Kenapa ‘Stress’ Tidak Baik Untuk Seorang Pelabur Dan Pedagang Saham

Stress atau dikenali juga sebagai tekanan perasaan, kemurungan, gangguan jiwa dan sebagainya adalah sebuah bentuk perasaan semula jadi yang disebabkan kepuasan yang tidak dapat dipenuhi.

Dalam sesetengah situasi, tekanan akan membawa kesan yang parah jika seseorang itu tidak mampu untuk menguruskannya dengan bijak.

Perkara yang boleh menyebabkan kita terbeban dengan masalah tekanan mungkin berpunca daripada pekerjaan, hubungan, masalah kewangan dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa tekanan tidak mampu dielakkan ketika kita mengejar impian yang besar dalam kehidupan.

Namun dalam sesetengah situasi, tekanan dapat menjadi pendorong motivasi dan pembakar semangat sekaligus menyebabkan kita mampu melakukan perkara yang dianggap sukar atau mustahil.

Mekanisme kekuatan mental dan fizikal kita akan lebih kuat, kerana otak kita menerima signal untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika menghadapi situasi genting.

Sungguhpun begitu, jika kita sering atau mudah menerima tekanan dalam satu tempoh masa, ianya akan memberi kesan yang lebih buruk berbanding kebaikan.

Photo by amy chung from Pexels

Mengikut kajian yang dibuat ketika seekor harimau sedang mengejar seekor gazelle, fisiologi gazelle tersebut berubah secara drastik dan dramatik. Jantung Gazelle mengepam dengan sangat cepat, kerana ia berlari sepantas yang mungkin demi menyelamatkan nyawanya.

Tubuh gazelle menggunakan setiap kuderat tenaga yang ada untuk fokus supaya bertahan dan melindungi nyawanya. Fungsi badan gazelle yang lain berhenti sementara ia berusaha untuk mengalahkan sang pemangsa.

Sistem imuniti badan gazelle akan terjejas teruk. Sekaligus produktiviti sistem badan gazelle akan menurun.

Demikian juga dalam konteks kehidupan manusia, jika kita banyak menerima tekanan hidup yang berat dalam sesuatu masa, maka risiko impak negatif kepada diri kita akan meningkat dengan mendadak.

Jika diterjemahkan ke dalam konteks pelaburan dan perdagangan, tujuan utama kita berkecimpung dalam bidang ini adalah untuk mencapai bebas kewangan.

Jika kita melabur atau berdagang, ianya pasti hadir dengan pelbagai bentuk tekanan. Adakah kita tahu cara untuk mengawal tekanan tersebut dengan baik?

Ini kerana mood swing yang berlaku adalah sangat besar di antara keuntungan yang kita kecapi dan juga kerugian yang kita perolehi. Sekejap tersenyum keriangan apabila untung, sekejap menangis di bucu katil pula apabila rugi.

Disebabkan itulah kita kena pandai mengawal tekanan yang ada dalam dunia pelaburan saham ini. Jangan jadi seperti gazelle, sebaliknya lihatlah tekanan sebagai cabaran dalam kehidupan, dan bukannya melihat tekanan sebagai satu ancaman.

Belajarlah untuk melabur dengan tenang dan tak perlu stress sangat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perladangan: El Nino Secara Rasminya Tiba

Saranan dinaik taraf kepada WAJARAN TINGGI daripada Neutral; Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), Hap Seng Plantations (HSP), London Sumatra Indonesia (LSIP) dan SD Guthrie (SDG)

Satu makluman rasmi berkaitan El Nino telah dikeluarkan oleh Pentadbiran Lautan dan AtmosferaKebangsaan AS (NOAA) walaupun tahap keterukan fenomena ini masih lagi belum dapat dipastikan. Meskipun berdepan dengan risiko-risiko geopolitik semasa, kami percaya harga CPO akan terus terkawal pada paras semasa dengan ia berpotensi menaik sekiranya fenomena El Nino kali ini dianggap kuat.

