3 Perkara Asas Kena Tahu Sebelum Nak Melabur Saham

Pelaburan saham adalah satu pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang berlipat ganda. Biasa dengar 10 peratus keuntungan setahun dah banyak, tapi dalam saham 10 peratus keuntungan sehari pun boleh.

Baca: Untung RM1 Juta Dalam Masa Setahun Lebih Dalam Saham

Tapi bila boleh untung banyak, rugi banyak pun boleh. Jadi sebelum terlibat dalam pelaburan saham, kita perlu membuat persediaan rapi supaya dapat mengaut keuntungan dan meminimakan kerugian.

Selaku pelabur baru, ada tiga perkara yang kita kena tahu dahulu:

1. Apa Itu Saham?

Ramai orang samakan saham dengan judi atau skim cepat kaya. Ada yang kata pelaburan saham bergantung pada nasib semata-mata. Sebab itu kita perlu tahu apa itu saham.

Biasa dengar IPO? Itulah asalnya sesebuah saham. Sesebuah syarikat yang ingin menerbitkan IPO perlu mendapatkan kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti sebelum dilaksanakan.

Apa pulak tujuan IPO? Syarikat menerbitkan IPO untuk mendapatkan suntikan modal sama ada bertujuan untuk mengembangkan perniagaan atau membayar hutang.

Semua ini kita boleh baca dalam prospektus sesebuah syarikat yang ingin menerbitkan IPO tersebut.

Macam mana nak dapat untung dari saham?

Kita boleh mendapatkan untung melalui dua cara iaitu dengan kaedah dividen atau membeli pada harga yang rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi (capital gain).

Baca: Untung Melabur Saham Kira Macam Mana?

Kredit Gambar: FB Tuan Haji Mohd Asri

2. Kenapa Beli Saham?

Bila dah faham berkenaan saham, bermulalah proses pemilihan saham. Nak beli saham ni ada tekniknya, bukan pakai beli jer tanpa sebarang kajian.

Proses belian ini tak semestinya dibuat hari-hari, kita hanya perlu masuk market bila ada peluang. Kalau beli saham hanya bersandarkan nasib, ini akan menjerumuskan kita dalam risiko kerugian.

Sebab itu kita selalu dengar berkenaan analisis fundamental dan analisis teknikal.

Analisis fundamental adalah kajian berkenaan prestasi syarikat dan potensi untuk berkembang di masa hadapan. Antara perkara yang kita perlu tahu adalah Return On Equity (ROE), dividen yield, EPS, price book per value, market cap, dan lain-lain lagi.

Semua ini dah disediakan, tak perlu hafal formula, yang penting tahu macam mana nak baca.

Analisis teknikal pula kita membaca carta berdasarkan pergerakan harga pada masa lalu. Kita perlu tahu asas membaca candlestick, jika harga open tinggi dari harga close, bagaimana bentuk candlestick, jika harga close sama dengan paras harga tertinggi pada hari tersebut, bagaimana pulak bentuknya.

Jangan lupa belajar indicator seperti MACD, Bollinger Band, Relative Strength Index (RSI), dan lain-lain indicator yang bersesuaian. Selepas buat dua analisis ini, kaitkan dengan sentimen pasaran.

Sebagai contoh, jika sekarang kerajaan mengutamakan teknologi solar, saham sektor ini mempunyai masa depan yang cerah dan dapat menaikkan nilai sesebuah saham tersebut.

3. Bagaimana Nak Beli Dan Jual Saham?

Perkara terakhir yang kita perlu tahu, dah tentu bagaimana nak beli dan jual saham. Jangan nanti dah tahu nak beli saham apa, tapi nak tekan buy pun tak pandai.

Kalau masih kurang pasti, boleh search di youtube, banyak tutorial yang disediakan. Sekiranya tuan-tuan mahu panduan dan tips melabur saham bagi beginner, sila tonton koleksi video ini.

Atau kalau susah sangat, hubungi remisier atau dealer masing-masing. Mereka sentiasa bersedia nak bantu.

Jangan tak tahu, kita boleh buat analisis fundamental dan analisis teknikal melalui trading platform masing-masing.

Tinggal belajar macam mana nak guna saja. Semua dah ada depan mata.

Secara asasnya, inilah tiga perkara yang kita perlu tahu selaku pelabur baru. Ingat! Untung rugi adalah perkara biasa dalam pelaburan saham.

Jika kita bukan seorang yang sanggup hadapi risiko kerugian, mungkin kita tidak sesuai dalam pelaburan saham.

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]
Perunding Takaful, Hartanah, dan Pelabur Runcit di Pasaran Bursa Malaysia

Belajar dan Terus Belajar!

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Buku pun banyak boleh dibeli secara online. 

Alhamdulillah buku Malaysia Melabur Saham telah terbit. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Buku Malaysia Melabur Saham

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
  • Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAY-700x467.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is 210106-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAYpg3-2-700x467.png

Testimoni

“Buku ini memang sangat membantu bagi mereka yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham”- TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD (MSTA,CFTe), Master Trainer Asri Ahmad Academy, Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018

“Dalam dunia pelaburan saham ni banyak cabangnya, dengan membaca buku ini anda tahu nak mula”- TUAN HAJI ZAINAL ARIFFIN OSMAN (MSTA, CFTe, IFTA, UKSTA, MATA), Certified Technical Analyst, Senior Vice President Inter-Pacific Securities

“Dengan membaca buku ini, ianya dapat membantu kita agar tak tersalah langkah dalam melabur saham”- TUAN NAZARRY ROSLI (CCFT, CFP, MSTA, CFTe), Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Previous ArticleNext Article

Southern Cable Peroleh Kontrak Tambahan RM403.6 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR: Pengeluar kabel dan wayar, Southern Cable Group Bhd terus mengukuhkan aliran tempahan bagi menyokong pengembangan infrastruktur tenaga Malaysia selepas memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat dalam satu kenyataan berkata kontrak yang dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Southern Cable Sdn Bhd itu merangkumi bekalan kabel kuasa bawah tanah dan pengalir kepada Bahagian Rangkaian Pengagihan TNB.

Perjanjian berkenaan merupakan pelaksanaan opsyen tambahan di bawah kontrak asal yang diberikan pada Februari 2025, sekali gus melanjutkan tempoh bekalan selama satu tahun tambahan bermula Ogos 2026 hingga Ogos 2027.

Dengan kontrak baharu itu, jumlah tempahan dalam tangan kumpulan meningkat melebihi RM1 bilion, sekali gus memberi visibiliti pendapatan yang jelas sehingga 2027.

Pengarah Urusan Southern Cable Group Bhd, Tung Eng Hai berkata kontrak tambahan itu mencerminkan permintaan berterusan terhadap kabel kuasa serta mengesahkan keupayaan teknikal syarikat dalam memenuhi piawaian kebolehpercayaan ketat untuk grid nasional.

Beliau berkata sektor tenaga Malaysia terus mencatat pertumbuhan kukuh dipacu integrasi tenaga boleh baharu, perkembangan pesat pusat data serta pembangunan industri.

“Walaupun kami mengekalkan penghantaran konsisten bagi tempahan sedia ada, kami terus memperluas kapasiti dan portfolio produk untuk merebut peluang pertumbuhan,” katanya.

Southern Cable berkata prospek pertumbuhan jangka panjang syarikat disokong oleh inisiatif pengembangan, termasuk pengukuhan peranannya dalam pembangunan infrastruktur tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sejak 2025, kumpulan itu telah memperoleh kontrak dengan TNB berjumlah lebih RM900 juta.

Selain itu, syarikat itu baru-baru ini memperoleh pensijilan produk bagi kabel penghantaran bawah tanah berkapasiti tinggi dengan saiz konduktor sehingga 1,600 milimeter persegi, sekali gus meningkatkan keupayaan untuk menyokong pembangunan grid masa depan.

Bagi menyokong tempahan jangka panjang, rancangan penambahan kapasiti sebanyak 5,000 kilometer menjelang akhir 2026 dijangka memperkukuh keupayaan memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.