Bagaimana Cara Berdagang Saham Menggunakan Teknik Ichimoku Kinko Hyo?

Ichimoku Kinko Hyo atau lebih dikenali Ichimoku Cloud adalah satu indikator yang patut para pelabur fahami. Hal ini kerana ia mempunyai versitiliti yang tersendiri. Ichimoku Cloud merupakan gabungan beberapa indikator yang lain dan mampu untuk memberikan banyak signal seperti support dan resistance, momentum dan juga untuk menentukan arah tuju pergerakan harga dalam pasaran.

Indikator Ichimoku Kinko Hyo diperkenalkan oleh seorang jurnalis bernama Goichi Hosoda. Beliau mengeluarkan buku penulisan berkenaan Ichimoku Kinko Hyo pada tahun 1969. Walaupun bagi orang yang baru mengenali indikator mungkin ia adalah satu indikator yang complicated.

Namun bagi yang sudah lama menggunakannya dan memahami konsep Ichimoku, ia adalah satu indikator yang well defined. Mungkin ramai lebih menggemarkan indikator yang straight forward dan mempunyai konsep yang lebih mudah untuk difahami.

Melihat Trend Dengan Ichimoku Cloud

Awan Ichimoku (the cloud) adalah elemen utama dalam indikator ini. Hal ini kerana ia digunakan untuk menentukan arah trend secara keseluruhan. Senkou A (green) dan juga Senkou B (red) adalah dua elemen yang membentuk awan Ichimoku.

Sumber :

Terdapat dua metod untuk mengetahui overall trend dengan menggunakan awan Ichimoku. Pertama, trend dikira meningkat apabila harga berada di atas awan. Trend dikira menurun apabila harga berada dibawah awan. Kedua, uptrend akan dikukuhkan lagi dengan Senkou A (hijau) berada di atas Senkou B (merah). Situasi ini akan membentuk awan Ichimoku hijau.         

Sebaliknya, downtrend berlaku apabila Senkou B berada di atas Senkou A dan membentuk awan merah. Kelebihan Ichimoku apabila ia menunjukkan support dan resistance untuk 26 hari ke hadapan.

Melihat Signal Menggunakan Conversion-Base Line  

Dalam fasa uptrend, bullish signal terjadi apabila Conversion Line bersilang ke atas dari Base Line. Dalam masa yang sama, bearish signal terjadi apabila Conversion Line bersilang ke bawah dari Base Line.

Sumber :

Seperti contoh di atas, saham RGTBHD berada di dalam uptrend sejak Mei 2020. Pada hujung bulan Julai, saham ini membuat pullback apabila conversion line (biru) bersilang ke bawah base line. Namun begitu, terdapat awan Ichimoku (hijau) yang boleh digunakan sebagai strong support.

Harga saham RGTBHD membuat percubaan untuk memecahkan awan hijau tersebut namun tidak berjaya. Ini membuktikan bahawa harga berada pada kawasan support yang kuat.

Bullish signal terjadi apabila terdapat titik persilangan ke atas pada awal Oktober seperti dalam carta di atas. Ini merupakan signal yang jelas bagi pelabur mengambil kesempatan untuk memasuki pasaran.

Begitu juga sebaliknya apabila conversion line bersilang ke bawah dari base line, bearish signal akan terhasil. Secara mudah, signal bullish dan bearish juga boleh dilihat dengan perubahan warna awan Ichimoku. Awan hijau (bullish signal) terjadi apabila Senkou A bersilang ke atas Senkou B.

Awan merah (bearish signal) terjadi apabila Senkou B bersilang ke bawah Senkou A. Pelabur boleh mengambil position dalam saham tersebut apabila harga berada hampir dengan titik persilangan.

Ichimoku Kinko Hyo merupakan satu indikator yang komprehensif kerana ia membekalkan signal yang jelas untuk menentukan trend secara keseluruhan. Apabila trend sudah jelas, pelabur boleh mengambil posisi mengikut trend tersebut dengan menunggu bullish signals muncul.

Selain itu, pelabur juga boleh melihat support dan resistance di masa hadapan kerana Ichimoku memberikan panduan dengan data purata high and low 26 hari. Belajar dan kaji sendiri signal-signal yang boleh dikeluarkan dari indikator ini. Semoga bermanfaat.

Bila Timing Cantik Nak Beli Saham? Ketahui ‘Sweet Entry’ Sebelum Tekan Butang Beli

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Barulah boleh maksimakan KEUNTUNGAN, minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak tahu cara beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.