Pembiayaan Semula (Refinance): Kelebihan Dan Kekurangan

“Biasa dengar istilah refinance?”

Refinance dalam bahasa kebangsaan adalah pembiayaan semula di mana kita membuat pembiayaan baru untuk menyelesaikan pembiayaan lama. Refinance hanya boleh berlaku apabila harga semasa hartanah melebihi baki hutang.

Sebagai contoh:
Harga Pasaran Hartanah Semasa : RM400,000
Baki Pembiayaan Perumahan : RM250,000
Jumlah Pembiayaan Semula : RM360,000 (90% margin daripada RM400,000)
RM360,000 – RM250,000 = RM110,000 (lebihan tunai)

Sekarang kita ada lebihan tunai RM110,000. Itulah yang kita panggil pembiayaan semula.

Membuat pembiayaan baru untuk menyelesaikan hutang lama bertujuan untuk mendapatkan lebihan tunai.

Wow, menarik betul. Tetapi setiap yang best mesti ada yang tak best kan?

Jom kita tengok beberapa kelebihan dan kekurangan membuat pembiayaan semula:

3 Kelebihan Refinance

1. Kadar Keuntungan Rendah

Kadar asas merupakan panduan yang dipraktiskan oleh institusi kewangan di Malaysia. Perubahan dalam kadar asas akan mempengaruhi kadar keuntungan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Kadar asas pula dipengaruhi oleh Overnight Policy Rate (OPR) yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sebagai contoh, pada permulaan semasa membuat pembiayaan hartanah, kadar keuntungan adalah pada 4.5%.

Tetapi setelah 5 tahun, kadar keuntungan telah menurun kepada 3% sahaja. Jadi ini mungkin satu peluang bagi kita untuk mendapatkan penjimatan sehingga 1.5% dengan membuat pembiayaan semula.

2. Menyelesaikan Hutang Lain

Apabila mempunyai lebihan tunai, kita boleh gunakan wang tersebut untuk menyelesaikan hutang lain terutamanya yang mempunyai kadar keuntungan yang tinggi seperti pembiayaan peribadi dan kad kredit.

Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan komitmen bulanan dan
menyelesaikan hutang dengan lebih cepat. Sekurang-kurangnya kita dapat membuat penjimatan kerana kadar keuntungan kad kredit mencecah sehingga 18% setahun, berbanding pembiayaan perumahan pada kadar 3.5% sahaja.

Banyak dapat jimat tu!

3. Modal Perniagaan

Setiap daripada kita mesti mempunyai cita-cita. Mungkin ada yang sudah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan walaupun masih lagi bekerja makan gaji sepenuh masa. Mungkin juga sudah tiba waktunya untuk kita menjalankan perniagaan untuk menambah pendapatan.

Dengan lebihan tunai, dapat juga kita memperolehi modal untuk mengejar cita-cita tersebut. Dengan RM110,000 (dengan mengambil contoh di atas) banyak yang kita boleh buat, mungkin simpan separuh dan separuh lagi digunakan untuk tujuan membangunkan perniagaan.

3 Kekurangan Refinance

1. Kos Permohonan

Proses permohonan pembiayaan semula sama seperti pembiayaan perumahan baru. Kita kena bayar yuran peguam, takaful, perjanjian pembiayaan, dan setem duti.

Maka kos-kos ini perlu dipertimbangkan sebelum membuat permohonan.

2. Lock-In Period

Ada sesetengah bank yang akan mengenakan penalti jika kita membuat penyelesaian awal. Jadi pastikan berapa lama tempoh lock-in period bagi pembiayaan perumahan yang diambil.

Ada 3 tahun ada juga 5 tahun, pastikan kita semak betul-betul agar tidak dikenakan penalti tersebut.

3. Duit Lebur

Jika kita gunakan wang tersebut untuk perkara berfaedah, Alhamdulillah. Tetapi jika kita gunakan untuk beli kereta, joli sakan atau melabur ke dalam skim yang bukan-bukan, maka duit tersebut akan lebur.

Jadi hati-hati dan sentiasa tahu apa objektif kita. Takut tersesat jalan, susah nak patah balik.

Kesimpulannya, pembiayaan semula atau refinance ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu kita tahu.

Pembiayaan semula merupakan satu pilihan yang bijak dengan syarat antaranya kita perlu mengkaji kedudukan kewangan semasa, tahu tujuan pembiayaan dan buat penyelidikan sejauh mana pembiayaan semula itu mampu untuk beri manfaat kepada kita.

