Kenapa ‘Stress’ Tidak Baik Untuk Seorang Pelabur Dan Pedagang Saham

Stress atau dikenali juga sebagai tekanan perasaan, kemurungan, gangguan jiwa dan sebagainya adalah sebuah bentuk perasaan semula jadi yang disebabkan kepuasan yang tidak dapat dipenuhi.

Dalam sesetengah situasi, tekanan akan membawa kesan yang parah jika seseorang itu tidak mampu untuk menguruskannya dengan bijak.

Perkara yang boleh menyebabkan kita terbeban dengan masalah tekanan mungkin berpunca daripada pekerjaan, hubungan, masalah kewangan dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa tekanan tidak mampu dielakkan ketika kita mengejar impian yang besar dalam kehidupan.

Namun dalam sesetengah situasi, tekanan dapat menjadi pendorong motivasi dan pembakar semangat sekaligus menyebabkan kita mampu melakukan perkara yang dianggap sukar atau mustahil.

Mekanisme kekuatan mental dan fizikal kita akan lebih kuat, kerana otak kita menerima signal untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika menghadapi situasi genting.

Sungguhpun begitu, jika kita sering atau mudah menerima tekanan dalam satu tempoh masa, ianya akan memberi kesan yang lebih buruk berbanding kebaikan.

Photo by amy chung from Pexels

Mengikut kajian yang dibuat ketika seekor harimau sedang mengejar seekor gazelle, fisiologi gazelle tersebut berubah secara drastik dan dramatik. Jantung Gazelle mengepam dengan sangat cepat, kerana ia berlari sepantas yang mungkin demi menyelamatkan nyawanya.

Tubuh gazelle menggunakan setiap kuderat tenaga yang ada untuk fokus supaya bertahan dan melindungi nyawanya. Fungsi badan gazelle yang lain berhenti sementara ia berusaha untuk mengalahkan sang pemangsa.

Sistem imuniti badan gazelle akan terjejas teruk. Sekaligus produktiviti sistem badan gazelle akan menurun.

Demikian juga dalam konteks kehidupan manusia, jika kita banyak menerima tekanan hidup yang berat dalam sesuatu masa, maka risiko impak negatif kepada diri kita akan meningkat dengan mendadak.

Jika diterjemahkan ke dalam konteks pelaburan dan perdagangan, tujuan utama kita berkecimpung dalam bidang ini adalah untuk mencapai bebas kewangan.

Jika kita melabur atau berdagang, ianya pasti hadir dengan pelbagai bentuk tekanan. Adakah kita tahu cara untuk mengawal tekanan tersebut dengan baik?

Ini kerana mood swing yang berlaku adalah sangat besar di antara keuntungan yang kita kecapi dan juga kerugian yang kita perolehi. Sekejap tersenyum keriangan apabila untung, sekejap menangis di bucu katil pula apabila rugi.

Disebabkan itulah kita kena pandai mengawal tekanan yang ada dalam dunia pelaburan saham ini. Jangan jadi seperti gazelle, sebaliknya lihatlah tekanan sebagai cabaran dalam kehidupan, dan bukannya melihat tekanan sebagai satu ancaman.

Belajarlah untuk melabur dengan tenang dan tak perlu stress sangat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Oasis Home: Menjana Hasil Daripada Ledakan Dagangan Strim Langsung

Nilai berpatutan (FV) MYR0.48 diraih berdasarkan P/E 16x FY27F (Jun)

Oasis Home sedang pesat berkembang menjadi platform penstriman langsung yang menggarap penguasaan lebih besar dalam pengiklanan jenama pihak ketiga dan perbelanjaan pengedaran. Acara Piala Dunia FIFA 2026 yang bakal diadakan menyediakan pemangkin yang tepat pada masa menerusi hak pengedaran barangan atas talian, manakala kerjasama dalam segmen penjagaan kulit dan kesejahteraan yang kian berkembang menawarkan lagi sokongan untuk pertumbuhan.

Di samping tahap penembusan lebih tinggi dalam kalangan golongan milenial dan pengguna bukan Cina menerusi TikTok Live, P/E FY27F 12x untuk OHM dan PEG 0.56x tampak murah berbanding CAGR perolehannya sebanyak 25.8% untuk FY24-27F.

