3 Indikator Popular Yang Sering Digunakan Dalam Pelaburan Saham

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan saham, barangkali sedikit keliru dengan teknik yang digunakan. Secara dasarnya, memang pelbagai teknik dalam pelaburan saham tetapi objektifnya hanya satu iaitu mengaut keuntungan.

Selalu pulak kita dengar pelaburan saham ini kena pandai mengawal emosi. Apa kena mengena dengan emosi?

Kawalan emosi adalah bagaimana kita berdisiplin dengan trading plan yang telah dirancang. Jika harga sesebuah kaunter telah ke paras cut loss, terus jual.

Jangan tunggu lagi dengan harapan kaunter tersebut akan naik kembali. Takut-takut harga akan terus jatuh dan kita akan mengalami kerugian yang lebih besar. Lupakan berkenaan emosi.

Artikel kali ini akan membincangkan indikator yang sering digunakan dalam pelaburan saham.

Kita boleh gunakan trading platform yang telah disediakan oleh broker masing-masing.

1. MACD

Indikator ini boleh digunakan untuk mendapatkan buy atau sell signal. Kita hanya perlu perhatikan line MACD dan line signal. Jika line MACD cross ke ATAS line signal, itu adalah buy signal.

Manakala jika line MACD cross ke BAWAH line signal, itu adalah sell signal.

Boleh lihat contoh di bawah bagi kaunter Lee Swee Kiat yang menunjukkan sell signal pada 23 Disember 2020:

Baca lagi Rahsia Penggunaan MACD Yang Anda Kena Tahu

2. RSI

Indikator ini boleh digunakan untuk mengetahui sama ada sesebuah kaunter tersebut dalam fasa overbought atau oversold. Overbought akan menyebabkan harga sesebuah kaunter tersebut naik manakala oversold akan menyebabkan harga sesebuah kaunter turun.

Pasaran dianggap overbought jika RSI berada di atas 70 manakala oversold jika RSI berada di bawah 30.

Boleh lihat contoh di bawah bagi kaunter Lee Swee Kiat yang menunjukkan fasa overbought pada 27 November 2020 dan seterusnya melakukan kenaikan.

Baca juga Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI

3. Bollinger Band

Indikator ini boleh digunakan untuk menentukan bila hendak membeli (support) dan bila hendak menjual (resistance). Ada tiga benda yang perlu diperhatikan iaitu lower band, middle band, dan upper band.

Boleh lihat contoh di bawah bagi kaunter Lee Swee Kiat yang menunjukkan buy signal pada 25 Januari 2021 iaitu pembelian pada paras support dan seterusnya melakukan reversal daripada downtrend ke uptrend.

Garisan titik di bahagian bawah adalah lower band (penentu support), garisan lurus di bahagian tengah adalah middle band (moving average), manakala garisan titik di bahagian atas adalah upper band (penentu resistance).

Tiga jenis indikator ini adalah yang biasa digunakan dan agak mudah difahami. Selain menggunakan indikator ini, buat juga kajian fundamental untuk memastikan kaunter saham yang kita beli berkualiti dan tidak mudah dimanipulasi iaitu harga akan turun terlampau cepat.

Kaitkan juga dengan sentimen pasaran seperti ekonomi, politik, dan persekitaran.

Kaunter Lee Swee Kiat ini telah Breakout with Volume pada 22 Februari 2021 sehingga mencecah paras tertinggi RM1.27.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Perunding Takaful, Hartanah, dan Pelabur Runcit di Pasaran Bursa Malaysia

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ http://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.