Kalau tidak, sia-sia saja instalment bulanan kita bertambah dan tempoh pembayaran semula pula akan meningkat.

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Perunding Hartanah, Takaful, dan Pelabur Runcit di Pasaran Bursa Malaysia
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Sime Darby Property: Strategi Pemilikan Aset Rendah Untuk Kembangkan Portfolio Aset

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.15 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 51% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F

Kami memandang baik akan pelancaran New Economy Venture Fund (NEVF) oleh Sime Darby Property yang bernilai MYR1.25bn. Dengan adanya dana ini, SDPR akan mempunyai platform lebih besar untuk mempercepat usaha-usaha pembangunan pusat data (DC) dan aset-aset industri dan logistik yang lain tanpa membebankan kunci kira-kiranya. Dengan jangka hayat dana selama lima tahun, kami ramalkan SDPR akan mencapai pulangan lebih besar selepas penutupan dana tersebut, dan mungkin dengan menyuntik aset-aset yang dipegang dalam dana tersebut ke dalam aset REIT-nya yang akan datang.

Melonjakkan keyakinan

Dibangunkan dengan struktur patuh syariah secara menyeluruh, platform pelaburan bukan keperluan utama, NEVF mempunyai dana sehingga MYR1.25bn (dana utama: MYR1bn, dana sampingan: MYR250j). Dana ini menyaksikan pelibatan menggalakkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) (GELM).

Makluman: GELM juga pernah terlibat dalam Dana Pembangunan Perindustrian (IDF) milik SDPR pada tahun 2022. SDPR selaku rakan kongsi dan penaja am kepada NEVF, telahpun mengesahkan pelaburan bernilai MYR500.1j sebagai pelabur bersama pada penutupan pertama. Komitmen modal lain masing-masing ialah MYR100j + MYR250j (dana sampingan) daripada KWSP, MYR200j daripada LTAT, dan MYR199.9j daripada GELM.

Tumpuan pada aset-aset DC dan industri

Penubuhan NEVF dirangkakan dengan penuh strategik dan ia akan membuat pelaburan dalam bangunan DC yang dibina mengikut kehendak pelanggan untuk tujuan pajakan, dan juga pembangunan industri dan logistik dalam projek-projek SDPR. Pada pandangan kami, dana ini merupakan satu pencapaian penting lebih-lebih lagi apabila Taman Perniagaan Elmina (EBP) semakin mendapat keuntungan sementara pihak pengurusan mengutamakan model pembinaan yang sesuai dengan kehendak penyewa untuk tujuan pajakan bagi pembangunan-pembangunan industri yang akan datang untuk mengembangkan portfolio pendapatan berulangnya.

SDPR juga giat membangunkan taman-taman perindustrian lain seperti Bandar Bukit Raja, Vision Business Park, Bandar Universiti Pagoh, maka ada banyak peluang untuk ia mengembangkan portfolio asetnya. Semakin banyak pemain dan syarikat multinasional dilihat membina fasiliti penyimpanan di taman-taman perindustrian milik SDPR. Selain DC2, kami fikir pusat pengedaran automatik milik Mydin yang bernilai MYR450j (kawasan binaan: 786,000kps) di EBP mungkin akan dimasukkan dalam NEVP ini.

Lebih banyak suntikan aset akan dilaksanakan

Walaupun NEVP bernilai MYR1.25bn ini akan membentuk bahagian “ekuiti” dalam pelaburan aset, berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30, NEVP mungkin akan membuat hutang berjumlah MYR2.9-3bn. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah saiz dana selepas hutang (atau modal) mencecah sekitar MYR4.25bn. Dengan ini, ia akan berupaya menyerap lebih banyak aset industri (yang akan dibangunkan) kelak. IRR untuk dana ini adalah sekitar 10-15%.

Kesan minimum pada perolehan jangka dekat

Kami meramalkan SDPR akan mengiktiraf keuntungan penjualan aset sebaik sahaja aset-aset berkaitan disuntikkan ke dalam dana ini. Pendapatan berasaskan bayaran semasa jangka hayat NEVP sepatutnya agak rendah.

Asas Penilaian

Penilaian SOP kami melibatkan:
i. Diskaun 30% pada RNAV untuk segmen hartanah
ii. DCF untuk pelaburan pusat datanya.

Faktor Pemacu Utama

Pemilikan bank tanah yang besar

Risiko Utama

Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.