J&T Express Rancang IPO Bernilai RM4.1 Bilion

J&T Express, syarikat kurier Indonesia, sedang mempertimbangkan tawaran awam permulaan (IPO) di Amerika Syarikat (AS) yang akan menjana lebih AS$1 bilion (RM4.1 bilion), menurut individu yang rapat dengan perkara itu.

Syarikat berpangkalan di Jakarta itu sedang bekerjasama dengan penasihat bagi jualan saham kali pertama, yang dijangka berlaku seawal suku keempat ini, kata individu berkenaan.

Tawaran itu akan menilai J&T Express pada kira-kira AS$5.4 bilion (RM20.5 bilion), kata salah seorang individu itu, yang enggan dikenali kerana maklumat terbabit adalah sulit.

Ia sedang mempertimbangkan satu pusingan pembiayaan baharu selepas menjana kira-kira AS$300 juta (RM1.25 bilion) baru-baru ini, kata salah seorang sumber.

J&T berpotensi mencabar pengendali menara telekomunikasi, PT Indosat, sebagai penyenaraian syarikat Indonesia terbesar di AS, menurut data dikumpulkan Bloomberg.

Indosat menjana AS$1.05 bilion (RM4.35 bilion) dalam IPO pada tahun 1994.

Jika berjaya, J&T Express juga akan menjadi firma Indonesia pertama disenaraikan di New York sejak 2019.

Butiran mengenai IPO J&T Express, termasuk saiz dan tempoh masa masih boleh berubah apabila pertimbangan diteruskan, kata sumber.

Kredit Gambar: Indo Cargo Times

Diasaskan pada 2015 oleh usahawan Jet Lee dan Tony Chen, J&T Express kemudiannya berkembang ke negara termasuk Malaysia, Vietnam, Indonesia, Thailand, Singapore, Kemboja dan China, menurut laman webnya.

Syarikat kurier itu memiliki lebih daripada 350,000 kakitangan dan baru-baru ini melancarkan pesawat pengangkut di Tangerang.

Antara rakan niaga J&T Express termasuklah firma e-dagang Indonesia, PT Tokopedia dan Bukalapak.com serta unit Sea Ltd dari Singapura, Shopee.

Permintaan bagi logistik dan gudang meningkat mendadak semasa pandemik apabila pelanggan semakin beralih kepada beli belah dalam talian.

Penyedia perkhidmatan penghantaran khususnya amat diperlukan di Indonesia kerana populasinya seramai 267 juta orang berada di 7,000 pulau.

Kalau nak tahu asal usul nama J&T adalah dari nama pengasas mereka iaitu Jet Lee and Tony Chen (CEO Oppo). J&T mula beroperasi di Malaysia bermula pada tahun 2018 dan dimiliki oleh Winner Star Holdings Limited, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong.

Jika melihat laporan kewangan SSM, bagi tempoh berakhir Disember 2019, syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn Bhd melaporkan kerugian sebanyak RM73 juta. Nampaknya J&T Malaysia perlu mula membuat keuntungan jika memasang impian untuk IPO dan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kredit: Bloomberg

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2026

Pasaran saham pada bulan Mac 2026 menyaksikan beberapa kaunter patuh syariah mencatatkan kenaikan yang sangat memberangsangkan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sentimen pasaran global, harga komoditi serta perkembangan sektor tertentu seperti tenaga dan perladangan.

Berdasarkan data setakat 31 Mac 2026, berikut merupakan 10 saham patuh syariah paling untung di Bursa Malaysia bagi sepanjang bulan Mac 2026.

1. Petronas Chemicals Group Berhad

Tempat pertama menjadi milik Petronas Chemicals Group Berhad dengan lonjakan luar biasa sebanyak 93.3%.

PCG merupakan antara pengeluar bahan kimia bersepadu terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, terlibat dalam pengeluaran pelbagai produk seperti olefin, polimer dan baja.

Kenaikan besar ini menunjukkan minat pelabur terhadap sektor berkaitan tenaga dan petrokimia, yang sering mendapat manfaat apabila harga komoditi global meningkat.

2. Concrete Engineering Products Berhad

Di tempat kedua ialah Concrete Engineering Products Berhad dengan kenaikan 61.4%.

Syarikat ini terlibat dalam sektor pembinaan dan kejuruteraan, khususnya produk konkrit. Prestasi positif ini mungkin dipacu oleh peningkatan aktiviti projek infrastruktur dan pembangunan.

3. Hibiscus Petroleum Berhad

Tempat ketiga disandang oleh Hibiscus Petroleum Berhad dengan kenaikan 47.5%.

Sebagai syarikat eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas, prestasi Hibiscus biasanya berkait rapat dengan harga minyak dunia. Apabila harga minyak stabil atau meningkat, saham sektor ini sering menunjukkan momentum positif.

4. PJBumi Berhad

PJBumi Berhad berada di kedudukan keempat dengan kenaikan 29.8%.

Syarikat ini turut berada dalam sektor minyak dan gas, menunjukkan bahawa sektor tenaga terus menjadi antara pemacu utama pasaran dalam tempoh ini.

5. Hartalega Holdings Berhad

Di tempat kelima ialah Hartalega Holdings Berhad dengan kenaikan 28.0%.

Hartalega merupakan antara pengeluar sarung tangan terkemuka dunia. Walaupun sektor ini pernah mengalami penurunan selepas pandemik, terdapat tanda-tanda pemulihan yang menarik minat pelabur.

6. Dialog Group Berhad

Dialog Group Berhad mencatatkan kenaikan 26.1%, menjadikannya antara saham yang menonjol bulan ini.

Dialog terlibat dalam perkhidmatan minyak, gas dan petrokimia termasuk penyimpanan dan terminal. Kenaikan ini selari dengan momentum sektor tenaga.

7. Gas Malaysia Berhad

Di tempat ketujuh ialah Gas Malaysia Berhad dengan kenaikan 22.4%.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pengedaran gas asli di Malaysia. Permintaan tenaga yang stabil memberi sokongan kepada prestasi saham syarikat ini.

8. Johor Plantation Group Berhad

Johor Plantation Group Berhad berada di kedudukan kelapan dengan kenaikan 21.8%.

Sektor perladangan turut menunjukkan prestasi positif, kemungkinan didorong oleh harga komoditi seperti minyak sawit yang lebih kukuh.

9. Sarawak Oil Palms Berhad

Tempat kesembilan diduduki oleh Sarawak Oil Palms Berhad dengan kenaikan 20.1%.

Seperti Johor Plantation, syarikat ini juga mendapat manfaat daripada pergerakan harga komoditi dalam sektor perladangan.

10. Petra Energy Berhad

Melengkapkan senarai ialah Petra Energy Berhad dengan kenaikan 19.1%.

Petra Energy terlibat dalam perkhidmatan minyak dan gas, sekali lagi mengukuhkan dominasi sektor tenaga dalam senarai saham paling untung bulan ini.

Apa Yang Boleh Kita Perhatikan?

Melalui senarai ini, beberapa trend penting dapat dilihat:

1. Dominasi sektor tenaga

Beberapa saham dalam sektor minyak dan gas dan petrokimia seperti PCG, Hibiscus, Dialog dan Petra Energy menunjukkan prestasi cemerlang.

2. Sokongan daripada harga komoditi

Sektor perladangan dan tenaga biasanya bergerak selari dengan harga komoditi global.

3. Kebangkitan sektor tertentu

Selain tenaga, sektor pembinaan dan sarung tangan juga mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Kesimpulannya, bulan Mac 2026 memperlihatkan peluang menarik dalam pasaran saham patuh syariah, dengan beberapa kaunter mencatatkan kenaikan yang sangat ketara malah ada yang mencecah hampir 100% dalam masa sebulan.

Namun begitu, pelabur perlu ingat bahawa:

  • Prestasi masa lalu tidak menjamin pulangan masa hadapan
  • Pasaran saham sentiasa berubah
  • Kajian dan pengurusan risiko sangat penting

Gunakan senarai ini sebagai rujukan awal untuk mengenal pasti saham yang sedang “hot”, tetapi pastikan anda membuat analisis sendiri sebelum membuat keputusan pelaburan.