28 Kaunter Saham Patuh Syariah Yang Berpotensi Menjelang Pilihanraya

Anda dah terasa bahang pilihanraya? Katanya Pilihanraya Umum Ke-14 bakal diadakan sebelum penghujung tahun 2017.

Apa Maknanya Kepada Pasaran Saham?

Tahukah anda bahawasanya terdapat peluang kepada pelabur bijak untuk meraih pulangan yang baik apabila “sentimen”/ demam pilihanraya melanda?

Sumber dari RHB Investment Bank menyenaraikan sahamsaham berkaitan pilihanraya seperti dibawah.

Memetik kata-kata Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit, Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan “2017 is going to be a very important year. The perception among investors is that there might be election this year. That we leave it to the government to decide but I think looking at what we call the Barisan-linked stocks, there are big chances that we might see an election play. This is likely to be a great catalyst for the wealth effect in Malaysia,”

Catalyst ni maksud mudahnya pemangkin atau pun pencetus.

Berkenalan Dulu Dengan Jerung Di Bursa Malaysia

Kalau anda nak tahu apa itu jerung, sila baca artikel Kenali 7 Jerung Yang Paling Banyak Melabur di Bursa Malaysia.

Memetik sumber Focus Malaysia, berikut disenaraikan 7 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbesar di Bursa Malaysia:

  1. Khazanah Nasional Berhad – RM265.1 Billion
  2. Permodalan Nasional Berhad – RM186.3 Billion
  3. Petronas – RM172.6 Billion
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – RM31.2 Billion
  5. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) – RM15.7 Billion
  6. Lembaga Tabung Haji – RM11.8 Billion
  7. Dimilki Kerajaan Negeri – RM7.7 Billion

Kesemua entiti ini melabur sehingga 44.49% daripada jumlah dagangan di Bursa Malaysia. Hampir separuh tu! Kalau diikutkan, memang sangat berpengaruh jerung-jerung ni. Kalau nak tahu jerung-jerung ni banyak melabur dalam saham syarikat-syarikat ni.

Saham Patuh Syariah Yang Berpotensi Menjelang Pilihanraya

Nak tahu berpotensi atau tak, kita kena lihat sejarah sebagai rujukan. Jom kita tengok prestasi saham-saham (patuh syariah) ini pada pilihanraya yang lalu yang diadakan pada 5 Mei 2013.

#1. Axiata Group Bhd

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM6.65
Harga Saham 28 Mei 2013: RM6.96

Peningkatan: 4.66%

#2. Boustead Heavy Industries

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 3 April 2013: RM2.02
Harga Saham 31 Mei 2013: RM2.54

Peningkatan: 25.74%

#3. Cahya Mata Sarawak

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 4 April 2013: RM1.54
Harga Saham 30 Mei 2013: RM2.93

Peningkatan: 25.74%

#4. Destini Bhd

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 4 April 2013: RM0.34
Harga Saham 27 Mei 2013: RM0.35

Peningkatan: 2.94%

#5. DRB-HICOM Bhd

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM2.59
Harga Saham 31 Mei 2013: RM2.89

Peningkatan: 11.58%

#6. Eastern & Oriental (E&O)

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 2 April 2013: RM1.48
Harga Saham 31 Mei 2013: RM1.95

Peningkatan: 31.76%

#7. Felda Global Ventures (FGV)

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM4.65
Harga Saham 31 Mei 2013: RM4.41

Peningkatan: -5.16%

#8. Goodway Integrated Industries

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM0.36
Harga Saham 21 Mei 2013: RM0.41

Peningkatan: 13.89%

#9. Maxis Bhd

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM6.54
Harga Saham 31 Mei 2013: RM6.76

Peningkatan: 3.36%

#10. MISC

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM5.46
Harga Saham 30 Mei 2013: RM4.69

Peningkatan: -14.10%

#11. Malaysian Resources Corporation (MRCB)