Syarikat perintis penstriman langsung dengan kehadiran lebih besar di beberapa platform

OHM sudah lama terkenal dengan model dagang Facebook Live, dan di platform itu, ia membina kelompok pengikut yang besar dalam kalangan pengguna berbangsa Cina pada pertengahan usia (antara 46-60 tahun) yang berada, dengan kecenderungan tinggi untuk membeli barangan rumah dan gaya hidup. Daripada tumpuan pada hanya satu kategori pada awalnya, kumpulan ini kini mengamalkan strategi pertumbuhan lebih meluas apabila ia berkembang merentasi pelbagai kategori produk, segmen pelanggan dan saluran digital.

Jejak kehadirannya di media sosial masih menjadi kelebihan persaingan utama, dengan diperkukuh oleh kelompok besar seramai 667,000 pengikut di Facebook, dan kehadiran yang kian berkembang di TikTok dan Instagram (55,517 dan 5,374 pengikut).

Daripada jenama sendiri kepada pendaya platform

Demi mengurangkan kebergantungan terhadap satu jenis produk, OHM beransur-ansur berkembang daripada segmen rumah dan kehidupan kepada segmen penjagaan kulit dan peribadi (sejak 2023), makanan tambahan kesihatan (sejak 2024), barangan gaya hidup (sejak 2025), dan barangan berkaitan sukan pada 2026. Selain itu, ia berubah daripada sebuah peruncit yang memasarkan jenama sendiri – lebih 90% daripada jumlah hasilnya pada FY22 dijana daripada jenama-jenama sendiri – menjadi sebuah model berpandukan platform, dengan jenama-jenama pihak luar menyumbang kira-kira 55% daripada jumlah hasil pada FY25. Peralihan ini disokong oleh kerjasama penjagaan kulit luar negara yang eksklusif, kerjasama dengan jenama-jenama seperti Oriental Kopi, Signature Market, dan Vanzo, dan juga pelantikannya sebagai pengedar atas talian eksklusif untuk barangan Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia.

Mendorong perbelanjaan lebih tinggi sambil mengembangkan demografi

Dengan memanfaatkan kelompok pengguna yang setia, OHM berjaya mendorong pengewangan yang lebih tinggi, dengan purata nilai pesanan (AOV) menaik daripada kira-kira MYR950 pada FY24 kepada MYR1,286 pada FY25.

Sejak meluaskan platformnya ke TikTok Live pada 2024, kumpulan ini meningkatkan penembusan dengan ketaranya ke pasaran pengguna Melayu, dengan hasil bukan pengguna Cina melonjak naik 15 kali ganda dari FY23 ke FY25, selain menarik pengguna lebih muda menerusi TikTok dan Instagram. Melihat ke hadapan, OHM merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan automasi dalam pemasaran video pendek dan penstriman langsung bagi mengoptimumkan lagi pulangan pada perbelanjaan pengiklanannya (ROAS) yang sudahpun kukuh pada kira-kira 20x.

Penilaian

Berdasarkan P/E 16x (-0.5SD daripada purata indeks) pada perolehan FY27F, kami meraih FV MYR0.48. Risiko utama: Halangan kemasukan rendah, persaingan sengit, kebergantungan pada jenama dan reputasi, dan gangguan operasi daripada platform pengehosan pihak ketiga.


Faktor pemacu utama

i. Kehadiran yang sedang berkembang di berbilang platform

ii. Daripada jenama sendiri ke pendaya platform

iii. Mendorong perbelanjaan lebih tinggi sambil memperluaskan demografi pengguna.

Risiko utama

i. Halangan kemasukan yang rendah yang menyebabkan persaingan sengit

ii. Kebergantungan besar pada penjenamaan dan reputasi

iii. Gangguan operasi akibat kebergantungan pada platform pengehosan pihak ketiga.

Profil Syarikat

Oasis Home (OHM) terlibat dalam pemasaran dan penjualan barangan gaya hidup pengguna (jenama sendiri dan juga jenama luar), dengan dagangan strim langsung (Facebook, TikTok, dan Shopee) dan juga aplikasi mudah alih dan segmen laman web sebagai saluran-saluran jualan utamanya.

Gambaran Am Kewangan, Ramalan & Penilaian

Gambaran Am Syarikat

Penganalisis

Queenie Tan +603 2302 8127 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.