyak 28% daripada portfolio pelaburan Tabung Haji diperuntukkan kepada pelaburan ekuiti. Pelaburan ini merangkumi saham syarikat di Malaysia dan juga luar negara, selaras dengan strategi kepelbagaian portfolio bagi menjana pulangan jangka panjang.

Berdasarkan Laporan Tahunan 2025:

  • Ekuiti Domestik mencatat pulangan 5.47%
  • Ekuiti Luar Negara mencatat pulangan 7.03%
  • Private Equity pula merekodkan pulangan tertinggi iaitu 8.29% pada tahun 2025.

TH memegang ekuiti strategik dalam pelbagai syarikat terkemuka negara:

  • Bank Islam Malaysia Berhad (48.87%)
  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (30.80%)
  • TH Plantations Berhad (73.84%): Perladangan kelapa sawit tersenarai di Bursa Malaysia.
  • TH Properties Sdn. Bhd. (100%): Pembangunan hartanah & pembinaan.
  • TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (100%): Rangkaian hotel & pusat konvensyen Syariah.
  • TH Marine Holdings (L) Inc. (100%): Perkhidmatan logistik & sokongan marin offshore.

Menariknya, TH tidak berkongsi saham apa yang dimiliki atau pegangan terbesar mereka dalam Laporan Tahunan 2025. Jadi, kita hanya tahu pendedahan kepada ekuiti tempatan dan luar negara, tetapi tidak tahu nama kesemua syarikat-syarikat yang berada dalam portfolio tersebut.

Namun, berdasarkan maklumat pemilikan saham yang tersedia di Bursa Malaysia dan platform data pasaran, kita masih boleh mengenal pasti beberapa pegangan saham utama.

Antaranya ialah:

  • Focus Point Holdings Bhd – Tabung Haji muncul sebagai antara pemegang saham utama dengan pegangan sekitar 31.08 juta saham (5.06%) pada Julai 2026.
  • AEON Co. (M) Bhd – 71.39 juta saham
  • Gas Malaysia Bhd – 63.67 juta saham
  • Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) – Tabung Haji memiliki kira-kira 6.24%, bersamaan 126.32 juta unit.
  • Farm Fresh Bhd – 56.13 juta saham
  • MR D.I.Y. Group – 127.51 juta saham
  • Orkim Bhd – 50.06 juta saham
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) – 73.52 juta saham
  • KPJ Healthcare Berhad – 43.29 juta saham
  • Solarvest Holdings Berhad – 25.26 juta saham
#SyarikatPeganganHarga Semasa (RM)Anggaran Nilai (RM Juta)
1Gas Malaysia Bhd63.67 juta5.27335.54
2Axis REIT126.32 juta1.92242.53
3MR D.I.Y. Group (M) Bhd127.51 juta1.61205.29
4Farm Fresh Bhd56.13 juta2.21124.05
5Tenaga Nasional Bhd73.52 juta14.561,070.45
6KPJ Healthcare Bhd43.29 juta3.12135.07
7AEON Co. (M) Bhd71.39 juta1.0574.96
8Solarvest Holdings Bhd25.26 juta3.0075.78
9Orkim Bhd50.06 juta0.8844.05
10Focus Point Holdings Bhd31.08 juta0.5115.85
Jumlah≈ RM2.32 bilion

Secara teori, jika semua pegangan ini dijual pada harga pasaran semasa, Tabung Haji berpotensi memperoleh sekitar RM2 bilion. Namun, angka ini hanyalah anggaran berdasarkan harga saham semasa dan tidak semestinya jumlah sebenar yang akan diterima.

Nilainya memang sekitar RM2 bilion berdasarkan harga semasa. Tetapi itu tidak bermaksud Tabung Haji perlu menjual saham-saham ini. Selagi syarikat terus mencatat prestasi yang baik dan membayar dividen, pegangan tersebut boleh terus menjana pendapatan kepada Tabung Haji sambil berpotensi meningkat nilainya dari semasa ke semasa.