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM1.50
Harga Saham 20 Mei 2013: RM1.78

Peningkatan: 18.67%

#12. MyEG Services Bhd

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM0.14
Harga Saham 30 Mei 2013: RM0.22

Peningkatan: 57.14%

#13. Petronas Chemical

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 5 April 2013: RM6.29
Harga Saham 30 Mei 2013: RM6.58

Peningkatan: 4.61%

#14. Petra Energy

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM1.18
Harga Saham 30 Mei 2013: RM1.97

Peningkatan: 66.95%

#15. Petron Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM2.14
Harga Saham 27 Mei 2013: RM2.83

Peningkatan: 32.24%

#16. Petronas Gas

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM15.90
Harga Saham 27 Mei 2013: RM18.61

Peningkatan: 17.04%

#17. Prestariang

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM0.42
Harga Saham 27 Mei 2013: RM0.69

Peningkatan: 64.29

#18. Protasco

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM0.50
Harga Saham 27 Mei 2013: RM0.63

Peningkatan: 26.0%

#19. Sapura Energy Bhd

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM3.13
Harga Saham 27 Mei 2013: RM4.43

Peningkatan: 41.5.%

#20. Sime Darby

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM8.01
Harga Saham 27 Mei 2013: RM8.21

Peningkatan: 2.50%

#21. SP Setia Bhd

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM2.62
Harga Saham 27 Mei 2013: RM3.03

Peningkatan: 15.65%

#22. Star Media

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM1.87
Harga Saham 27 Mei 2013: RM1.92

Peningkatan: 2.67%

#23. Tadmax Resources

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM0.20
Harga Saham 27 Mei 2013: RM0.32

Peningkatan: 60.0%

#24. Tenaga Nasional

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM6.20
Harga Saham 27 Mei 2013: RM7.13

Peningkatan: 15.0%

#25. Time Dotcom

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM2.14
Harga Saham 27 Mei 2013: RM2.67

Peningkatan: 24.77%

#26. UEM Edgenta

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM0.84
Harga Saham 27 Mei 2013: RM0.88

Peningkatan: 4.76%

#27. UEM Sunrise

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM2.74
Harga Saham 27 Mei 2013: RM3.38

Peningkatan: 23.36%

#28. Yinson Holdings

Sumber: Bursa Malaysia

Harga Saham 1 April 2013: RM0.64
Harga Saham 27 Mei 2013: RM0.84

Peningkatan: 31.25%

Bursa Malaysia Dan Tempias Pilihanraya Umum 2013

Sumber: Yahoo Finance

Tidak dinafikan, Bursa Malaysia turut mengalami kenaikan sepanjang Pilihanraya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei 2013.

Indeks FBM KLCI Pada 1 April 2013: 1,688.65 Mata
Indeks FBM KLCI Pada 27 Mei 2013: 1,769.22 Mata

Peningkatan: 80.57 Mata atau 4.77%

Ambil Peluang Potensi Peningkatan Harga Saham Pilihanraya Umum Ke-14

Rezeki tak datang bergolek, dan pilihanraya umum di Malaysia pun hanya 4-5 tahun sekali. Walau apa pun parti yang bakal menang nanti, pastinya Bursa Malaysia akan menjadi sangat meriah dengan kemasukan ramai pelabur asing dan runcit seperti kita sebab yakin kerajaan yang baru terbentuk akan memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik.

Perasan tak, bukan semua 28 saham syarikat yang berpotensi tersebut mencatatkan kenaikan. Ada 2 yang jatuh harganya. Jadi kalau ada yang kata, sure untung kalau beli; jangan percaya. Masih banyak faktor yang mempengaruhi. Kena buat Fundamental Analysis dan Technical Analysis sebelum bertindak melabur dalam saham syarikat di atas.

Baca juga 7 Perkara yang Mempengaruhi Harga Saham di Bursa Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.