4 Cara Warren Buffett Uruskan Masa

Bagi mereka yang dah terlibat dalam pelaburan saham, pastinya kita banyak mendapat banyak manfaat daripada ikon pelaburan saham terkenal iaitu Warren Buffett. Beliau telah mengubah hidup ramai pelabur dengan banyak cara.

Ada yang dapat mempraktikkan ilmu Value Investing, tidak kurang ramai juga yang kini mampu bersabar untuk meraih pulangan yang tinggi dalam pelaburan saham.

Tapi tahukah bagaimana beliau menguruskan masa? Jom kita tengok 4 tips daripada Warren Buffett seperti berikut.

1. Katakan Tidak Kepada ‘Perjumpaan Dan Jemputan Yang Tidak Penting’

Biasanya kita sering mengisi kalendar dengan perjumpaan dan acara sosial kerana ia membuatkan kita berasa produktif, betul tak?

Walaupun kita tahu kebanyakan perjumpaan dan acara sosial tidak berguna dalam jangka masa panjang, tetapi kita masih mahu memenuhi undangan tersebut.

Warren Buffett adalah seorang yang menghargai masa lapang beliau sebanyak mungkin. Beliau pasti akan mengelak daripada pergi ke perjumpaan dan jemputan yang tidak penting.

2. Minimumkan Masa Yang Digunakan

Dalam sehari, berapa lamakah anda menghabiskan masa untuk melakukan sesuatu kerja? Adakah sejam diperlukan untuk pergi ke pejabat dan sejam lagi untuk pulang ke rumah?

Setelah pulang ke rumah, kita pula habiskan waktu selebihnya untuk menonton TV dan berehat?

Namun lain pula dengan Warren Buffett. Beliau akan meminimumkan segala masa yang beliau ada.

Beliau pernah berkata, “Dengan menjimatkan masa, banyak benda yang kita boleh pelajari dengan waktu yang ada”.

3. Elakkan Tindak Balas Segera

Biasanya Warren Buffett mengelakkan diri daripada membuat tindak balas yang segera dalam semua perkara. Maksudnya di sini adalah setiap perkara yang beliau perolehi akan beliau uruskan dengan satu per satu dan bukannya sekali gus.

Apa yang kita dapat di sini adalah, beliau tidak suka buat kerja secara tergopoh-gapah. Beliau bertenang dan menyusun kerja yang ingin dilakukan mengikut keutamaan.

Berbeza pula dengan kita kan? Asyik buat kerja secepat mungkin kononnya nak siapkan semuanya dengan cepat, namun akhirnya ada yang tertinggal dan kualiti kerja pula terjejas.

4. Buat Perkara Yang Penting Sahaja

Photo by Pixabay from Pexels

Sama ada keputusan besar atau kecil, semuanya memerlukan tenaga dan kekuatan mental yang padu. Keputusan kecil seperti apakah yang harus dimakan dan dipakai setiap hari dapat menjejaskan tenaga, jadi kita harus menjauhinya semaksimum mungkin.

Untuk pengetahuan anda, biasanya Warren Buffett akan makan dan minum dengan mengambil menu yang hampir sana setiap hari.

Dengan mengelakkan membuat keputusan kecil yang tidak penting, maka kita dapat menghabiskan lebih banyak tenaga dan mental untuk keputusan yang lebih penting.

Kesimpulannya,

Untuk berjaya menguruskan masa seperti Warren Buffett, ia memerlukan disiplin yang amat tinggi. Kita juga harus buang atau singkirkan sesuatu yang tak penting dalam kehidupan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.