
Photo by Lucas Pezeta from Pexels
Sub Topik
Nama-nama tokoh Astronomi besar seperti Galileo Galilei, Ptolemy, Eratosthenes dan Johannes Kepler mungkin sering kita dengar dalam bidang astronomi. Namun, tokoh Astronomi Islam juga tidak kurang hebatnya, malah dikagumi ramai para ilmuan dalam bidang ini.
Jom kita berkenalan dengan tokoh-tokoh Astronomi Islam yang banyak memberi sumbangan kepada dunia.
1. Ibnu Yunus

Ibnu Yunus atau nama sebenarnya Abu al-Hasan Ali abi Said Abd al-Rahman ibn Ahmad ibn Yunus al-Sadafi al-Misri adalah merupakan seorang ahli astronomi yang hebat dari Mesir.
Ibnu Yunus juga dipercayai sebagai orang pertama yang menggunakan pendulum untuk mengukur masa pada abad ke-10 Masihi.
Beliau juga merupakan pencipta asal bandul pertama. Sebagai bentuk pengiktirafan dunia astronomi untuk sumbangannya, namanya diabadikan di salah satu kawah di permukaan bulan.
Sangat hebat tokoh astronomi Islam ini yang kita tak tahu.
2. Jabir Ibn Aflah

Ahli matematik Islam berbangsa Sepanyol merupakan tokoh astronomi Islam yang dikagumi ini adalah Jabir Ibn Aflah atau Geber. Beliau telah menyumbang kepada pengembangan astronomi.
Ramai yang tidak tahu bahawa beliau adalah saintis pertama yang membuat sfera cakrawala untuk mengukur dan menjelaskan pergerakan objek di dalam cakerawala.
Paling hebat lagi, beliau adalah ahli astronomi Muslim pertama di Eropah yang membina balai cerap Giralda yang terletak di kampung halamannya di Seville.
3. Al-Zarqali

Saintis Barat menggelar Al-Zarqali dengan gelaran Arzachel. Wajahnya diabadikan pada setem di Sepanyol sebagai bentuk penghargaan atas sumbangannya terhadap penciptaan astrolab yang lebih mantap dan terbaik pada waktu tersebut.
Beliau juga telah mencipta jadual Toledan dan juga sangat pakar dalam membuat astrolab yang lebih kompleks bernama Safiha.
4. Al-Sufi

Nama penuh tokoh astronomi Islam yang dikagumi ini adalah Abdur Rahman as-Sufi. Beliau adalah seorang ilmuan Islam yang mengembangkan ilmu astronomi.
Beliau telah memberikan sumbangan yang besar dalam mengatur arah matahari, bulan, planet serta pergerakan matahari.
5. Al-Battani

Karyanya boleh dikatakan sangat berharga dan dijadikan rujukan oleh ahli astronomi Barat selama berabad-abad lamanya setelah kematian Al-Battani.
Beliau berjaya menentukan anggaran permulaan bulan baru, anggaran panjang matahari, orbit bulan dan planet-planet tertentu. Beliau memainkan peranan penting dalam pengembangan astronomi moden.
Kesimpulannya, ramai lagi tokoh Astronomi Islam yang hebat dan dikagumi oleh seluruh pencinta bidang Astronomi. Jasa mereka juga amat besar dan sememangnya perlu dikenang oleh kita semua.
Tanpa mereka, pasti kita tidak tahu betapa indah dan bernilainya galaksi ciptaan Tuhan ini.
Sumber Rujukan:










