Buat 10 Perkara Ini Sekiranya Mahu Berjaya Dalam Pelaburan

Bidang pelaburan merupakan satu bidang yang boleh memberikan keuntungan yang besar untuk jangka masa panjang. Tetapi bukan semua orang tahu teknik melabur yang betul.

Jadi, kali ini kami kongsikan kepada anda 10 perkara yang dilakukan oleh pelabur berjaya.

1. Tidak Terlalu Percaya Khabar Angin

Bagi para pelabur yang berpengalaman, mereka sudah pun mengerahui tentang dunia pelaburan yang penuh dengan ketidakpastian. Jadi mereka tidak mudah untuk terpengaruh dengan khabar angin, terutama sekali yang bertebaran di internet.

Sebaliknya, apa yang mereka lakukan adalah membuat kajian sendiri serta meminta pandangan daripada mereka yang lebih pakar.

2. Cari Jalan Keluar Selepas Melabur

Photo by Mikhail Nilov from Pexels

Pelabur yang berjaya masih mampu menjana keuntungan walaupun pasaran sedang merudum. Macam mana mereka lakukannya?

Mereka sedar bahawa pasaran di masa hadapan tidak dapat diramal. Jadi mereka berusaha untuk menguruskan dana kewangan mereka dengan bijak untuk jangka masa panjang.

Senang cerita, mereka sentiasa sediakan back-up plan bagi menjamin kestabilan portfolio kewangan mereka.

3. Sabar

Untuk menjadi seorang pelabur yang baik, seseorang itu haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Jangan jadi seperti sebilangan besar pelabur yang membuat keputusan jual beli hanya berdasarkan keadaan turun naik yang kecil dalam pasaran.

Anda harus bersabar dan fikirkan faedah pelaburan tersebut untuk jangka masa panjang. Dan jangan sesekali membuat sesuatu keputusan dengan terburu-buru tanpa melakukan kajian terperinci terlebih dahulu.

4. Ikut Gerak Hati

Photo by MayoFi from Pexels

Selain daripada padangan pakar, seseorang pelabur itu perlu pandai menggunakan gerak hatinya. Jangan membuat keputusan untuk melabur sekiranya anda berasa tidak tidak sedap hati atau ada perkara yang tidak kena.

5. Pantas Membuat Keputusan

Bagi pelabur yang hebat, mereka tidak akan tertunggu-tunggu masa yang sesuai untuk membuat keputusan pelaburan. Mereka sedar bahawa tidak ada masa ‘right time’ dalam dunia pelaburan.

Walaupun mereka tidak mempunyai maklumat yang banyak tentang sesuatu pelaburan itu, mereka tetap membuat keputusan pantas berdasarkan apa sahaja maklumat yang ada.

Membeli atau pun menjual, sekurang-kurangnya mereka telah pun membuat satu keputusan dan hanya perlu menunggu untuk untung dan juga rugi.

6. Tidak Mudah Terpengaruh

Photo by MayoFi from Pexels

Para pelabur tentunya maklum tentang turun naik sesebuah pasaran itu. Tetapi yang membezakan pelabur hebat dengan pelabur biasa ialah, pelabur hebat tidak mudah terpengaruh dengan keadaan pasaran semasa.

Sekiranya pasaran itu sedang merudum sekali pun, beliau tidak akan dengan mudah menjual saham miliknya jika dia yakin bahawa pasaran tersebut akan kembali pulih dan melonjak naik di masa hadapan.

Sebab itulah, penting untuk seseorang pelabur itu memahami selok-belok pasaran tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

7. Sentiasa Memperbaiki Diri

Bagi sesiapa pun, untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, seseorang itu perlulah sentiasa berlatih bagi memperbaiki diri. Begitu juga dengan pelaburan.

Seseorang pelabur harus sentiasa berani untuk mencuba berkali-kali, barulah akan memahami selok-belok dunia pelaburan dan tidak mudah terpengaruh mengikut trend pelabur yang lain.

Cara ini mungkin akan memakan masa dan wang, tetapi ianya sangat berbaloi untuk jangka masa panjang.

8. Sentiasa Belajar

Photo by MayoFi from Pexels

Kalau anda perhatikan, tokoh-tokoh pelaburan merupakan golongan yang gemar membaca dan belajar. Membaca juga merupakan salah satu pelaburan buat diri mereka.

Dengan banyak membaca mereka dapat mengetahui pelbagai perkara baru dan ini tentunya akan membantu mereka untuk membuat keputusan yang tepat semasa melabur.

9. Berdepan Dengan Masalah

Sesetengah orang lebih suka untuk menjauhkan diri daripada masalah. Tidak mahu mencari penyelesaian dan berfikir tentangnya.

Tetapi pelabur hebat akan cuba berdepan dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Bagi mereka, bertangguh untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu boleh memberikan kesan yang lebih besar di masa akan datang.

