Labur Saham dan Skim Cepat Kaya

Ramai yang tertipu. Disangkakan melabur saham, rupanya kena tipu dengan scammer.

Sebab itulah sebelum melabur, kita kena kaji dulu. Jangan senang-senang bagi duit dekat orang. Elakkan daripada mudah percaya dengan janji-janji manis yang dilontarkan oleh sesetengah pihak.

Tengok video 7 tips ini untuk bezakan pelaburan saham dengan skim cepat kaya.

Semoga tips ini membantu kita semua terhindar dari pelaburan yang menjanjikan keuntungan tak masuk dek akal.

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda “Zero” tentang pelaburan saham, ayuh sertai program – program percuma anjuran bersama Bursa Malaysia. Daftar sekarang di 

Haa. Dah tengok video di atas? Dah tahu 7 tips nak bezakan antara pelaburan saham dan skim cepat kaya?

Kami kongsikan 7 perkara utama yang boleh dibandingkan.

  1. Modal
  2. Pemantauan
  3. Platform
  4. Industri
  5. Siapa Yang Melabur?
  6. Keuntungan
  7. Siapa boleh join?

Haa. Daripada 7 perkara ini, anda boleh nilaikan mana yang betul dan mana yang tidak betul. Jangan risau, tambah ilmu pengetahuan anda bersama mereka yang terbukti berjaya dalam pelaburan saham.

Selamat melabur!

Previous ArticleNext Article

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: