Aktiviti Beli-Belah Rancak Di Shopee 11.11 Jualan Hebat Ketika Ekonomi Malaysia Dibuka Semula

Pembukaan semula sektor ekonomi tidak memperlahankan permintaan e-dagang. Malah, Shopee baru sahaja menamatkan 11.11 Jualan Hebat yang paling berjaya, dengan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati tawaran eksklusif, penjimatan yang lebih besar dan kepelbagaian yang hebat di platform tersebut.

Pada 11 November, pengguna Shopee di Malaysia mendapatkan stok barangan runcit seperti Milo, bijirin, mi segera, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lebih daripada 1.8 juta produk pembaikan dan hiasan rumah juga dijual di Shopee.

Memandangkan rakyat Malaysia kini meneruskan aktiviti di luar rumah, barangan kesihatan dan penjagaan diri di Shopee seperti pelitup muka terus menjadi salah satu produk yang paling popular dibeli. Produk ini mencatat jualan lebih 13 juta keping, manakala kit ujian Covid-19 menyaksikan hampir 30,000 unit dijual pada 11 November. Ini disebabkan peringatan dan seruan pihak Kerajaan supaya rakyat Malaysia menjaga keselamatan mereka serta orang sekeliling.

Shopee menyaksikan sokongan padu yang serupa untuk 11.11 Jualan Hebat di seluruh rantau. Lebih 2 bilion barangan telah dibeli sepanjang tempoh festival ini, sekali gus memecahkan rekod Shopee yang dicapai pada tahun 2020 sebelum ini. Keseronokan memuncak pada 11 November, dengan kunjungan meningkat 5.5 kali ganda dalam dua jam pertama berbanding hari biasa.

Pesta membeli-belah hujung tahun di Shopee terus merapatkan jutaan rakyat Malaysia dengan jenama dan peniaga. Oleh itu, peniaga luar talian juga menikmati peningkatan pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian (online first) ke cawangan mereka, dengan lebih 5 juta Baucar ShopeePay dituntut melalui cirian ‘Deals Near Me’ sepanjang tempoh festival membeli-belah Shopee 11.11 Jualan Hebat.

Hiburan terus menjadi aspek utama bagi pengalaman membeli-belah atas talian. Sepanjang 11.11 Jualan Hebat, rakyat Malaysia juga meluangkan lebih banyak masa untuk berhubung dengan para penjual dan menonton selebriti kegemaran mereka melalui penstriman langsung, dengan 4.8 juta jam diluangkan secara keseluruhan untuk menonton di Shopee Live. Lebih 41 juta Tiket Emas turut diberikan apabila para pengguna bermain Tekan & Menang Kondo dan Putar & Menang untuk masing-masing merebut peluang memenangi sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, dan sebuah BMW 218i Grand Coupé M Sport.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Kami berasa amat gembira melihat impak daripada usaha kami untuk pembeli, perniagaan dan komuniti tempatan. Ekonomi digital dan e-dagang terus membuka banyak peluang untuk berkembang. Kami ingin membolehkan lebih ramai orang mendapat manfaat daripada pertumbuhan ini dengan meningkatkan penggunaan e-dagang dan membantu lebih ramai pengguna serta para peniaga untuk membawakan perniagaan mereka ke atas talian dan menghubungkan mereka antara satu sama lain.”

11.11 Jualan Hebat telah menggalakkan lebih ramai orang mengakses dan menikmati manfaat membeli-belah atas talian, terutamanya di luar bandar di mana tahap kesedaran digital lebih rendah. Di seluruh rantau, jumlah pembeli dari luar bandar dan bandar-bandar kecil menyaksikan peningkatan sebanyak 5 kali ganda berbanding hari biasa manakala jumlah transaksi ShopeePay di luar bandar meningkat 9 kali ganda berbanding hari biasa, dengan para pengguna melakukan pembayaran untuk pesanan mereka di Shopee dengan lancar.

Bagi perniagaan-perniagaan di rantau ini, 11.11 Jualan Hebat merupakan batu loncatan untuk mendorong pertumbuhan dan pemulihan. Penjual-penjual tempatan mendapat manfaat daripada lonjakan dalam aktiviti membeli-belah, dengan mereka yang menyertai 11.11 buat kali pertama menyaksikan pesanan mereka pada 11 November melonjak 18 kali ganda berbanding hari biasa.

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.