10. Tidak Bergerak Sendirian

Dalam dunia ini, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada bekerjasama dengan orang lain. Dalam dunia pelaburan, sesuatu kerjasama itu boleh memberikan keuntungan yang sangat besar kepada individu yang terlibat.

Jadi ambil peluang ini dan pastikan diri anda dikelilingi dengan insan-insan positif.

Sumber Rujukan: Compare Hero

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji Kita? Ini Jawapannya

Setiap kali kita menyimpan duit di Tabung Haji, ramai yang tahu tujuan utamanya adalah untuk menunaikan ibadah haji.

Tetapi pernah tak terfikir…

Ke mana sebenarnya Tabung Haji melaburkan wang simpanan lebih 9.7 juta pendeposit ini?

Adakah semuanya disimpan dalam bank?

Jawapannya tidak.

Seperti institusi pelaburan lain, Tabung Haji akan melaburkan dana pendeposit bagi menjana keuntungan. Bezanya, semua pelaburan perlu mematuhi prinsip Syariah serta mengambil kira tahap risiko yang sesuai kerana wang tersebut adalah amanah para pendeposit.

Berapa besar dana Tabung Haji?

Sehingga 31 Disember 2025:

PerkaraNilai
Pendeposit9.77 juta orang
Simpanan PendepositRM93.42 bilion
Jumlah AsetRM98.58 bilion
Pendapatan Pelaburan KasarRM4.64 bilion
Pulangan Pelaburan (ROI)5.01%

Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji?

Daripada keseluruhan portfolio pelaburan Tabung Haji pada tahun 2025:

Walaupun hanya 28% portfolio berada dalam ekuiti, kelas aset ini menyumbang 34% daripada jumlah pendapatan pelaburan TH. Sebaliknya, sekuriti pendapatan tetap membentuk 57% portfolio tetapi menyumbang 53% pendapatan, menunjukkan peranan utamanya sebagai sumber pulangan yang lebih stabil dan berisiko lebih rendah.

Ekuiti (Saham)

Sebanyak 28% daripada portfolio pelaburan Tabung Haji diperuntukkan kepada pelaburan ekuiti. Pelaburan ini merangkumi saham syarikat di Malaysia dan juga luar negara, selaras dengan strategi kepelbagaian portfolio bagi menjana pulangan jangka panjang.

Berdasarkan Laporan Tahunan 2025:

  • Ekuiti Domestik mencatat pulangan 5.47%
  • Ekuiti Luar Negara mencatat pulangan 7.03%
  • Private Equity pula merekodkan pulangan tertinggi iaitu 8.29% pada tahun 2025.

TH memegang ekuiti strategik dalam pelbagai syarikat terkemuka negara:

  • Bank Islam Malaysia Berhad (48.87%)
  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (30.80%)
  • TH Plantations Berhad (73.84%): Perladangan kelapa sawit tersenarai di Bursa Malaysia.
  • TH Properties Sdn. Bhd. (100%): Pembangunan hartanah & pembinaan.
  • TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (100%): Rangkaian hotel & pusat konvensyen Syariah.
  • TH Marine Holdings (L) Inc. (100%): Perkhidmatan logistik & sokongan marin offshore.

Menariknya, TH tidak berkongsi saham apa yang dimiliki atau pegangan terbesar mereka dalam Laporan Tahunan 2025. Jadi, kita hanya tahu pendedahan kepada ekuiti tempatan dan luar negara, tetapi tidak tahu nama kesemua syarikat-syarikat yang berada dalam portfolio tersebut.

Namun, berdasarkan maklumat pemilikan saham yang tersedia di Bursa Malaysia dan platform data pasaran, kita masih boleh mengenal pasti beberapa pegangan saham utama.

Antaranya ialah:

  • Focus Point Holdings Bhd – Tabung Haji muncul sebagai antara pemegang saham utama dengan pegangan sekitar 31.08 juta saham (5.06%) pada Julai 2026.
  • AEON Co. (M) Bhd – 71.39 juta saham
  • Gas Malaysia Bhd – 63.67 juta saham
  • Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) – Tabung Haji memiliki kira-kira 6.24%, bersamaan 126.32 juta unit.
  • Farm Fresh Bhd – 56.13 juta saham
  • MR D.I.Y. Group – 127.51 juta saham
  • Orkim Bhd – 50.06 juta saham
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) – 73.52 juta saham
  • KPJ Healthcare Berhad – 43.29 juta saham
  • Solarvest Holdings Berhad – 25.26 juta saham
#SyarikatPeganganHarga Semasa (RM)Anggaran Nilai (RM Juta)
1Gas Malaysia Bhd63.67 juta5.27335.54
2Axis REIT126.32 juta1.92242.53
3MR D.I.Y. Group (M) Bhd127.51 juta1.61205.29
4Farm Fresh Bhd56.13 juta2.21124.05
5Tenaga Nasional Bhd73.52 juta14.561,070.45
6KPJ Healthcare Bhd43.29 juta3.12135.07
7AEON Co. (M) Bhd71.39 juta1.0574.96
8Solarvest Holdings Bhd25.26 juta3.0075.78
9Orkim Bhd50.06 juta0.8844.05
10Focus Point Holdings Bhd31.08 juta0.5115.85
Jumlah≈ RM2.32 bilion

Secara teori, jika semua pegangan ini dijual pada harga pasaran semasa, Tabung Haji berpotensi memperoleh sekitar RM2 bilion. Namun, angka ini hanyalah anggaran berdasarkan harga saham semasa dan tidak semestinya jumlah sebenar yang akan diterima.

