Industri Rumah Lelongan Seni Yang Menjana Berbilion Dolar Setiap Tahun

Seni memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Tanpa seni, dunia akan menjadi bosan dan kelam.

Seni begitu luas dan mempunyai banyak cabang, tetapi yang paling menonjol adalah lagu, filem dan lukisan. Ketiga-tiga kategori ini sangat popular berbanding dengan cabang seni yang lain.

Selain mendapat tempat di hati orang ramai, terdapat juga barangan seni yang mencecah jutaan dolar. Malah ada juga yang mampu mencecah ratusan juta apabila berjaya dijual kepada golongan yang kaya dan pencinta barangan seni.

Ada juga segelintir yang menjadikan seni ini sebagai pelaburan untuk masa hadapan.

Kebiasaanya barangan seni yang bernilai ratusan juta ini memerlukan pihak ketiga sebagai perantara untuk menjalankan proses jual beli tersebut. Pihak ketiga yang bertanggungjawab untuk menjual barangan tersebut dikenali sebagai rumah lelongan seni (auction house).

Kredit Gambar: CNBC

Rumah lelongan seni ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan pembelian dan penjualan barangan seni. Terdapat beberapa buah syarikat yang menjalankan perkhidmatan rumah lelongan seni dan dua yang paling terkenal adalah Christie’s dan Sotheby’s.

Kedua-dua rumah lelongan seni ini menjana pendapatan hampir separuh daripada nilai pasaran barangan lelongan seni.

Dua Gergasi Rumah Lelongan Seni

Kredit Gambar: Artsy

Christie’s dan Sotheby’s kedua-duanya berasal dari United Kingdom dan telah diasaskan pada kurun yang ke-18.

Kehebatan dua syarikat ini telah membuatkan mereka mendominasi pasaran dalam industri rumah lelongan seni. Antara barangan yang menjadi produk untuk dilelong adalah lukisan, barangan seni tembaga, pasu bunga antik, barangan kemas wanita, jam tangan dan bermacam-macam lagi.

Selain itu juga, mereka turut menjual beg-beg jenama terkenal di sini.

Bagaimana Rumah Lelongan Seni Berfungsi?

Industri lelongan ini bernilai sebanyak USD67.4 bilion dan meningkat setiap tahun. Fungsi rumah lelongan seni ini adalah untuk menjadi perantara di antara pembeli dan juga penjual.

Kebanyakan barangan yang dijual melalui rumah lelongan seni ini dilakukan secara proses bidaan. Pembida akan membida barangan tersebut, dan harga yang tertinggi akan berjaya memiliki barangan tersebut.

Kebanyakan pelanggan yang menyertai acara ini adalah golongan yang berada. Mereka mencari pelanggan mereka dengan penuh teliti dan mempunyai strategi yang tersendiri.

Teknik pemasaran yang dilakukan oleh rumah lelongan seni ini sangat teliti bagi mermastikan pemasaran yang dilakukan oleh mereka itu benar-benar tepat kepada golongan yang berduit. Mereka mencari golongan berduit ini dengan melihat kepada sektor-sektor yang bakal meningkat naik.

Sebagai contoh, jika industri hartanah berkembang pesat pada ketika itu, maka mereka akan mencari pembeli dari golongan hartanah bagi menyertai acara lelongan yang bakal dilakukan.

Dengan mencari golongan yang berpendapatan tinggi ini, mereka akan lebih mudah untuk menjual barangan mereka kepada pelanggan yang tepat.

Negara Yang Mempunyai Ramai Pelangan  Barangan Seni

Kredit Gambar: CNBC

Tidak semua negara yang mempunyai minat terhadap barangan lelongan seni ini. Pada waktu ini, hanya tiga buah negara sahaja yang mempunyai pembeli paling ramai.

Negara tersebut adalah Amerika Syarikat, United Kingdom dan China.

Faktor utama yang menyebabkan negara ini mempunyai pembeli yang ramai kerana kedudukan kewangan mereka yang kukuh serta minat yang mendalam terhadap barangan seni tersebut.

Selain itu juga, jika barangan seni disimpan dalam tempoh yang lama, harga yang ditawarkan pada masa akan datang akan melonjak naik. Ianya boleh dianggap sebagai salah sebuah pelaburan jangka masa panjang yang sangat menguntungkan kepada pemain dalam industri tersebut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Penurunan Tetap Kukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang kukuh pada hari Khamis dengan menyusut MYR51 untuk ditutup pada paras lebih lemah pada MYR4,506. Komoditi ini membuka sesi dagangan semalam pada harga MYR4,551. Ia kemudiannya mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,570 dan paras terendah intrahari pada MYR4,504 sebelum menutup dagangan pada harga MYR4,506. Corak lilin menurun yang panjang mengesahkan lagi bahawa garis SMA 50 hari sudah menjadi paras rintangan atas selepas komoditi ini jatuh bawah garisan purata.

Hal ini menunjukkan bahawa sentimen pasaran menurun mempunyai kelebihan teknikal sekarang dan FCPO bakal menguji paras sokongan MYR4,390. Penembusan menurun pada paras sokongan akan menyambungkan pergerakan ke bawah ke arah paras MYR4,300. Ambil maklum bahawa dalam keadaan pasaran menurun, sokongan mungkin akan menjadi lebih lemah. Memandangkan pedagang yang meramalkan penurunan sedang menguasai pasaran, kami kekalkan bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390, diikuti oleh paras seterusnya pada MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang pula ialah MYR4,600, dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,700.