6 Tips Nak Jadi Kaya Dan Semakin Kaya

“Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba”

Altimet, Kalau Aku Kaya

Macam-macam yang boleh dibuat bila kita jadi orang kaya. Paling menyeronokkan apabila kita dapat bantu orang ramai yang memerlukan.

Menjadi kaya adalah sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Dari satu sudut, anda mungkin sudah kaya tetapi masih mahukan lebih kekayaan.

Jom kita tengok 6 tips untuk jadi kaya dan semakin kaya.

1. Menjadikan Diri Lebih Bernilai

Menjadi kaya memerlukan kita untuk sentiasa mencari jalan untuk menjadi seorang yang lebih bernilai. Dengan cara ini, pendapatan yang dihasilkan juga akan meningkat.

Masyarakat akan menganggap kita menghasilkan sesuatu yang bernilai tinggi sama ada melalui perniagaan yang dimiliki atau hanya sebagai individu yang mempunyai kerjaya tetap.

Oleh sebab itulah, kebanyakan orang yang kaya sentiasa terlibat dalam usaha menolong orang lain sama ada melalui produk, perkhidmatan dan sebagainya.

2. Sentiasa Membina Kekayaan

Kita juga perlu komited untuk menyimpan, mengumpul dan membina harta. Jangan hanya duduk diam mengeluh tanpa usaha dan mengharap bulan jatuh ke riba.

Macam mana nak buat? Kalau nak tahu peluang untuk kita mencipta kekayaan dalam pelaburan saham adalah tinggi.

Budaya masyarakat Cina bila dapat anak, dia akan belikan 10 lot saham untuk diperam. Contohnya saham Hong Leong Bank (saham ini tidak patuh syariah). Beli dan peram 10 tahun lepas naik juga dalam 300%. Dividen pun dapat.

Kita boleh tiru amalan yang sama dengan membeli saham-saham yang patuh syariah.

Baca lagi Untung RM1 Juta Dalam Masa Setahun Lebih Dalam Saham dan Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

3. Perlu Ada Mentor

Tahukah anda, orang kaya yang berjaya biasanya mempunyai mentor yang dijadikan sebagai rujukan untuk lebih kaya dan berjaya. Belajar dari kesilapan yang pernah dibuat oleh mereka merupakan shortcut kepada laluan kejayaan.

Sebagai contoh, Warren Buffet mempunyai mentornya iaitu Benjamin Graham manakala Mark Zuckerberg pula bermentorkan Steve Jobs.

4. Tetapkan Matlamat Hidup

Kita juga haruslah mempunyai matlamat hidup yang jelas kerana matlamat hidup itu adalah seperti kompas. Tanpa matlamat hidup, kita akan hilang arah dan tidak akan sampai ke destinasi yang ingin kita tuju.

Kekayaan bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu atau diberikan oleh pihak lain, tetapi diraih dengan perancangan yang baik. Cabarlah diri untuk buat sesuatu di luar zon selesa. 

5. Simpan Dulu Sebelum Berbelanja

Akhir sekali, tips untuk jadi kaya adalah dengan menyimpan sebahagian daripada baki pendapatan sebelum membelanjakannya. Sama ada pendapatan kita kecil atau besar, boleh amalkan untuk menyimpan 10% daripada pendapatan yang kita terima setiap bulan.

Adalah malang jika gaji atau pendapatan sudah mencecah belasan ribu ringgit tetapi gagal menyimpan walau sepuluh ringgit.

6. Doa Dan Tawakal

Namun, perlu diingatkan bahawa setelah kita berusaha, maka seterusnya doa dan tawakal kepada Allah juga adalah penting untuk kita sebagai umat Islam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”

Baca juga 7 Langkah Memperbaiki Kewangan Tahun 2021

Sumber Rujukan: Urus Insan

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.