Kad Permainan Sukan, Pelaburan Dengan Potensi Pulangan Yang Luar Biasa

Pelaburan bermaksud kita menggandakan duit yang kita ada dengan aset yang kita miliki. Pelaburan di Malaysia sinonim dengan pelaburan saham, unit trust, emas dan juga hartanah.

Jika diluaskan lagi mengenai pelaburan, skopnya lebih luas terutamanya di luar negara. Kita ada pelaburan seperti beg berjenama mewah, barangan seni dan barangan permainan turut menjadi pilihan terutamanyaa di Amerika Syarikat.

Baca: Handbag Mewah, Pelaburan Yang Terlepas Pandang Oleh Masyarakat

Pada artikel kali ini,kita akan melihat bagaimana kad permainan sukan boleh dijadikan instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan yang besar kepada pelaburnya.

Sejarah Kad Permainan Sukan

Kredit Gambar: Beckett

Kad permainan sukan sangat popular di Amerika Syarikat. Ianya merupakan satu tradisi yang telah wujud lebih daripada satu abad di negara tersebut.

Di antara kad yang paling popular adalah yang melibatkan sukan besbol dan bola keranjang. Ianya sangat popular disebabkan sukan tersebut merupakan dua sukan yang paling popular di kalangan rakyat Amerika Syarikat.

Pada tahun 1950-an, kad ini permainan besbol menjadi perhatian. Kad permainan dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit dan di antara pengeluar kad permainan sukan yang terkenal pada ketika itu adalah syarikat TOP.

Kad permainan sukan ini mula menjadi sangat popular pada tahun 1980-an yang mana pada ketika itu, kad yang berada di era 1960-an menjadi rebutan. Ianya mampu untuk dijual pada harga yang tinggi, tetapi situasi ini tidak bertahan lama apabila krisis bubble berlaku pada tahun 1990-an.

Krisis bubble yang bermula pada awal tahun 1990-an yang mana pada waktu tersebut, terlalu banyak syarikat telah mengeluarkan kad permainan sukan yang menyebabkan pengeluaran melebihi permintaan.

Akhirnya harga kad ini telah menjadi terlalu rendah menyebabkan kebanyakan kad-kad permainan sukan sudah tidak bernilai lagi walaupun melibatkan pemain ternama pada ketika itu.

Pada era ini juga, kad permainan bola keranjang mula membanjiri pasaran. Ianya menjadi terkenal disebabkan pada era ini terdapat beberapa nama besar seperti Michael Jordan.

Permintaan Kad Sukan Semakin Meningkat Musim Pandemik

Kredit Gambar: CNBC

Mengambil pengajaran daripada peristiwa bubble yang berlaku pada awal 1990-an, syarikat yang bertanggungjawab menjaga liga permainan ini hanya membuat kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar kad sahaja bagi menjaga nilai eksklusif kad yang dihasilkan.

Sebagai contoh, National Basketball Association (NBA) dan National Football League (NFL) bekerjasama dengan Panini America. National Hockey League (NHL) berkerjasma dengan Upper Deck dan Major League Baseball (MBL) bekerjasama dengan TOP.

Ketika pandemik berlaku, permintaan terhadap kad sukan meningkat dengan mendadak. Permintaan terhadap kad permainan sukan menjadi sangat luar biasa berbanding dengan tahun sebelum ini.

Pada tahun 2020, terdapat beberapa kad permainan sukan yang dijual dengan harga 7 angka dan yang paling mahal di dalam sejarah permainan kad sukan adalah USD5.2 juta.

Kredit Gambar: USA Today

Selain itu juga, penangan dokumentari Michael Jordan yang  bertajuk ‘The Last Dance’ yang disiarkan pada tahun lepas telah menjadi kad sukan beliau menjadi popular dalam sekelip mata.

Perkara ini telah membuka mata pihak pengumpul kad permainan sukan untuk mencari kad yang berkaitan dengan Michael Jordan dan pemain bola keranjang yang lain kerana peningkatan harga yang sangat ketara.

Tokoh Berpengaruh Yang Melibatkan Diri Dalam Pelaburan Kad Permainan Sukan

Kredit Gambar: Forbes

Disebabkan kad permainan sukan telah mendapat tempat di dalam pasaran untuk dijadikan pelaburan, golongan usahawan dan selebriti turut membuat pelaburan terhadap kad permainan sukan.

Antara tokoh selebriti yang terkenal yang turut melabur adalah Gary Vaynerchuk. Usahawan selebriti ini menggunakan pengaruh mereka untuk membantu orang ramai mengenali pelaburan ini dengan lebih tersusun.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.