NOAA AS mengumumkan bahawa El Nino sudahpun muncul

Mengeluarkan makluman berkaitan El Nino yang meramalkan fenomena ini akan bertambah kuat kepada tahap sederhana atau kuat. Dari segi tahap kekuatan, kebarangkalian untuk El Nino kuat muncul memuncak pada 88% untuk tempoh Nov 2026-Jan 2027. Sekiranya kejadian El Nino kuat melanda, keluaran minyak sawit akan terjejas dan kesan ini mungkin berlarutan sehingga dua tahun, bergantung pada tahap keterukan
fenomena ini.

Pada tahun-tahun sebelum ini, kesan ketara terhadap hasil keluaran CPO daripada El Nino hanyalah dirasai semasa tempoh-tempoh El Nino kuat. Kami ingin menekankan bahawa Biro Meteoreologi Australia masih lagi belum mengumumkan pengesahan tentang kemunculan El Nino

Menurut rekod sebelum ini, El Nino selalunya menyebabkan hasil tanaman merosot antara 2% dan 20%

Kami mengambil maklum bahawa semasa dua kejadian El Nino yang kuat pada 1997-1998 dan 2015-2016: hasil tanaman mengalami penurunan sebanyak 17% pada 1998-1999 dan kejatuhan 14% dalam keluaran hasil tanaman pada 2016-2017 yang kesannya hanya dirasai selepas setahun. Bagi harga CPO pula, harga purata CPO menokok setinggi 21% semasa tahun-tahun melandanya El Nino dan mencapai paras purata tambahan 26% setahun selepas El Nino muncul.

Oleh demikian itu, walaupun kami mengekalkan ramalan harga CPO buat masa sekarang sementara menunggu pengesahan mengenai kekuatan fenomena El Nino, kami percaya adanya potensi kenaikan

Andaian harga CPO kami berjumlah MYR4,400/tan untuk 2026 dan MYR4,300/tan untuk 2027, khususnya untuk 2027. Hal ini demikian kerana harga CPO sepatutnya meningkat dan bukannya menurun selepas El Nino berlalu lebih-lebih lagi apabila ia merupakan satu kejadian yang kuat.

Faktor-faktor lain yang boleh menaikkan harga CPO ialah kesan daripada skim tadbir urus eksport komoditi Indonesia

Yang akan menyalurkan semula urus niaga eksport melalui Danantara Sumberdaya Indonesia. Walaupun Kerajaan Indonesia sekarang mempertimbang untuk mengurangkan skop skim ini, tahap pengawasan yang lebih ketat masih akan dikenakan terhadap eksport dan mekanisme penetapan harga akan dibuat pada harga barangan eksport. Hal ini bertujuan mencegah masalah pembuatan invois yang lebih murah daripada yang sepatutnya dan amalan harga pindahan.

Sebaik sahaja skim ini berkuat kuasa (tarikh akhir pada 31 Dis 2026), pengeksport dikehendaki untuk menghantar laporan bulanan yang memperincikan tentang maklumat jenis produk, jumlah barangan, nilai, dan pengelasan tarif, dan mereka hendaklah menyimpan semua hasil eksport dalam bank-bank milik kerajaan Indonesia.

Kami percaya berlakunya peningkatan eksport lebih awal sebelum skim ini dilaksanakan pada fasa peralihan awal, namun sebaik sahaja ia dilaksanakan, kita mungkin dapat melihat berlakunya penangguhan eksport dari Indonesia yang membawa kepada bekalan lebih terhad dan harga lebih tinggi. Kita juga mungkin dapat menyaksikan syarikat perladangan Indonesia berhadapan dengan kos lebih mahal berkait dengan langkah pengawasan lebih ketat ini, tetapi harga CPO mungkin juga menaik untuk mengimbangi masalah kos ini.

WAJARAN TINGGI

Saranan-saranan kami untuk saham-saham perladangan dalam semakan kerana harga-harga saham untuk syarikat perladangan serantau mengalami pembetulan yang ketara baru-baru ini susulan perubahan kawal selia di Indonesia.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.