Microsoft Beli Nuance Communications Untuk Kuasai Industri Kesihatan

Jika kita perhatikan dekad sebelum ini, industri kesihatan dunia ini dipelopori oleh syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang farmaseutikal. Banyak syarikat farmaseutikal berlumba-lumba dalam penyelidikan mereka bagi menghasilkan vaksin atau ubat-ubatan bagi pesakit kronik.

Ini kerana pulangannya adalah begitu lumayan sekali. Dan masa telah berubah dengan begitu pantas.

Kini syarikat gergasi dari Silicon Valley pula berlumba-lumba membuat pelaburan di dalam industri kesihatan.

Mungkin kita sedikit pelik apa kaitan industri kesihatan dengan syarikat teknologi di Silicon Valley?

Sama ada kita sedar atau tidak, industri kesihatan kini telah beralih ke era digital di mana hampir semua data dan maklumat mengenai seseorang pesakit disimpan dalam teknologi clould yang dikuasai oleh syarikat gergasi teknologi.

Di antara syarikat terkenal dalam membuat pelaburan yang besar terhadap industri kesihatan ini adalah Google, Apple, Amazon dan juga Microsoft.

Sebagai contoh, Apple yang terkenal dalam menghasilkan Apple Watch yang merupakan jam tangan pintar yang mampu untuk membaca denyutan jantung pemakainya.

Amazon pula terkenal dengan membeli cawangan kedai farmasi online dan Google dan Microsoft pula membuat pelaburan terhadap data pesakit yang bakal disimpan di dalam sistem cloud yang dibangunkan oleh syarikat tersebut.

Microsoft kini selangkah maju ke hadapan dalam perkhidmatan teknologi kesihatan dengan membuat pembelian terhadap sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan voice recognition, iaitu Nuance Communications.

Sejarah Nuance Communications

Kredit Gambar: Zeolearn

Voice recognition merupakan teknologi yang digunakan oleh syarikat gergasi bagi memudahkan pelanggan mereka untuk  menggunakan produk mereka dengan bantuan suara.

Antara voice recognition yang paling popular ketika ini adalah “Siri” yang merupakan pembantu maya dibangunkan oleh Apple. Amazon pula ada Alexa, Google pula ada Google Assistant.

Teknologi ini memudahkan pengguna dan disebabkan perkara tersebut, banyak syarikat mengambil langkah yang besar dalam pelaburan membangunkan teknologi ini. Microsoft melihat pembangunan teknologi ini sangat penting bagi pertumbuhan syarikat tersebut di masa hadapan.

Siapa Nuance Communications?

Nuance Communications diasaskan pada tahun 1992. Pada ketika itu, syarikat ini dipanggil Visioneer.

Syarikat ini kemudian menukar nama kepada ScanSoft pada tahun 1999. Pada tahun 2005, syarikat ini telah membeli Nuance Communications dan secara rasminya dipanggil Nuance Communications sehinggalah ke hari ini.

Syarikat ini membangunkan pelbagai perisian komputer tetapi mereka mempunyai kepakaran yang sangat tinggi dalam bidang voice recognition.

Syarikat ini juga menyediakan platform kepada sistem kesihatan yang menggunakan voice recognition untuk berfungsi. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Nuance Communications ini telah berjaya mendapat tempat di kalangan pemain industri kesihatan di Amerika Syarikat.

Kerjasama  Dan Pembelian  Nuance Communications Dari Microsoft

Kredit Gambar: Research Gate

Nuance Communications menggunakan Azure sebagai simpanan database pelanggan untuk perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Kerjasama ini telah menarik minat Microsoft untuk menjadikan Nuance Communications sebagai anak syarikat teknologi mereka bagi menggabungkan kepakaran mereka dalam teknologi simpanan awan dan voice recognition ini.

Microsoft secara rasminya telah menamatkan teknologi voice recognition yang dibangunkan mereka sendiri iaitu Cortana, kerana kurang mendapat sambutan.

Dengan pembelian bernilai sebanyak USD19.7 bilion ini, Nuance Communications telah menjadi syarikat kedua terbesar yang dimiliki oleh Microsoft selepas LinkedIn.

Sumber Rujukan:

Pembelian oleh Microsoft ini telah menaikkan harga saham Nuance Communications pada bulan lepas.

Sumber: Trading View

Saham Nuance Communications yang disenaraikan di pasaran saham NASDAQ di Amerika Syarikat, telah naik 158% dalam masa setahun.

Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street

Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya. 

Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL? 

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.

Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.

Cuma kena lah ingat  High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. Ciptalah peluang anda di sini.

