Pelaburan ESG, Teknik Yang Digemari Oleh Pelabur Generasi Baru

Ilmu pelaburan saham secara asasnya terbahagi kepada fundamental analysis dan juga technical analysis. Kedua-duanya sangat popular dan sering digunakan oleh mana-mana pelabur yang ingin membuat duit dalam pasaran saham.

Antara tokoh lagenda yang terkenal yang mempelopori teknik fundamental analysis ini adalah Benjamin Graham manakala Jesse Livermore merupakan lagenda yang popular dengan menggunakan teknik technical analysis.

Masa telah berubah mengikut peredaran zaman. Kini fundamental analysis dan technical analysis menjadi mudah dengan wujudnya bantuan komputer. Syarikat broker juga turut membantu ramai golongan baru terutamanya golongan millennial yang melakukan urusan jual beli saham tanpa dikenakan sebarang cas brokerage.

Kini terdapat lagi satu teknik pelaburan yang digemari oleh golongan millennial yang dikenali sebagai ESG.

Apa Itu ESG?

Kredit Gambar : Korea Times

ESG merupakan istilah baru yang merujuk kepada Environment, Social dan juga Governance. Ia tidak sama seperti technical analysis atau fundamental analysis tetapi lebih kepada hubungan sosial yang wujud di antara syarikat dan ketiga-tiga elemen tersebut.

Environment

Environment merujuk kepada alam sekitar yang bermaksud bahawa syarikat itu menjaga hubungan baik dengan alam di sekelilingnya.

Hariini, banyak NGO serta kerajaan juga menggalakan mana-mana pihak untuk melakukan yang terbaik demi menjaga persekitaran terutamanya untuk membendung fenomena perubahan cuaca (climate change).

Banyak kerajaan di dunia memberi insentif kepada mana-mana syarikat yang terlibat dalam usaha ini.

Syarikat yang menjaga persekitaran mereka menjadi keutamaan kepada golongan millennial kerana mereka sedar tentang kepentingannya.

Sebagai contoh, sesebuah syarikat tersebut menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan produk yang boleh dikitar semula turut diklasifikasikan sebagai menjaga alam sekitar.

Adidas dan Nike merupakan contoh syarikat yang menggunakan bahan recyle untuk menghasilkan produk buatan mereka.

Social

Hubungan sosial di antara syarikat dan pekerja turut menjadi pilihan kepada pelabur generasi baru. Syarikat yang tidak melayan pekerja mereka dengan sepatutnya dianggap tidak mematuhi kriteria ini.

Sebagai contoh, sebelum ini kerajaan Amerika Syarikat pernah menuduh FGV telah menggunakan buruh paksa di dalam ladang mereka. Ini adalah contoh yang tidak sepatutnya berlaku kepada syarikat yang berstatus konglomerat. FGV menafi sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Baca: Amerika Syarikat Menuduh FGV Guna Buruh Paksa Dan Mengharamkan Produk FGV

Selain itu, hubungan di antara pembekal dan pelanggan juga termasuk dalam kategori sosial. Jika aspek sosial ini dapat dijaga dengan baik, prestasi sesebuah syarikat akan menjadi lebih mantap.

Governance

Merujuk kepada polisi yang dibuat oleh syarikat itu sendiri, dengan hala tuju syarikat dan pentadbiran yang telus. Maklumat perakaunan boleh dilihat dan diakses dengan mudah bagi menunjukkan bahawa syarikat itu tidak terlibat dalam insider trading yang kebanyakannya dilakukan oleh CEO dan ahli lembaga pengarah syarikat.

Prestasi Syarikat ESG vs Non-ESG

Sebelum wujudnya ESG, dunia pelaburan terkenal dengan istilah SRI (Socially Responsible Investment) pada era 1960-an. Ianya merujuk kepada syarikat yang  lebih beretika dalam menjalankan pelaburan.

Di antara syarikat yang tidak memenuhi etika pelaburan adalah seperti syarikat yang menghasilkan arak, tembakau, atau yang terlibat dalam perjudian dan juga menghasilkan senjata api.

Bagi mereka yang mengamalkan teknik SRI, mereka tidak akan melabur ke dalam syarikat seperti ini.

Kredit Gambar: Visual Capitalist

Menurut Morgan Stanley Capital International (MSCI), syarikat yang mengamalkan ESG merupakan syarikat yang lebih berprestasi tinggi berbanding dengan syarikat yang tidak mengamalkan ESG.

Jika diukur prestasi syarikat ESG selama 156 bulan, mereka berkembang dengan lebih cepat berbanding yang tidak mengamalkan ESG.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.