Amerika Syarikat Menuduh FGV Guna Buruh Paksa Dan Mengharamkan Produk FGV

Hujan tiada ribut pun tiada, tiba-tiba negara kita dikejutkan dengan tindakan drastik Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump yang mengharamkan pengeksportan minyak sawit yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi tempatan iaitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Jika sebelum ini kita hanya disajikan dengan berita tentang perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan China yang berkaitan dengan syarikat teknologi dari China.

Kini industri sawit negara kita juga menerima nasib yang sama seperti syarikat teknologi dari China, cuma alasan yang dikemukan adalah berbeza. Syarikat FGV oleh U.S. Customs and Border Protection (CBP) mendakwa bahawa FGV telah menggunakan perkhidmatan buruh secara paksaan dan juga mengeksploitasi buruh kanak-kanak untuk bekerja dengan syarikat tersebut.

Mereka juga mendakwa gaji yang ditawarkan oleh Syarikat FGV adalah tidak bertepatan dengan kerja yang mereka lakukan di ladang.

Syarikat FGV yang banyak bergantung kepada buruh luar terutamanya dari Indonesia dan India untuk bekerja di ladang sawit milik mereka. Buruh yang berasal dari Indonesia dipercayai seramai 10,000 orang manakala yang datang dari India adalah seramai 5,000 orang.

Walaupun Amerika Syarikat merupakan antara negara yang menggunakan minyak sawit terbesar di dunia, mereka mengambil tegas dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh CBP. Amerika Syarikat sebelum ini juga pernah menggunakan buruh kanak-kanak pada kurun ke-20.

Mereka telah menggubal undang-undang yang berkaitan penggunaan tenaga buruh kanak-kanak apabila negara semakin maju terutamanya selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan yang diambil ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak bagi mengelakkan eksploitasi terhadap mereka.

FGV memandang serius dengan tuduhan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat ini. Syarikat ini yang berada di bawah seliaan kerajaan Malaysia dan bertanggungjawab dalam pengeluaran secara besar-besaran tanaman sawit yang ada di dalam negara. FGV juga telah membantu menaiktaraf kehidupan peneroka sawit di Malaysia.

Kalau nak tahu, FGV membekalkankan produk kelapa sawit kepada banyak syarikat gergasi dunia yang menggunakan produk kelapa sawit seperti Nestle, Mars, Procter & Gamble, Unilever dan juga L’Oreal.

Harga saham FGV telah terjejas sebanyak 7% dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Amerika Syarikat berkaitan dengan pengharaman yang bakal dilakukan oleh kerajaan mereka terhadap minyak sawit Malaysia.

Walaupun tuduhan yang dikemukan oleh Amerika Syarikat itu mempunyai asas mengikut undang-undang negara tersebut, FGV menafikan bahawa mereka menggunakan buruh secara paksa. Menurut FGV, syarikat tersebut telah mematuhi semua undang-undang buruh bagi memastikan semua hak pekerja dijaga dengan sebaiknya seperti menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada para pekerja.

Syarikat FGV  telah membelanjakan sebanyak RM350 juta dalam menyediakan infrastruktur dan tempat tinggal yang selesa kepada pekerja mereka. FGV juga telah membentangkan dokumen yang lengkap mengenai layanan mereka terhadap pekerja.

Syarikat ini juga tidak menggunakan pekerja dari pihak ketiga dan semua pekerja yang berkerja di ladang milik FGV adalah di bawah tanggungjawab syarikat tersebut dan tidak timbul pula penganiayaan seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat.

FGV telah membuat bantahan terhadap pengharaman yang dikenakan terhadap produk  sawit mereka yang boleh menjejaskan pendapatan negara jika ia tidak diatasi dengan segera.

Sumber Rujukan:

Harga Saham FGV Jatuh 30% Sejak Awal Tahun

Sumber: Trading View

Harga saham FGV adalah RM1.56 seunit pada awal tahun dan pernah jatuh serendah RM0.72 apabila pandemik Covid-19 melanda dan negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.

Kini harga saham cuba untuk naik semula namun masih belum membuat reversal yang sihat dan berada dalam keadaan sideways.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.