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021 (2 hari)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Program ini tidak melibatkan dagangan dalam Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Previous ArticleNext Article

Adakah Wang Dalam E-Dompet Dan Simpanan Di Bank Sama?

Oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Hari ini, bayar apa sahaja semudah mengimbas kod QR, sama ada di pasar raya, kedai kopi, pasar malam, mahupun gerai tepi jalan. Wang ditolak terus daripada akaun bank atau e-dompet (e-wallet) anda secara dalam talian. Dengan satu imbasan, urusan pembayaran selesai. Seolah-olah telefon pintar sudah menggantikan wang tunai.

Namun di sebalik kemudahan ini, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna e-dompet: adakah wang yang disimpan dalam e-dompet mempunyai status yang sama seperti simpanan dalam akaun bank? Jika berlaku masalah kepada pengeluar e-dompet pula, adakah wang tersebut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?

Hasil tinjauan PIDM mendapati bahawa masih terdapat sebahagian pengguna beranggapan wang yang disimpan dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM sebagaimana simpanan di bank ahli PIDM.

Kekeliruan ini mungkin timbul kerana e-dompet menawarkan fungsi yang hampir sama seperti kemudahan perbankan digital di bank. Walaupun kedua-duanya membolehkan pengguna menambah nilai, menyemak baki, memindahkan wang dan membuat pembayaran, namun fungsi utamanya adalah berbeza.

Sebenarnya, PIDM tidak melindungi wang atau dana yang disimpan dalam e-dompet. Tahukah anda – pengeluar e-duit atau e-dompet merupakan pengeluar wang elektronik yang beroperasi atas lesen berbeza jika dibandingkan dengan bank berlesen atau institusi perbankan Islam berlesen? E-duit juga bukan deposit. Berdasarkan ciri-ciri ini, pengeluar e-duit bukan institusi ahli PIDM dan e-duit tidak dilindungi oleh PIDM.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna dana dalam e-dompet tidak mempunyai perlindungan. Di Malaysia, e-dompet dikategorikan sebagai wang elektronik atau e-money yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mengikut keperluan kawal selia, pengeluar e-dompet tertentu[1] perlu menyimpan dana pelanggan dalam akaun amanah di bank berlesen serta mengasingkannya daripada dana operasi syarikat. Langkah ini membantu memastikan wang pelanggan tidak digunakan untuk tujuan lain serta memastikan rekod yang lengkap disimpan bagi memudahkan proses pengesahan dan pengagihan baki setiap pengguna apabila diperlukan.

Sekiranya bank yang memegang akaun amanah pengeluar e-dompet ialah bank ahli PIDM dan bank tersebut gagal atau muflis, dana pelanggan yang disimpan dalam akaun amanah tersebut dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan yang ditetapkan.

PERBANDINGAN ANTARA E-DOMPET DAN AKAUN BANK
 E-dompetAkaun Simpanan di Bank
Fungsi utamaAplikasi dalam talian atau melalui peranti mudah alih yang digunakan untuk pembayaran harian, serta pemindahan dan penerimaan wangTempat simpanan wang yang berupaya melaksanakan transaksi pembayaran, pemindahan dan penerimaan wang serta membantu pengurusan kewangan
Penyedia perkhidmatanPengeluar e-dompet atau wang elektronikBank berlesen (bank komersial, institusi perbankan Islam atau bank digital)
Institusi perbankanPerkhidmatan e-dompet juga ditawarkan oleh institusi bukan perbankan.Ya
Cara dana disimpanDisimpan secara terkumpul dalam akaun amanah bankDisimpan terus dalam akaun bank atas nama individu
Perlindungan PIDMTerhad kepada dana dalam akaun amanah yang ditempatkan di bank ahli PIDM dan tertakluk kepada syarat kelayakanDeposit yang layak di bank ahli PIDM

Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana dana dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM secara tidak langsung:

Seiring perkembangan ekonomi digital, penggunaan e-dompet dijangka akan terus meningkat. Justeru, pengguna perlu memahami perbezaan antara e-dompet dan simpanan akaun bank, termasuk tahap perlindungan yang tersedia.  Dengan pengetahuan ini, pengguna dapat memanfaatkan kemudahan pembayaran digital dengan lebih yakin dan tahu hak mereka sebagai pengguna kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan PIDM ke atas deposit anda di bank ahli, klik https://www.pidm.gov.my/my/general/how-we-protect-you/dis


[1] Merujuk kepada pengeluar wang elektronik bukan bank dengan jumlah liabiliti e-Duit tertunggak sebanyak RM1 juta atau lebih, seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia mengenai Wang Elektronik (e-Duit).