Shopee Menutup Tirai 12.12 Jualan Hari Jadi Dengan Peningkatan Kunjungan Sebanyak 6 Kali Ganda Di Seluruh Rantau Pada 12 Disember

Shopee menyempurnakan sambutan akhir tahun yang paling menceriakan di rantau ini, iaitu 12.12 Jualan Hari Jadi, dengan kunjungan melonjak 6 kali ganda pada 12 Disember berbanding hari biasa. Para pengguna Shopee turut menikmati  musim percutian dan mendapatkan tawaran dan ganjaran terbaik, dengan lebih 850 juta baucar Shopee dituntut pada 12.12 di seluruh rantau.

Ini membawa galakan yang tepat pada masanya untuk penjual-penjual dan jenama-jenama di platform tersebut, apabila pesanan di Shopee Mall melonjak sebanyak 14 kali ganda berbanding hari biasa, dan 1 daripada 8 pengguna adalah pembeli yang membeli di Shopee Mall buat kali pertama. Pada masa yang sama, lebih ramai yang dapat menyokong perniagaan tempatan bersama Shopee, dengan 9 dalam 10 pengguna membeli-belah daripada penjual tempatan pada 12 Disember.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Kami berbesar hati untuk menutup tirai tahun ini dengan positif menerusi 12.12 Jualan Hari Jadi yang telah berlangsung dengan jayanya, yang merupakan penutup bagi festival membeli-belah akhir tahun Shopee. Kami berasa gembira dapat membawa keceriaan kepada semua pengguna kami dengan memberikan tawaran terbaik kepada para pembeli, sambil meningkatkan keterlihatan lebih banyak perniagaan.”

“2021 merupakan sebuah tahun di mana digitalisasi telah dipercepatkan. Kami dapat melihat perkara ini melalui peningkatan pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian, serta bilangan penjual yang baharu kepada platform kami tahun ini. Dalam pada kami melangkah ke tahun 2022, kami berharap untuk terus menghubungkan lebih ramai pembeli, perniagaan dan komuniti yang lebih luas supaya mereka dapat menikmati manfaat e-dagang.”

Sorotan 12.12 Jualan Hari Jadi di Malaysia

Memenuhi segala keperluan membeli-belah pada musim cuti ini: Di negara kita, rakyat Malaysia mengambil peluang untuk mendapatkan hadiah terbaik untuk diri mereka dan orang tersayang. Antara produk-produk popular termasuk:

  • Peralatan rumah banyak dibeli semasa Midnight Madness dari 12 tengah malam hingga 2 pagi di mana para pengguna menikmati 12.12 Only Deals, 12.12 Only Vouchers dengan Diskaun 95% dan Baucar ShopeePay dengan Pulangan Tunai 100%. Sebagai contoh, lebih 3,000 pesanan telah dibuat untuk pembersih vakum robot dalam masa 2 jam.
  • Ibu bapa mengambil peluang untuk mempersiapkan anak-anak mereka untuk penggal persekolahan baharu, memandangkan alat tulis seperti pensel, kotak pensel, pengasah dan banyak lagi menerima permintaan tinggi. Pada 12 Disember, hampir 870,000 unit produk alat tulis telah dibeli.
  • Di samping itu, pemilik haiwan peliharaan mengambil peluang untuk memanjakan haiwan-haiwan mereka semasa perayaan membeli-belah akhir tahun ini. Mereka membeli lebih daripada setengah juta produk termasuk makanan dan snek untuk haiwan peliharaan, agar haiwan-haiwan mereka dapat turut bersama-sama menikmati musim akhir tahun.

Pada masa yang sama, para pelanggan dari Sabah dan Sarawak mengambil kesempatan daripada sambutan 12.12 Jualan Hari Jadi untuk membeli pelbagai barangan, di mana kedua-dua negeri ini mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak 5 kali ganda pada 12 Disember berbanding hari biasa. Antara produk yang banyak dibeli oleh rakyat Sabah dan Sarawak termasuk barangan runcit seperti makanan kering, suplemen kesihatan, bekalan haiwan peliharaan seperti makanan kucing dan pasir kucing serta alat untuk mengait dan juga berkebun.

Pertumbuhan dipercepatkan untuk perniagaan tempatan: Peningkatan trafik semasa sambutan 12.12 telah memberi pendedahan yang lebih besar kepada lebih ramai penjual. Hasilnya, penjual-penjual tempatan terbaik daripada kategori Kelengkapan Rumah dan Kediaman secara kolektif menjana jualan berjumlah RM4.8 juta dalam masa sehari pada 12 Disember. Kategori ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia menjelang musim cuti. Para penjual yang menawarkan produk pembaikan rumah dan hiasan menikmati permintaan yang lebih tinggi.

Di samping itu, lebih ramai penjual di kawasan luar daripada bandar besar juga dapat mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan meningkatkan kehadiran atas talian mereka pada 12.12 Jualan Hari Jadi; mereka menyaksikan peningkatan 4.5 kali ganda bagi jumlah pesanan, berbanding hari biasa.

Para pembeli juga beralih ke ShopeePay untuk semua keperluan mereka dengan para pengguna menambah nilai dompet ShopeePay mereka 1.5 juta kali pada 12.12 untuk menikmati proses pembayaran yang lancar, di dalam serta atas talian.

Selain itu, ShopeePay juga membolehkan lebih ramai pengguna berhubung dengan peniaga luar talian pada 12.12. Dengan lebih 2.5 juta pembelian dibuat melalui Deals Near Me, ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline Shopee yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi, peruncit luar talian menikmati peningkatan kunjungan sepanjang tempoh 12.12 apabila para pengguna menebus baucar pembayaran mereka di kedai mereka.

Sambutan bagi para penjual tempatan: Melalui inisiatif #ShopeeSapotLokal, Shopee menyempurnakan peraduan ‘Seller of the Month’ di mana para pengguna mengundi untuk perniagaan tempatan kegemaran mereka. Drum Coffee Roasters muncul sebagai kegemaran orang ramai, dan rakyat Malaysia boleh mengikuti kisah mereka yang menyentuh hati di Rancangan #ShopeeSapotLokal di Shopee Live pada 1 tengah hari pada 15 Disember.

Berpusat di Kota Bharu, peruncit kopi tersebut beralih kepada e-dagang pada peringkat awal pandemik dan menukar model perniagaan mereka untuk menjadi pemborong atas talian. Kini, mereka menghantar produk mereka ke seluruh negara dan juga Singapura melalui Platform Antarabangsa Shopee. Drum Coffee Roasters akan membawa pulang hadiah bernilai RM6,200 termasuk slot penstriman langsung terbitan Shopee Live, baucar kedai, kredit iklan Shopee dan barangan eksklusif.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).