Apa Yang Anda Perlu Tahu Teknikal Analisis, Awan Ichimoku?

Setiap pedagang mesti menguasai ilmu teknikal analisis. Hal ini kerana, dengan ilmu teknikal analisis ini pedagang mampu untuk membuat unjuran ke mana arah tuju harga sesuatu dengan lebih mudah. Mungkin ramai pelabur dan pedagang keliru untuk memilih teknik teknikal analisis yang sesuai dengan cara melabur masing – masing. Pada penulisan kali ini, saya akan kongsikan satu teknik analisa teknikal dengan menggunakan awan ichimoku (ichimoku cloud).

Apa Itu Awan Ichimoku?

Awan Ichimoku adalah salah satu teknik analisa teknikal yang mudah untuk difahami. Awan ichimoku mengumpulkan beberapa teknikal indikator yang menunjukkan support and resistance , momentum dan juga trend direction. Awan ichimoku dibina dengan menggabungkan beberapa moving averages dan menggunakan data ini untuk mencipta cloud (awan) yang dijadikan sebagai support and resistance pada masa hadapan.

Awan ichimoku diasaskan oleh Goichi Hosoda dan mula dipopularkan pada lewat 1960-an. Seperti candlestick juga yang diasaskan oleh orang Jepun, awan ichimoku ini memberikan pelabur lebih banyak data berbanding candlestick tradisional. Bagi yang baru mengenali awan ichimoku, mungkin akan merasa sedikit complicated pada pandangan pertama. Namun bagi yang sudah biasa dengan trading charts, teknik ini mampu memberikan signal beli dan jual yang baik. 

Elemen Dalam Awan Ichimoku Yang Perlu Anda Tahu

1. Tenken Sen (9 Days Moving Average)

Moving average menunjukkan titik tengah bagi poin tertinggi dan terendah dalam tempoh 9 hari. Indikator ini sebagai leading indicator dan bergerak pantas naik dan turun dalam tempoh tesebut.

Formula : [(9-period high + 9-period low)/2]

Sumber :

2. Kijun Sen (26 Days Moving Average)

26 moving average pula menunjukkan titik tengah bagi poin tertinggi dan terendah dalam tempoh 26 hari. Garisan 26 moving average ini bergerak lebih perlahan berbanding garisan 9 moving average. Garis datar yang dibuat oleh 26 moving average dikira sebagai support dan resistance.

(Tips : Jika harga Tenken Sen berada di atas Kijun Sen, harga boleh dianggap dalam uptrend, jika Tenken Sen berada dibawah Kijun Sen, harga boleh dianggap dalam downtrend.)

Sumber :

3. Chikou Span (Closing Price 26 Periods Back)

Chikou span bergerak dalam dimensi tersendiri. Ia tidak mempunyai halangan dari apa-apa seperti candlestick, kumo clouds dan ia bergerak bebas dalam aliran uptrend dan dowtrend.

Sumber :

4. Senkou A (Titik Pertengahan Tenken Dan Kijun)

Senkou A dikira sebagai leading indicator. Ianya membentuk sebahagian daripada awan ichimoku. Apabila harga berada di atas paras Senkou A, ia bertindak sebagai support, manakala apabila harga berada dibawah Senkou A, ia bertindak sebagai resistance.

Sumber :

5. Senkou B (Titik Pertengahan Kepada 56-Periods)

Elemen ini mengambil kira tempoh yang lebih panjang. Garisan 56 ini selalunya lebih flat dan dikira sebagai strong support apabila harga berada di atas garisan dan sebagai strong resistance apabila harga berada di bawah garisan.

Sumber :

6. Kumo (The Cloud)

Kumo adalah awan dalam bahasa Jepun. Kawasan yang terbentuk antara Senkou A dan B adalah kawasan Kumo. Jika Senkou A berada di atas Senkou B, kumo bullish akan terbentuk manakala jika Senkou A berada di bawah Senkou B, kumo bearish akan terbentuk. Awan ini dianggap sebagai support dan resistance dan boleh dijadikan sebagai signal membeli apabila berlaku breakout pada kawasan ini.

Sumber :

Awan ichimoku merupakan satu indikator gabungan yang lengkap. Ia mempunyai beberapa elemen yang mampu memberikan banyak data kepada pelabur untuk melihat support dan resistance, momentum dan trend direction. Semoga penulisan kali ini memberikan idea bagaimana cara untuk membuat analisa teknikal pada carta saham anda.

Saham yang dinyatakan dalam artikel ini adlaah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan sebagai satu saranan belian.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.