HUAWEI MatePad Pro Dengan Warna Hjiau Zaitun Kini Boleh Pre-Order Sehingga 21 Julai!

Sekali tengok gambar tablet terbaru keluaran HUAWEI ini, pasti anda terpesona kan?

HUAWEI MatePad Pro diberi nama, dan ianya bersaiz 12.6-inci dengan rekabentuk yang simple dan minimalis.

Kalau sebelum ini HUAWEI telah pun melancarkan HUAWEI MatePad Pro yang berwarna kelabu pada bulan Jun yang lalu, kini anda boleh pre-order HUAWEI MatePad Pro yang berwarna hijau zaitun ini dari 7 Julai sehingga 21 Julai.

Jom kita tengok 5 ciri-ciri menarik HUAWEI MatePad Pro yang bakal menawan hati anda.

1. HUAWEI MatePad Pro Berwarna Hijau Zaitun

Bukan saja berwarna hijau zaitun, tetapi penutup belakangnya turut diperbuat daripada bahan kulit ‘hijau’ yang mesra alam sekitar. Corak semulajadi dan keanjalan kulitnya memberikan anda sentuhan selembut sutera.

Di sebalik penampilan lemah lembutnya, penutup belakangnya ini mempunyai ciri-ciri tahan calar, tidak licin dan mudah untuk dibersihkan.

2. Pengalaman Audio Visual Yang Mengasyikkan

Menampilkan skrin 12.6-inch OLED HUAWEI FullView Display dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% dan bezel senipis 5.6mm; HUAWEI MatePad Pro menawarkan anda dunia tanpa sempadan yang penuh dengan warna-warni dan kejelasan.

Dengan paparan 2.5K QHD dan gamut warna bertaraf filem, pengalaman visual menggunakan HUAWEI MatePad Pro dipertingkatkan terutamanya ketika menonton filem dengan warna dan perincian seakan-akan dunia sebenar. Tablet ini juga telah menerima pengiktirifan TÜV Rheinland Full Care Display 2.0 dan dapat melindungi mata anda dengan penyelesaian perlindungan mata cahaya biru rendah di peringkat perkakasan. dan menerima pengiktirifan TÜV Rheinland Full Care Display 2.0.

HUAWEI MatePad Pro juga mempunyai 8 speaker yang ditala oleh Harman Kardon, membolehkannya mengeluarkan bunyi yang jelas bagi frekuensi tinggi dan rendah. Ia mampu menghasilkan bunyi tinggi yang telus, bunyi sederhana yang terperinci, dan bunyi rendah yang tebal dan likat; semua ini mampu mengasingkan anda dalam dunia muzik anda yang tersendiri.

3. Sambungan Luar Biasa Dan Lancar

HUAWEI Share yang telah ditambahbaik, kini membolehkan sambungan peranti dipertingkatkan lagi dengan 3 mod berbeza: Mirror Mode, Extend Mode dan Collaborate Mode.

Dalam Mirror Mode, paparan laptop anda akan kelihatan seperti cermin di tablet yang membolehkannya ia berfungsi sebagai pad penulisan/lakaran. Apa yang anda tulis dan lukis di tablet tersebut menggunakan M-Pencil, ianya akan disegerakkan dalam masa sebenar ke skrin laptop anda.

Dalam Extend Mode pula, sesetengah tugas tertentu di laptop boleh dipaparkan agar nampak di tablet, menjadikan tablet tersebut sebagai sebuah monitor sekelip mata. Apabila mengadakan persidangan video pada satu skrin, anda boleh tulis nota atau periksa fail lain di skrin lagi satu, menjadikannya ‘rakan kerja’ anda yang ideal untuk kepelbagaian tugas.

Manakala bagi Collaborate Mode, tablet dan laptop anda boleh berkongsi papan kekunci serta guna tetikus serentak di kedua-dua skrin. Fail dan teks boleh digerakkan ke sana ke sini merentas peranti.

