Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2021

Indeks FBM KLCI membuat kebangkitan pada awal bulan Mac, namun turun semula di penghujungnya. Di kala market tengah sendu, maka ramai juga pelabur dan pedagang yang mengalami kerugian.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Mac 2021, semoga kita dijauhkan daripada kerugian yang besar seperti ini.

Sumber: iSaham Screener

1. Artroniq Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

2. LKL International

Sumber: Bursa Marketplace

3. Komarkcorp Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. Kanger International

Sumber: Bursa Marketplace

5. INIX Technologies Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Pasukhas Group

Sumber: Bursa Marketplace

7. CNI Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Vivocom International Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. SMTrack Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

10. MMag Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Semua Yang Tersenarai Adalah Penny Stock

Macam biasa, saham penny stock memang akan cepat naik dan cepat juga turun. Kita berpotensi untuk untung besar dan juga rugi besar. Asalkan kita ada Trading Plan dan tahu di mana nak Cut Loss, semoga kita dapat menghindari daripada kerugian yang besar.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Mac 2021 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.