Ini baru 10 syarikat yang berjaya dikenal pasti melalui rekod pemilikan saham awam. Sangat berkemungkinan masih terdapat banyak lagi pegangan ekuiti Tabung Haji yang tidak tersenarai di sini.

Nota: Maklumat pegangan diperoleh daripada sumber awam dan bukan senarai lengkap portfolio ekuiti Tabung Haji. Nilai anggaran adalah berdasarkan harga pasaran semasa ketika artikel ini disediakan dan tertakluk kepada perubahan harga saham.

Kenapa Tidak Labur Semua Duit Dalam Saham?

Kalau semua wang dilaburkan ke saham, pulangan mungkin lebih tinggi ketika pasaran naik.

Tetapi…

Apabila pasaran jatuh, nilai simpanan juga boleh terjejas dengan besar.

Sebab itu TH menggunakan strategi kepelbagaian pelaburan (diversification) supaya risiko lebih seimbang.

Bagaimana Pula dengan Ekuiti Swasta (Private Equity)?

Selain saham syarikat tersenarai, Tabung Haji turut melabur dalam ekuiti swasta (private equity). Menariknya, kelas aset ini mencatat pulangan pelaburan 8.29% pada tahun 2025, iaitu lebih tinggi berbanding ekuiti domestik (5.47%) dan ekuiti luar negara (7.03%).

Walau bagaimanapun, Laporan Tahunan 2025 tidak mendedahkan syarikat atau dana ekuiti swasta yang menjadi pegangan Tabung Haji.

Pelaburan ekuiti swasta menyumbang pulangan yang baik kepada Tabung Haji, namun maklumat mengenainya masih agak terhad dalam laporan tahunan. Pada masa hadapan, adalah wajar Tabung Haji mempertimbangkan pendedahan yang lebih terperinci mengenai portfolio ekuiti swasta, sekurang-kurangnya bagi pegangan utama. Ini akan membolehkan pendeposit memahami dengan lebih jelas bagaimana dana mereka diurus serta meningkatkan tahap ketelusan institusi.

Siapa Yang Menguruskan Pelaburan Tabung Haji?

Pengurusan pelaburan Tabung Haji tidak dibuat oleh seorang individu, sebaliknya diurus oleh pasukan pelaburan profesional yang terdiri daripada pengurus dana, penganalisis pelaburan dan pengurusan TH. Semua aktiviti pelaburan dipantau oleh Panel Pelaburan (Investment Panel), iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka strategi, dasar dan hala tuju pelaburan serta memastikan setiap keputusan selaras dengan objektif Tabung Haji, peraturan yang berkuat kuasa dan prinsip syariah. Laporan Tahunan 2025 turut menunjukkan bahawa TH mempunyai Pengurus Dana Ekuiti (Equity Fund Managers) yang memantau prestasi portfolio secara berkala, manakala pengurusan tertinggi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Penutup

Ramai melihat Tabung Haji sekadar tempat menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji. Hakikatnya, setiap ringgit yang disimpan diurus secara profesional melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan dan mematuhi prinsip Syariah.

Strategi ini bertujuan mengimbangi antara pulangan, risiko dan kecairan, supaya Tabung Haji mampu terus memberikan agihan keuntungan yang kompetitif, melindungi simpanan pendeposit serta memastikan urusan haji dapat dilaksanakan secara mampan untuk jutaan rakyat Malaysia.

Sebagai pendeposit, memahami ke mana wang kita dilaburkan bukan sahaja menambah keyakinan terhadap pengurusan Tabung Haji, malah membantu kita menghargai bagaimana simpanan tersebut diurus bagi mencapai matlamat jangka panjang dan bukan sekadar untuk memperoleh pulangan, tetapi juga sebagai persediaan menunaikan rukun Islam kelima.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberi kefahaman tentang bagaimana Tabung Haji mengurus dan melaburkan dana pendeposit berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam Laporan Tahunan 2025. Ia bukan merupakan nasihat pelaburan. Sebarang perubahan dasar, strategi pelaburan atau komposisi portfolio adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi Tabung Haji.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!