Lelaki Yang Bawa Masuk McDonald’s ke Malaysia, Sekarang Sudah Super Kaya

Percayakah anda seorang yang bekerja sebagai kerani ketika berusia 17 tahun, akhirnya berjaya menjadi seorang bilionair? Jika tidak, marilah luangkan sedikit masa untuk membaca kisah Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, pemilik kepada syarikat terkemuka negara iaitu Bejaya Group pada mulanya seorang kerani di sebuah bank. Anak kepada seorang pemandu lori ini menamatkan pengajian hanya di tingkatan lima. Sewaktu bekerja di bank tersebut, Tan Sri Vincent turut kerja part time menjadi ejen insurans.

Berkat usahanya, dalam masa empat tahun sahaja, beliau telah berjaya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jualan Kanan. Hebat bukan?

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa jenama makanan segera terkenal iaitu McDonald’s ke negara ini.

Ada kisah menarik disebalik pembukaan restoran ini. Ketika itu, Tan Sri Vincent masih lagi bekerja dalam bidang insurans. Pada suatu hari, ketika menemani seorang pelanggannya ke klinik, beliau membaca majalah Times yang kebetulan diletakkan diruangan menunggu. Semasa membelek majalah tersebut, dia tertarik dengan sebuah artikel yang bertajuk “The Burger That Conquered The World”.

Sejak daripada itu, dia memasang impian untuk menjadi pengedar pertama rangkaian restoran itu di Malaysia. Anda tahu apa yang beliau buat? Beliau telah menghantar surat setiap minggu kepada ibu pejabat McDonald’s bagi memastikan hasratnya tercapai!

Kekerapannya menulis surat itu telah membuatkan pihak McDonald’s menasihatinya agar berhenti menulis kerana lambakan surat yang terlalu banyak. Jadi, apa tindakan Vincent Tan?….Beliau tetap menghantar surat kepada mereka tanpa jemu! Cuma kali ini kiriman surat dijarakkan kepada sebulan sekali sahaja.

Minat yang ditunjukkan oleh figura ini telah membuatkan pihak McDonald’s akhirnya melantik beliau sebagai pemegang francais di Malaysia. Usianya ketika itu 28 tahun. Berbekalkan modal sebanyak RM250,000 beliau memegang sebanyak 51% pegangan dalam perkongsian dengan pihak McDonald’s.

I can honestly say this would not have been possible if not for my proficiency in English that allowed me to convince the people at McDonald’s that I was the right person to help introduce and grow McDonald’s in Malaysia,”

Ambil nasihat beliau, penguasaan dalam English tu penting!

Penglibatan dalam industri francais ini juga merupakan titik permulaan persahabatan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

“Saya menemui Dr Mahathir pada awal tahun 80an semasa saya terlibat dalam perniagaan francais. Dr Mahathir berminat dalam bidang itu. Dari situlah kami berkawan”

Sumber gambar : www.malaysiakini.com

One thing lead to another...Setelah itu beliau telah berjaya mengukir lebih banyak kejayaan dalam bidang perniagaan.

Antara rantaian perniagaan yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent adalah syarikat perjudian Sports Toto (memperoleh lesen daripada kerajaan untuk menjalankan perniagaan perjudian tersebut pada tahun 1985), rangkaian francais 7-Eleven, Starbucks, Kenny Roger’s Roasters dan juga pengedar Mazda di Malaysia. Syarikat beliau juga merupakan antara pemegang saham terbesar U-Mobile.

Paling sensasi apabila beliau mengambil alih 30% saham kelab bolasepak Inggeris, Cardiff City pada tahun 2010 bernilai £6 juta.

Media sosial yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Friendster juga pernah dimiliki oleh Tan Sri Vincent (dibeli pada 2009) sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjualnya kepada Facebook dan mendapat 700,000 unit saham Facebook sebagai balasan.

Benarlah kata orang tua-tua, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu? Apa yang penting yang pernah berhenti untuk berusaha dan percaya pada kemampuan diri. Jangan biarkan orang menilai andai hanya semata-mata kerana latar belakang keluarga dan juga pendidikan.

Sumber Rujukan: The StarSyahrilKadir.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Usaha Literasi Kewangan Perlu Dipertingkat Seawal Peringkat Sekolah – Ahmad Maslan 

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Usaha menggalakkan literasi atau celik kewangan masih perlu diperbaiki khususnya di peringkat sekolah supaya rakyat tidak ketinggalan dan ‘buta’ dalam pengurusan kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Justeru itu, beliau berkata berharap pengenalan mata pelajaran ‘Kewangan dan Keusahawanan’ dapat direalisasikan sebagai subjek khususnya di sekolah menengah agar golongan muda khususnya mendapat pendedahan dan pendidikan lebih awal mengenai pengurusan kewangan dan keusahawanan sebelum menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

“Dalam satu mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai belia beberapa bulan lepas, yang dipengerusikan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kita di Kementerian Kewangan (MoF) telah mengesyorkan cadangan ini secara rasmi iaitu pendidikan keusahawanan dimulakan di sekolah menengah supaya akhirnya anak-anak yang hanya ada SPM boleh menyara kehidupan dengan lebih baik.

“Jika tidak ada ilmu kewangan dan menjadi sihat kewangan, mereka yang hanya memiliki SPM terpaksa makan gaji dengan gaji yang rendah dan akhirnya menjadi kumpulan B40,” katanya ketika berucap pada Program Literasi Kewangan ‘Kembara Bijak Wang 2023’ (KBW2023) di sini hari ini.

Ahmad berkata dalam 400,000 ke 500,000 calon SPM setiap tahun, hanya 40 peratus daripada mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia), vokasional atau teknikal, diploma dan ijazah ke atas. 

Sehubungan itu, beliau berharap Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan (2019-2023) akan diteruskan sebagai usaha mempromosikan tingkah laku kewangan yang bertanggungwajab dan sikap yang positif terhadap pengurusan kewangan. 

Program KBW2023 yang dianjurkan buat kali keempat sejak 2019 adalah hasil kerjasama antara Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan HSBC Malaysia bertujuan meningkatkan literasi kewangan menggunakan pendekatan digital dan menawarkan aktiviti mencabar serta pengalaman yang menyeronokkan. 

Program tahun ini melibatkan 3,202 pelajar dari universiti tempatan, politeknik, kolej komuniti dan MySkills Foundation. 

— BERNAMA