Buat Duit Dalam Saham Dengan Kenali Triangle Pattern

Dalam pelaburan saham , terdapat banyak cara atau teknik yang boleh digunakan pelabur untuk membuat kajian terutamanya dalam kajian analisa teknikal. 

Kepada pengamal kajian teknikal, pasti anda semua sedia maklum tentang cara kajian berdasarkan corak yang terbentuk pada carta. Artikel kali ini, kami akan menerangkan tentang corak kesinambungan tiga segi atau lebih dikenali sebagai Triangle Pattern. 

Kenali Triangle Pattern Pada Carta

Triangle pattern merupakan salah satu corak kesinambungan atau continuous pattern yang akan menentukan sama ada pergerakan harga saham itu akan meneruskan kenaikan sebelumnya atau sebaliknya. Untuk triangle pattern ini ada dua jenis yang berbeza. Jenis-jenisnya adalah seperti berikut:-

  • Ascending Triangles
  • Descending Triangles
  • Symmetrical Triangles

Tetapi artikel kali ini akan fokus kepada Symmetrical Triangles sahaja dan untuk Ascending dan Descending Triangles akan diterangkan pada artikel kami seterusnya nanti. 

Mari kita faham tentang Symmetrical Triangles agar dapat membantu kita dalam membuat keuntungan dalam pelaburan saham. 

Apa Itu Symmetrical Triangles?

Symmetrical triangles merupakan corak kesinambungan yang tiada arah tuju yang jelas kerana dilihat seakan-akan permintaan dan penawaran adalah sama banyak. 

Namun jika namanya pun adalah corak kesinambungan, biasanya selepas daripada corak symmetrical triangles ini terbentuk, harga saham akan meneruskan arah tuju sama seperti sebelumnya. 

Corak symmetrical triangles ini terbentuk apabila harga saham yang bergerak dalam bentuk zig-zag dilihat semakin menguncup ketika fasa accumulate. Apabila dilukis downtrendline dan uptrendline pada carta, ianya akan membentuk seolah-olah seperti segitiga sama sisi. 

Mari kita lihat contoh bagaimana symmetrical triangles ini terbentuk dan apa yang terjadi selepas harga saham tersebut berjaya memecahkan corak segitiga tersebut. 

Saham A yang sedang berada di fasa kenaikan, harganya mula accumulated bermula bulan Mei sehingga pertengahan bulan Julai. Ketika harga saham ini accumulates, pergerakkan harga saham ini dilihat semakin menguncup.

Apabila up trendline dan downtrend line dilukis, ianya membentuk seolah-oleh segitiga sama sisi seperti lukisan pada carta diatas. 

Oleh kerana sebelum corak ini terbentuk ianya sedang berada di fasa kenaikan, apabila harga saham ini membuat breakout daripada trendline diatas, harga saham A ini meneruskan kenaikan harganya dan menyempurnakan sifat continuation pattern. 

Sumber :

Sama juga dengan apa yang terjadi dengan saham B ini, ketika saham ini sedang hendak membuat fasa kenaikan, harga saham ini accumulated dan kelihatan semakin menguncup. 

Lukisan uptrendline dan downtrendline pada carta membentuk segitiga sama sisi dan setelah harga saham tersebut terkeluar daripada corak segitiga ke atas, harga saham B ini meneruskan kenaikan harganya pada hari-hari berikutnya. 

Sumber :

Perkara yang sama terjadi pada saham C di atas, harga saham yang sedang berada di fasa kenaikan membuat accumulation dan pergerkaan zig-zag saham tersebut dilihat semakin menguncup. 

Apabila harga saham ini memecahkan trendline yang dilukis ke atas, harga saham ini meneruskan kenaikan harga pada hari-hari berikutnya dan menyempurnakan sifat continuation pattern symmetrical triangles

Tetapi awas, sifat symmetrical triangle ini mempunyai potensi untuk bertindak sebagai reversal pattern atas sebab coraknya terbentuk tanpa mempunyai arah tuju yang jelas. 

Jika harga saham gagal untuk memecahkan downtrend line yang bertindak sebagai resistance dan sebaliknya mematahkan uptrendline yang bertindak sebagai support, besar kemungkinan harga saham tersebut akan menukar arah pasaran untuk hari-hari berikutnya. 

Ketahui lebih banyak jenis continuation pattern pada artikel kami sebelum ini. 

Baca: 3 Corak Kesinambungan (Continuation Pattern) Yang Perlu Kita Tahu

Ikuti kami untuk terus menambah ilmu pengetahuan pelaburan saham anda!

Bila Timing Cantik Nak Beli Saham? Ketahui ‘Sweet Entry’ Sebelum Tekan Butang Beli

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Barulah boleh maksimakan KEUNTUNGAN, minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak tahu cara beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

William J. O’Neil: Pelabur Di Sebalik Strategi CANSLIM Yang Digunakan Di Seluruh Dunia

Dalam dunia pelaburan saham, terdapat beberapa nama besar yang sering menjadi rujukan pelabur. Salah satu daripadanya ialah William J. O’Neil seorang pelabur, usahawan dan penulis yang memperkenalkan pendekatan sistematik dalam memilih saham berpotensi tinggi.