4. Kuasa Luar Biasa

Dengan dipacu pemproses Kirin 9000E di sanubari HUAWEI MatePad Pro, peranti ini mendahului dalam pemprosesan data berkelajuan tinggi dan produktiviti mudah alih bagi aplikasi hiburan.

Di samping itu, ia juga menyokong RAM memori sebanyak 8GB dan ROM sebanyak 256GB bagi memastikan kelancaran dan menyokong sebarang aplikasi permainan yang ada di HUAWEI AppGallery seperti Asphalt 9, Garena Free Fire, Lords Mobile, SlamDunk, Gardenscapes dan bermacam-macam lagi.

Dilengkapi dengan bateri yang lebih besar dengan kapasiti 10,050 mAh, sudah pastinya ia tahan lebih lama. Ia turut menyokong 40W HUAWEI SuperCharge agar tablet ini dapat dicaj dengan pantas dan anda tidak perlu risau lagi tentang jangka hayat bateri.

5. Jadi Lebih Kreatif Dengan HUAWEI M-Pencil (Generasi Kedua)

HUAWEI M-Pencil (Generasi kedua) ini mempunyai reka bentuk hujung pen yang lutsinar, nib bersalut platinum dan bentuk segi enam bulat, menjadikannya sangat selesa untuk dipegang.

Ia juga dilengkapi sebanyak 4,096 Tahap Kepekaan Tekanan dan menyokong tulisan condong, dan mampu untuk mengikut setiap pergerakan anda walaupun sekecil-kecil pergerakan dengan latensi 9ms yang tidak dirasai.

HUAWEI M-Pencil (Generasi kedua) menyokong HUAWEI FreeScript, yang membolehkan anda untuk tulis di bar carian dengan kursor yang berkelip-kelip untuk mencari sesuatu. Tidak perlu buang masa untuk menaip!

M-Pencil ini juga menyokong fungsi ‘Ketuk Dua Kali untuk Beralih Mod’. Apabila anda sedang menumpukan terhadap melukis atau mengendalikan dokumen, anda cuma perlu ketuk dua kali pada M-Pencil untuk bertukar kepada mod pemadam untuk membuat sebarang perubahan.

Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi mantap yang lain seperti Bentuk Segera (Instant Shape) dan Jadual Segera (Instant Table). Anda hanya perlu mula melukis, berhenti seketika dan lepaskan, ia akan memberikan bentuk yang anda inginkan secara automatik.

Dijual pada harga RM4,399 termasuk sekali dengan HUAWEI M-Pencil (Generasi kedua) dan Papan Kekunci Magnetik Pintar HUAWEI, dan banyak lagi hadiah percuma.

HUAWEI MatePad Pro Hijau Zaitun ini boleh pre-order daripada HUAWEI Online Store, Lazada dan Shopee dari 7 Julai sehingga 21 Julai.

Pelanggan akan menikmati hadiah percuma yang bernilai sehingga RM549* dengan setiap pembelian tablet ini.

Hadiah percuma ini termasuklah Beg Galas Klasik HUAWEI, langganan 3 bulan Storan Awan HUAWEI 50GB dan akses selama sebulan Video VIP HUAWEI.

*Sementara Stok Masih Ada

Promosi HUAWEI AppGallery

Berikut merupakan aplikasi-aplikasi yang boleh meningkatkan produktiviti dan pengalaman hiburan terunggul di HUAWEI MatePad Pro ini.

Rebut peluang untuk memenangi hadiah misteri apabila anda muat turun aplikasi-aplikasi dari HUAWEI AppGallery, bermula hari ini sehingga 31 Julai 2021. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

Beli HUAWEI MatePad Pro secara online di berhampiran anda, dan tunggu ianya dihantar ke depan pintu anda.

Ingat, anda ada sehingga 21 Julai untuk membuat pre-order!

Ayuh cepat, sebelum terlambat.

Previous ArticleNext Article

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.