Nilainya memang sekitar RM2 bilion berdasarkan harga semasa. Tetapi itu tidak bermaksud Tabung Haji perlu menjual saham-saham ini. Selagi syarikat terus mencatat prestasi yang baik dan membayar dividen, pegangan tersebut boleh terus menjana pendapatan kepada Tabung Haji sambil berpotensi meningkat nilainya dari semasa ke semasa.

Ini baru 10 syarikat yang berjaya dikenal pasti melalui rekod pemilikan saham awam. Sangat berkemungkinan masih terdapat banyak lagi pegangan ekuiti Tabung Haji yang tidak tersenarai di sini.

Nota: Maklumat pegangan diperoleh daripada sumber awam dan bukan senarai lengkap portfolio ekuiti Tabung Haji. Nilai anggaran adalah berdasarkan harga pasaran semasa ketika artikel ini disediakan dan tertakluk kepada perubahan harga saham.

Kenapa Tidak Labur Semua Duit Dalam Saham?

Kalau semua wang dilaburkan ke saham, pulangan mungkin lebih tinggi ketika pasaran naik.

Tetapi…

Apabila pasaran jatuh, nilai simpanan juga boleh terjejas dengan besar.

Sebab itu TH menggunakan strategi kepelbagaian pelaburan (diversification) supaya risiko lebih seimbang.

Bagaimana Pula dengan Ekuiti Swasta (Private Equity)?

Selain saham syarikat tersenarai, Tabung Haji turut melabur dalam ekuiti swasta (private equity). Menariknya, kelas aset ini mencatat pulangan pelaburan 8.29% pada tahun 2025, iaitu lebih tinggi berbanding ekuiti domestik (5.47%) dan ekuiti luar negara (7.03%).

Walau bagaimanapun, Laporan Tahunan 2025 tidak mendedahkan syarikat atau dana ekuiti swasta yang menjadi pegangan Tabung Haji.

Pelaburan ekuiti swasta menyumbang pulangan yang baik kepada Tabung Haji, namun maklumat mengenainya masih agak terhad dalam laporan tahunan. Pada masa hadapan, adalah wajar Tabung Haji mempertimbangkan pendedahan yang lebih terperinci mengenai portfolio ekuiti swasta, sekurang-kurangnya bagi pegangan utama. Ini akan membolehkan pendeposit memahami dengan lebih jelas bagaimana dana mereka diurus serta meningkatkan tahap ketelusan institusi.

Siapa Yang Menguruskan Pelaburan Tabung Haji?

Pengurusan pelaburan Tabung Haji tidak dibuat oleh seorang individu, sebaliknya diurus oleh pasukan pelaburan profesional yang terdiri daripada pengurus dana, penganalisis pelaburan dan pengurusan TH. Semua aktiviti pelaburan dipantau oleh Panel Pelaburan (Investment Panel), iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka strategi, dasar dan hala tuju pelaburan serta memastikan setiap keputusan selaras dengan objektif Tabung Haji, peraturan yang berkuat kuasa dan prinsip syariah. Laporan Tahunan 2025 turut menunjukkan bahawa TH mempunyai Pengurus Dana Ekuiti (Equity Fund Managers) yang memantau prestasi portfolio secara berkala, manakala pengurusan tertinggi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Penutup

Ramai melihat Tabung Haji sekadar tempat menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji. Hakikatnya, setiap ringgit yang disimpan diurus secara profesional melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan dan mematuhi prinsip Syariah.

Strategi ini bertujuan mengimbangi antara pulangan, risiko dan kecairan, supaya Tabung Haji mampu terus memberikan agihan keuntungan yang kompetitif, melindungi simpanan pendeposit serta memastikan urusan haji dapat dilaksanakan secara mampan untuk jutaan rakyat Malaysia.

Sebagai pendeposit, memahami ke mana wang kita dilaburkan bukan sahaja menambah keyakinan terhadap pengurusan Tabung Haji, malah membantu kita menghargai bagaimana simpanan tersebut diurus bagi mencapai matlamat jangka panjang dan bukan sekadar untuk memperoleh pulangan, tetapi juga sebagai persediaan menunaikan rukun Islam kelima.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberi kefahaman tentang bagaimana Tabung Haji mengurus dan melaburkan dana pendeposit berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam Laporan Tahunan 2025. Ia bukan merupakan nasihat pelaburan. Sebarang perubahan dasar, strategi pelaburan atau komposisi portfolio adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi Tabung Haji.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!