Beliau bukan sekadar pelabur biasa, tetapi individu yang membina satu kaedah pelaburan yang masih digunakan oleh pelabur di seluruh dunia sehingga hari ini.

Latar Belakang William J. O’Neil

William J. O’Neil dilahirkan pada tahun 1933 di Oklahoma, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya dalam dunia pelaburan sebagai broker saham selepas menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan.

Apa yang membezakan O’Neil daripada pelabur lain pada zamannya ialah pendekatan beliau yang lebih sistematik dan berasaskan data. Beliau merupakan antara pelopor awal yang menggunakan komputer untuk menganalisis data pasaran saham, sesuatu yang sangat jarang dilakukan ketika itu.

Melalui kajian terhadap saham-saham yang berjaya, beliau mula mengenal pasti corak tertentu yang berulang sebelum sesuatu saham mencatat kenaikan besar.

Daripada kajian inilah lahirnya satu strategi yang dikenali sebagai CANSLIM.

Apa Itu CANSLIM?

CANSLIM ialah satu kaedah pemilihan saham yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal untuk mencari saham yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.

Ia bukan sekadar teori, tetapi hasil kajian terhadap ratusan saham terbaik dalam sejarah pasaran.

CANSLIM merupakan akronim kepada tujuh kriteria utama:

C – Current Quarterly Earnings Per Share

Syarikat perlu menunjukkan pertumbuhan pendapatan suku tahunan yang kukuh, biasanya sekurang-kurangnya 25%.

A – Annual Earnings Growth

Pendapatan tahunan perlu meningkat secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan.

N – New Products, Management, Events, Information

Syarikat perlu mempunyai sesuatu yang baharu seperti produk, pengurusan atau pemangkin yang boleh menarik minat pelabur.

S – Supply and Demand

Saham dengan permintaan tinggi dan penawaran terhad lebih mudah mengalami kenaikan harga.

L – Leader and Laggard

Fokus kepada syarikat peneraju dalam industri, bukan yang ketinggalan.

I – Institutional Sponsorship

Kehadiran pelabur institusi menunjukkan keyakinan terhadap kualiti syarikat.

M – Market Direction

Arah pasaran keseluruhan memainkan peranan penting kerana majoriti saham bergerak mengikut trend pasaran.

Pendekatan ini menekankan bahawa saham terbaik bukan sahaja mempunyai asas perniagaan yang kukuh, tetapi juga berada dalam momentum pasaran yang betul.

Keunikan Pendekatan O’Neil

Apa yang menjadikan pendekatan O’Neil unik ialah gabungan beberapa elemen penting:

1. Gabungan Fundamental dan Teknikal

Tidak seperti pelabur yang hanya fokus kepada satu pendekatan, O’Neil menggabungkan kedua-duanya. Beliau mencari syarikat yang kukuh dari segi kewangan, tetapi hanya membeli apabila harga menunjukkan momentum kenaikan.

2. Fokus Kepada Pertumbuhan

O’Neil percaya bahawa saham terbaik adalah saham yang sedang berkembang, bukan semestinya yang kelihatan murah.

Ini berbeza dengan pendekatan “value investing” yang mencari saham undervalued.

3. Disiplin Kawalan Risiko

Salah satu prinsip penting dalam strategi beliau ialah mengehadkan kerugian, biasanya sekitar 7% hingga 8% daripada harga belian.

Ini menunjukkan bahawa kejayaan pelaburan bukan hanya tentang memilih saham yang betul, tetapi juga tentang mengurus risiko dengan disiplin.

Sumbangan Dalam Dunia Pelaburan

Selain membangunkan strategi CANSLIM, O’Neil juga merupakan pengasas kepada Investor’s Business Daily, sebuah platform yang menyediakan analisis pasaran, data saham dan idea pelaburan kepada pelabur.

Beliau juga menulis beberapa buku terkenal, antaranya How to Make Money in Stocks, yang menjadi rujukan utama pelabur di seluruh dunia.

Pendekatan beliau bukan sahaja memberi panduan kepada pelabur individu, tetapi turut mempengaruhi cara penganalisis dan institusi menilai saham.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Walaupun strategi CANSLIM kelihatan teknikal, terdapat beberapa prinsip asas yang boleh diambil oleh semua pelabur:

  • Fokus kepada syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh
  • Jangan hanya melihat harga murah sebagai peluang
  • Fahami peranan sentimen dan arah pasaran
  • Utamakan disiplin dalam mengurus risiko

Dalam dunia pelaburan yang sering dipenuhi spekulasi dan emosi, pendekatan berasaskan sistem seperti ini membantu pelabur membuat keputusan dengan lebih objektif.

Kesimpulan

William J. O’Neil bukan sekadar pelabur yang berjaya, tetapi seorang pemikir yang berjaya menyusun satu sistem pelaburan yang praktikal dan boleh diikuti.

Strategi CANSLIM membuktikan bahawa kejayaan dalam pelaburan bukan bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi kepada kombinasi ilmu, analisis dan disiplin.

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pelabur yang mempunyai sistem dan prinsip yang jelas akan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada sentimen semasa.