Kepentingan Perancangan Harta Bagi Keluarga Poligami

Pengurusan harta pusaka sebenarnya boleh menjadi lancar sekiranya semua waris yang berhak menerima harta pusaka dapat duduk berbincang dan bersepakat menguruskan harta arwah.

Memang tidak dinafikan birokrasi dan prosedur yang renyah kadangkala menjadikan proses pengurusan tersangkut-sangkut dan akhir dibiarkan saja tidak diurus.

Kesannya, harta pusaka yang tidak dituntut khususnya harta umat Islam semakin meningkat setiap tahun. Dianggarkan sehingga tahun 2020 sebanyak RM80 bilion harta pusaka yang terus terbeku dan tidak dituntut oleh waris.

Walaupun kadangkala waris tidaklah bergaduh dan berebut harta pusaka, tetapi masing-masing tetap tidak mahu berbincang dan bersepakat menguruskannya.

Maklumlah, pengurusan pusaka bukanlah percuma. Perlu keluarkan kos wang, tenaga dan juga masa. Kebiasaannya waris saling menolak tanggungjawab mentadbir tersebut kerana tidak mahu mengeluarkan kos sendiri.

Tak berbaloi. Dapat hartanya sama saja dengan orang lain.

Situasi waris tidak sepakat ini lebih kritikal apabila melibatkan lebih daripada sebuah keluarga.

Contoh paling mudah, keluarga poligami.

Maksudnya si mati yang merupakan seorang suami dan ayah, mempunyai dua orang isteri dan juga anak-anak daripada kedua-dua perkahwinan tersebut.

Lebih parah apabila kedua-dua keluarga madu ini tidak pernah bersefahaman dan tidak mesra antara satu sama lain.

Bahkan ada yang tidak pernah bertegur sapa apatah lagi berjumpa melainkan pada hari pernikahan kedua si suami. Itupun sebab terpaksa.

Jadi boleh bayangkan betapa tegang dan tidak harmoninya hubungan mereka. Semasa suami masih hidup pun tak boleh bermanis muka, bagaiamana pula nanti bila si suami dah meninggal dunia?

Suami dan isteri perlu tahu, jika suami meninggal dunia, semua isteri mempunyai hak menerima harta pusaka yang sama.

Bahagian faraid bagi isteri adalah ⅛ (jika mempunyai anak). Maka kalau ada dua orang isteri, bahagian faraid isteri perlu dibahagi dua menjadi 1/16 setiap seorang. Bukan setiap isteri mendapat ⅛.

Begitulah seterusnya jika ada lebih daripada seorang isteri. Diandaikan suami mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak daripada salah seorang isterinya. Kiraan faraidnya begini.

1. Ada 1 isteri, hak isteri ialah 1/ 8

2. Ada 2 isteri, hak setiap isteri adalah 1/16

3. Ada 3 isteri, hak setiap isteri adalah 1/24

4. Ada 4 isteri, hak setiap isteri adalah 1/32

Semakin ramai isteri, makin kecil bahagian faraid yang berhak setiap seorang isteri terima.

Oleh itu, sebagai suami yang bertanggungjawab, pastikan anda membuat perancangan yang terbaik bagi mewariskan harta kepada isteri-isteri dan anak-anak anda.

Bagi para isteri pula, sekiranya suami anda berpoligami, bincanglah secara baik untuk merancang harta supaya tidak terjadi perbalahan di kemudian hari nanti.

Sama ada mungkin suami boleh terus hibahkan harta kepada isteri-isteri secara sama rata, ataupun membuat deklarasi harta sepencarian. Banyak cara yang boleh dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya perbalahan disebabkan harta pusaka. 

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, konsultan di sebuah syarikat amanah yang menguruskan perancangan harta dan pentadbiran pusaka.

Jom belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang, klik www.bukuBMW.com. Topik ini terkandung dalam modul kewangan dalam Buku Bijak Merancang Wang yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:

1. Aliran tunai
2. Pengurusan aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Dapatkan di www.bukuBMW.com

Previous ArticleNext Article
Seorang konsultan perwarisan harta Islam di sebuah syarikat amanah yang menguruskan perancangan harta dan pentadbiran pusaka secara Syariah.

Hibah Amanah: Instrumen Pengurusan Pusaka

RM90 bilion. Angka yang cukup besar untuk membuatkan kita termenung sejenak.

Itulah jumlah harta pusaka yang masih terbeku dan tidak dituntut oleh waris yang sah menurut data daripada Amanah Raya Berhad. Bayangkan berapa ramai keluarga yang terkesan, berapa lama mereka terpaksa menunggu, dan berapa banyak peluang yang hilang disebabkan harta-harta ini terkunci dalam proses pentadbiran pusaka yang berlarutan.

Mengapa Perkara Ini Masih Berlaku Di Malaysia?

Punca Masalah: Kesedaran Yang Tertangguh

Selepas berada dalam industri perancangan kewangan selama lebih 10 tahun, bertemu dengan pelbagai klien dan berbincang dengan rakan seprofesion, satu pola yang sama terus berulang: ramai yang tahu kepentingan perancangan pusaka, tetapi ramai juga yang memilih untuk menangguhkannya.

“Nanti lah.”

“Masih muda lagi.”

“Belum ada masa.”

“Tak nak fikir pasal mati.”

Alasan-alasan ini kedengaran familiar? Malangnya, ajal tidak menunggu kita bersedia.

Instrumen Pengurusan Pusaka

Dalam industri perancangan pusaka, terdapat beberapa instrumen yang boleh digunakan:

  1. Wasiat – Arahan pembahagian harta selepas kematian
  2. Hibah – Pemberian harta semasa hidup
  3. Amanah (Trust) – Pengawalseliaan dan pengurusan harta
  4. Kombinasi instrumen – Menggabungkan kelebihan setiap instrumen

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kesesuaian tersendiri bergantung kepada situasi individu.

Hibah: Solusi Segera Yang Kurang Difahami

Antara instrumen yang paling berkesan tetapi kurang dimanfaatkan ialah Hibah.

Hibah adalah pemberian harta secara sukarela daripada seseorang kepada orang lain semasa pemberi masih hidup. Ia berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Ijab (tawaran) dan Qabul (penerimaan) selesai, dengan syarat-syarat rukun hibah dipenuhi.

Hibah Amanah: Gabungan Terbaik Dua Konsep

Namun, ramai yang tertanya-tanya: “Kalau saya hibahkan harta sekarang, adakah saya kehilangan kawalan ke atas harta saya sendiri?”

Di sinilah kelebihan Hibah Amanah  atau Trust Hibah.

Hibah Amanah menggabungkan konsep hibah dengan struktur amanah, membolehkan pemberi hibah untuk:

  • Kekalkan kawalan ke atas pengurusan harta sepanjang hayat
  • Nikmati manfaat daripada harta tersebut seperti pendapatan atau dividen
  • Tetapkan syarat penggunaan harta untuk benefisiari
  • Pastikan pemindahan segera kepada waris selepas kematian tanpa proses mahkamah

Konsep ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan fikiran sambil terus menikmati harta mereka.

Contoh Produk Hibah Amanah di Malaysia

Beberapa institusi di Malaysia menawarkan kemudahan hibah amanah yang mudah dan praktikal:

1. Hibah Amanah ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Pelaburan ASB boleh dihibahkan melalui mekanisme hibah yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Pemegang unit boleh:

  • Menghibahkan sebahagian atau keseluruhan unit ASB kepada waris atau benefisiari
  • Kekalkan hak untuk menerima dividen sepanjang hayat
  • Pemindahan unit berlaku secara automatik selepas kematian tanpa perlu melalui proses pentadbiran pusaka
  • Proses yang mudah dengan mengisi borang hibah di kaunter ASNB

Ini bermakna pelaburan ASB anda tidak akan terbeku dan waris boleh terus menerima manfaat tanpa kelewatan.

2. Hibah Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji turut menyediakan kemudahan hibah untuk simpanan para pendeposit:

  • Pendeposit boleh menghibahkan simpanan Tabung Haji kepada benefisiari yang dipilih
  • Hibah boleh dibuat secara mutlak atau bersyarat
  • Proses mudah melalui Sistem Hibah TH yang boleh dilakukan di kaunter atau secara online
  • Hibah berkuat kuasa serta-merta selepas penyerahan borang dan penerimaan benefisiari
  • Selepas kematian pendeposit, simpanan yang dihibahkan dapat dituntut dengan segera oleh benefisiari

Kedua-dua produk ini menawarkan cara yang mudah dan patuh Syariah untuk memastikan simpanan dan pelaburan anda tidak terbeku dan dapat memberi manfaat segera kepada orang tersayang.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sekarang

  1. Buat senarai harta – Aset, simpanan, pelaburan, takaful, hutang
  2. Kenal pasti benefisiari – Siapa yang anda mahu lindungi dan jaga
  3. Dapatkan nasihat profesional – Perunding perancangan pusaka, peguam syarie, atau perancang kewangan berlesen
  4. Pilih instrumen yang sesuai – Wasiat, hibah, amanah, atau kombinasi
  5. Ambil tindakan – Jangan tangguh lagi

Warisan Terbaik Adalah Perancangan

Warisan terbaik yang boleh kita tinggalkan bukan hanya harta, tetapi ketenangan dan perlindungan untuk keluarga yang kita sayangi.

Jangan biarkan RM90 bilion itu bertambah. Jangan biarkan keluarga anda menjadi antara ribuan yang terpaksa menunggu bertahun-tahun, menanggung kos beribu-ribu ringgit, dan mengalami tekanan emosi hanya untuk mendapatkan hak mereka.

Mulakan perancangan pusaka anda hari ini. Kerana esok mungkin sudah terlambat.


Penafian: Artikel ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum dan tidak sepatutnya dianggap sebagai nasihat undang-undang atau kewangan. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat profesional yang sesuai dengan situasi peribadi mereka.


Artikel ini dibawa kepada anda oleh Sampul Sdn Bhd. Artikel ini diterbitkan bersama MajalahLabur untuk membantu jenama bercerita melalui kandungan berkualiti.