Bagaimana Disney Plus Berkembang Dengan Pesat Dalam Tempoh Yang Singkat?

Industri hiburan kini berada pada norma baru setelah dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19. Di antara industri yang terjejas teruk adalah industri muzik yang melibatkan persembahan pentas dan juga industri perfileman yang melibatkan panggung wayang.

Syarikat yang menghasilkan filem menghadapi masalah besar disebabkan filem keluaran mereka tidak dapat ditayangkan di pawagan yang menyebabkan pendapatan syarikat menjadi semakin kurang.

Salah sebuah syarikat yang terjejas dalam situasi ini adalah syarikat perfileman terbesar dunia iaitu Disney. Syarikat ini bukan sahaja menghasilkan filem tetapi turut mempunyai taman tema mereka sendiri dan terpaksa menutup operasi.

Disebabkan perkara tersebut, syarikat ini mengalami kerugian yang besar.

Walaupun industri perfileman dilihat semakin sukar untuk bertahan dalam keadaan yang tidak menentu ini, terdapat beberapa syarikat yang berjaya menambah pendapatan kewangan syarikat mereka seperti Netflix.

Syarikat ini mendapat perhatian para pelabur ketika musim pandemik tahun lepas dan berjaya menambah pendapatan syarikat melalui perkhidmatan penstriman.

Ini kerana orang ramai terpaksa mengikuti arahan kerajaan untuk tinggal di rumah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini. Bila duduk di rumah tak boleh keluar, maka salah satu hiburan adalah dengan menonton televisyen.

Kredit Gambar: CNBC

Saham Netflix telah menjadi rebutan para pelabur pada ketika itu dan naik dengan begitu mendadak sekali. Disney juga tidak terkecuali menerima tempias tersebut melalui penstriman video yang tersendiri iaitu Disney Plus.

Sebelum berlakunya krisis pandemik, Disney kurang memberi perhatian kepada platform ini dan lebih banyak fokus kepada industri perfileman di pawagam.

Selepas Covid melanda, Disney mula memberi fokus yang serius terhadap Disney Plus kerana ia merupakan sumber kewangan syarikat yang besar pada ketika ini.

Bagaimana Disney Plus Bermula?

Disney Plus pertama kali dilancarkan pada tahun 2019. Sambutan yang diterima oleh platform ini sangat luar biasa. Pada masa itu, syarikat tersebut telah mengeluarkan sebuah siri khusus untuk francais terkenal mereka iaitu Star Wars.

The Mandalorian merupakan siri yang baru diperkenalkan dan eksklusif kepada Disney Plus. Ia merupakan sebuah cerita yang berkisarkan tentang asal-usul watak kurang menonjol di dalam farancais Star Wars iaitu Master Yoda.

Kredit Gambar: Digital TV Europe

Yoda merupakan seorang makhluk aisng yang menjadi guru kepada watak utama, Luke Skywalker dalam filem Star Wars. The Mandalorian menceritakan asal-usul yoda yang sebelum ini tidak diketahui para peminat yang mengikuti siri francais tersebut.

Sambutan yang diterima oleh The Mandalorian sangatlah menggalakkan.

Mengapa Disney Plus Berkembang Dengan Pesat Dalam Masa Yang Singkat?

Kredit Gambar: Disney TV Animation

Walaupun Netflix mendahului, Disney mempunyai banyak kelebihan lain yang ditawarkan mereka. Disney Plus mempunyai pelbagai saluran original yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Selain Star Wars, Disney juga mempunyai francais Marvel, Fox, Pixar, ESPN dan juga National Geographic.

Pada tahun lepas, mereka telah melancarkan filem mereka di dalam Disney Plus disebabkan pawagan yang terpaksa ditutup.

Apa yang lebih membanggakan, mereka berjaya menambah bilangan pelanggan Disney Plus dalam masa yang singkat walaupun berdepan dengan persaingan yang hebat.

Harga yang kompetitif dan juga banyak pilihan siri yang popular menyebabkan ramai orang mula beralih kepada penstriman video yang ditawarkan oleh Disney Plus.

Dalam tempoh 18 bulan sejak Disney Plus dilancarkan, mereka kini mempunyai hampir 95 juta pelanggan berbanding dengan Netflix yang mempunyai sekitar 200 juta pelanggan.

Ia telah melepasi jangkaan yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa saham Disney disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat, tapi sayangnya ia tak patuh syariah.

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.