5 Indikator Pasaran Saham Yang Tidak Diketahui Ramai

Apakah yang dimaksudkan dengan indikator pasaran (market indicator)? Secara amnya, indikator pasaran bersifat kuantitatif dan dicipta untuk menafsir data-data bagi meramal pergerakan pasaran saham.

Umum diketahui bahawa biasanya ia terdiri daripada formula dan nisbah. Namun tahukah anda ada indikator pasaran saham yang jarang kita dengar tetapi ianya digunakan oleh para pelabur?

1. The Super Bowl Indicator (Petunjuk Super Bowl)

Photo by Pixabay from Pexels

Indikator ini mempercayai bahawa, sekiranya AFC (The American Football) memenangi Super Bowl, akan ada kejatuhan pada tahun yang mendatang. Sebaliknya jika NFC (National Football Conference) memenangi Super Bowl, pasaran saham akan meningkat naik.

Hasil kajian ini  sebenarnya cukup mengejutkan. Daripada 22 kemenangan NFC, S&P 500 telah mencapai purata kenaikan 12.3% setahun. Daripada 14 kemenangan AFC, S&P 500 mengalami penurunan purata 4.8% setahun.

Pelik bukan, bagaimana AFC boleh menyeret pasaran saham ke bawah dan sebaliknya pula yang berlaku dengan NFC?

2. The Lipstick Indicator (Petunjuk Gincu)

Indikator ini merumuskan bahawa apabila orang ramai merasa tidak yakin dengan ekonomi negara, mereka beralih perhatian kepada barangan yang lebih murah seperti gincu untuk meningkatkan mood atau keyakinan diri mereka.

Walaupun petunjuk pasaran ini tidak diuji seperti Petunjuk Super Bowl, namun contoh paling jelas berlaku selepas serangan 11 September. Syarikat Estée Lauder mengalami kenaikan penjualan sebanyak 40%, dan syarikat pengeluar gincu yang lain juga melaporkan tren kenaikan jualan yang ganjil dan jarang-jarang berlaku.

3. The Wall Street Job Indicator (Petunjuk Pekerjaan di Wall Street)

Bullish market

Berbeza dengan indikator lain, petunjuk pasaran saham ini sedikit logik dan masuk akal. Semakin banyak peluang pekerjaan yang menarik di Wall Street, semakin besar kemungkinan ekonomi dalam keadaan menggelembung (bubble).

Petunjuk ini biasanya diukur oleh mereka yang  berkelulusan Harvard dan bekerja dalam bidang perbankan pelaburan, ekuiti swasta dan sekuriti perdagangan.

Petunjuk ini memberi isyarat kepada pelabur untuk bersedia untuk keluar daripada pasaran sekiranya lebih daripada 30% graduan memasuki bidang pekerjaan ini. Manakala pelabur perlu masuk semula ke pasaran sekiranya kurang daripada 10% graduan mengisi kekosongan pekerjaan.

Sungguhpun begitu, hasil ujian Indikator ini masih kurang jelas. Ianya lebih tepat ketika trend penurunan dalam pasaran saham berlaku, manakala kurang tepat ketika trend kenaikan pasaran saham berlaku.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 ianya memberi isyarat penjualan pegangan saham yang tepat. Sekali lagi ianya memberi isyarat penjualan  di kemuncak Dot-Com Bubble pada tahun 2000, dan pasaran mengalami penurunan sebanyak 9.8%.

4. The Sports Illustrated Swimsuit Edition Cover Model Indicator (Petunjuk Model Pakaian Renang)

Apabila model itu berasal dari Amerika Syarikat, S&P 500 akan mengatasi pulangan berbanding tahun sebelumnya. Apabila modelnya bukan dari Amerika Syarikat, S&P 500 akan mempunyai prestasi yang lebih rendah.

Purata pulangan tahunan S&P 500 adalah 8.87% dalam tempoh 30 tahun yang lalu. Ketika itu, model Amerika Syarikat yang menghiasi muka hadapan majalah Sports Illustrated ini, pulangannya meningkat menjadi 13.9%.

Dengan model yang bukan berasal dari Amerika Syarikat, pulangannya jatuh menjadi 7.2%.

Walaubagaimanapun, model penutup dengan prestasi terburuk adalah Marisa Miller yang berasal dari Amerika Syarikat, yang memulakan debutnya pada tahun 2008, dan menyaksikan pasaran jatuh sebanyak 38.5%. Mungkin dah kebetulan market nak crash pada tahun tersebut.

5. The Cardboard Box Indicator (Petunjuk Kotak Kadbod)

Photo by Maria Orlova from Pexels

Indikator ini menggunakan data bahawa hampir semua benda di dunia diedarkan menggunakan kotak kadbod. Pada dasarnya, semakin tinggi permintaan untuk kotak kadbod, semakin baik ekonomi dunia kerana kilang menghantar barang menggunakan kotak kadbod.

Hal yang seebaliknya berlaku sekiranya semakin rendah permintaan pengeluaran terhadap kotak kadbod, maka ekonomi merosot kerana lebih sedikit kilang memerlukan kotak.

Indikator pasaran saham yang pelik ini katanya digunakan oleh bekas ketua Federal Reserve Alan Greenspan, yang akan melihat indikator tersebut untuk mendapatkan pandangan mengenai prestasi industri pembuatan.

Walaupun hasilnya tidak diuji secara mendalam, namun pada tahun 2008 ketika kemuncak kemelesetan ekonomi global, ianya terbukti adanya kaitan dengan Indikator Kadbod ini.

Hasil penjualan syarikat pembuatan kotak kadbod telah mengalami penurunan melebihi 50%. Mungkin Indikator ini sesuai diuji pada masa akan datang.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Sunway Construction Catat Momentum Pendapatan Kukuh Pada Q1 FY2026 Dengan Keuntungan Bersih Meningkat 56% Kepada RM118 Juta Pada Q1 2026

Sunway City, Kuala Lumpur – Syarikat pembinaan bersepadu menegak terkemuka Malaysia, Sunway Construction Group Berhad (“Sunway Construction” atau “Kumpulan”) dengan sukacitanya mengumumkan keputusan kewangan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 (Q1 FY2026).

Sunway Construction memulakan FY2026 dengan prestasi yang kukuh, meneruskan momentum pendapatan positif susulan prestasi mantap pada tahun kewangan sebelumnya. Kumpulan merekodkan keuntungan bersih (PATMI) sebanyak RM118.4 juta dengan hasil RM1.0 bilion, menandakan pertumbuhan kukuh tahun ke tahun sebanyak 56%, disokong oleh sumbangan lebih tinggi daripada semua segmen operasi.

Segmen Pembinaan mencatatkan hasil sebanyak RM950.6 juta pada Q1 FY2026, berbanding RM1.4 bilion pada suku pertama tahun kewangan 2025 (Q1 FY2025). Prestasi hasil yang lebih kukuh dalam suku yang sama tahun lalu terutamanya disebabkan oleh kemajuan pembinaan yang dipercepatkan bagi Projek Rapid Transit Systems (RTS) Link dan beberapa projek pusat data. Walaupun hasil yang direkodkan pada suku semasa lebih rendah, segmen ini mencatatkan peningkatan keuntungan yang memberangsangkan, dengan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) meningkat 33% tahun ke tahun kepada RM148.7 juta dan margin PBT bertambah baik kepada 15.6%.

Hasil bagi segmen Pratuang melonjak 136% kepada RM72.1 juta pada Q1 FY2026, berbanding RM30.6 juta pada Q1 FY2025. Pertumbuhan kukuh ini didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada projek ICPH, bersama peningkatan progresif daripada projek baharu yang diperoleh. Sehubungan itu, PBT meningkat lima kali ganda kepada RM6.0 juta sepanjang suku tersebut.

Kumpulan mengisytiharkan jumlah dividen sebanyak 22.8 sen sesaham biasa pada suku semasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026, terdiri daripada dividen interim pertama satu peringkat sebanyak 7.60 sen sesaham biasa dan dividen khas sebanyak 15.2 sen sesaham biasa.

Pengarah Urusan Sunway Construction Group, Mr. Liew Kok Wing, berkata, “Kami gembira memulakan tahun ini dengan prestasi yang kukuh, disokong oleh momentum pendapatan positif. Buku tempahan tertunggak Kumpulan yang sihat, bersama penambahan semula buku tempahan yang mantap, terus memberikan keterlihatan yang kukuh terhadap trajektori pertumbuhan pendapatan kami. Pada suku pertama 2026, Kumpulan memperoleh tempahan baharu bernilai RM3.59 bilion, mencapai lebih 50% daripada sasaran penambahan semula buku tempahan 2026 untuk tahun ini.”

Beliau turut berkongsi mengenai prospek Kumpulan, “Malaysia kini muncul dengan pantas sebagai salah satu pasaran pusat data paling dinamik di Asia Tenggara dan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi hyperscaler global. Penekanan negara terhadap percepatan peralihan tenaga dan pengukuhan ekosistem infrastruktur digital dijangka menyokong kemampanan jangka panjang pelaburan digital di Malaysia. Dalam persekitaran ini, Kumpulan terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor pertumbuhan utama negara, khususnya segmen Advanced Technology Facilities (“ATF”), sambil mengekalkan profil buku tempahan pembinaan yang pelbagai merentasi pelbagai sektor, termasuk projek-projek Sunway Group.”

Beliau menjelaskan lagi, “Dalam segmen ATF, Kumpulan memperoleh tiga projek pusat data baharu dan menerima operator hyperscale antarabangsa baharu sepanjang suku tersebut, sekali gus mengukuhkan lagi pangkalan pelanggan teknologi multinasionalnya. Sunway Construction telah menyiapkan lebih 180MW kapasiti pusat data setakat ini dan kini menguruskan sepuluh projek berterusan untuk pelanggan teknologi global.”

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan berkata, “Kumpulan kekal optimis secara berhati-hati terhadap prestasinya bagi baki tahun 2026, disokong oleh buku tempahan tertunggak yang sihat dan pelbagai bernilai RM8.157 bilion. Namun begitu, Kumpulan terus berwaspada terhadap perkembangan geopolitik yang berubah-ubah serta kesan limpahan daripada peningkatan kos dan gangguan rantaian bekalan.”