4 Perkara Perlu Faham Sebelum Deal Dengan Ejen Hartanah

“Alah, ejen ni middle man je yang ambil untung atas angin. Bukan susah pun kerja mereka.”

Kebanyakan daripada kita mempunyai persepsi yang ejen hartanah hanya nak komisyen daripada kita, jadi mereka kenalah tolong buat semua benda dari A sampai Z. Disebabkan nak beli rumah lah, kita kena melalui ejen hartanah terutama sekali untuk rumah sub-sale atau second hand. Mereka inilah yang telah dilantik secara rasmi oleh tuan rumah.

Oleh itu, ada eloknya jika sebelum anda nak berurusan dengan ejen hartanah, anda perlu faham 4 perkara ini terlebih dahulu.

#1. Ejen Hartanah Bukan Pihak Yang Luluskan Pembiayaan

Masih ramai yang salah faham dan menggangap bahawa ejen hartanah adalah pihak yang dapat meluluskan pinjaman perumahan mereka. Tidak dinafikan, ada segelintir ejen hartanah yang bantu client untuk menghantar borang pinjaman mereka kepada pihak bank. Tetapi, ini bukan bermakna mereka adalah pihak yang akan meluluskan pinjaman tersebut.

Kelulusan pinjaman perumahan anda terletak di tangan pihak bank. Ejen hartanah hanya pemudahcara dan boleh menasihat tentang dokumen-dokumen sokongan yang perlu. Elok juga anda minta pendapat mereka untuk memastikan anda betul-betul layak baru meneruskan hasrat untuk membuat permohonan untuk membeli rumah tersebut.

#2. Ejen Hartanah Banyak Masa

Meskipun pekerjaan seorang ejen hartanah tidak terikat sama sekali dengan waktu pejabat, namun masa mereka juga amat bernilai. Mereka sanggup bergadai masa lepak dengan family di hujung minggu semata-mata nak bawa anda tengok rumah.

Jika anda tidak dapat menghadirkan diri untuk bertemu dengan ejen hartanah, sebaiknya anda memaklumkan kepada mereka lebih awal dengan cara menelefon atau WhatsApp. Gunakan kemudahan teknologi yang semakin maju dalam memudahkan komunikasi untuk berhubung.

Jangan mendiamkan diri dan membiarkan ejen hartanah menunggu sampai berjanggut tanpa sebarang khabar berita.

Ingat, sebarang urusan anda untuk membeli rumah kena melalui mereka. Silap haribulan, anda yang hanya berjanji kosong sedangkan ada pihak lain yang sudah bersedia untuk membayar deposit untuk rumah tersebut; melepaslah jawabnya.

#3. Ejen Hartanah Tak Buat Keputusan Untuk Anda 

Pengurusan kewangan

Pastikan anda mempunyai bajet dan juga ciri-ciri rumah yang anda inginkan sebelum berjumpa dengan ejen hartanah. Jika anda berkongsi dengan mereka bajet yang anda mampu, pasti mereka dapat memberi nasihat rumah mana yang sesuai. Jangan tipu kelayakan gaji, ia membuang masa anda dan ejen nanti.

Jika anda ingin membeli rumah bertingkat yang low cost pula, anda perlu merendahkan jangkaan anda yang kawasan tersebut tidak mempunyai gym atau pun swimming pool. Ukurlah bajet mengikut kemampuan sendiri.

#4. Ejen Hartanah Tak Boleh Cepatkan Proses Tukar Nama 

Sekiranya anda telah bersetuju dengan dengan syarat–syarat yang ditetapkan dan telah menandatangani perjanjian jual beli (S&P), urusan seterusnya akan dikendalikan oleh pihak guaman yang telah dilantik pula.

Namun begitu, masih anda segelintir ejen hartanah yang baik budi bicaranya dengan selalu bantu follow-up segala urusan berkenaan rumah anda sehingga ianya selesai.

Harus diingat, jangan pula anda naik angin atau memaki hamun ejen hartanah yang telah banyak membantu anda jika proses pertukaran nama menjadi lambat. Segala urusan tukar nama adalah di luar skop kerja ejen hartanah dan ianya adalah di bawah tanggungjawab pihak peguam.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA