Twitter Mengumumkan Pemenang Anugerah #BestofTweets 2021 Malaysia

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, 2021 turut memberi sinar harapan. Sempadan negeri telahpun dibuka dengan langkah berjaga-jaga sementera masih dalam tempoh pemulihan, kita juga dapat melihat beberapa kempen luar biasa daripada pelbagai jenama tahun ini. Jenama-jenama di Malaysia kekal kreatif dalam usaha mereka mengukuhkan hubungan dengan pelanggan demi memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Jenama-jenama terkemuka tidak terpengaruh dengan cabaran yang dihadapi pada tahun 2021. Malah, mereka mengambil peluang ini untuk menaik taraf kreativiti mereka. Jenama-jenama ini telah menggunakan pelbagai ciri istimewa Twitter, seperti kerjasama dengan individu berpengaruh di Twitter ataupun menggunakan semangat kepelbagaian adat di Malaysia, dan  untuk melancarkan kempen yang unik dan menarik. Jenama-jenama juga ini memanfaatkan pelbagai penyelesaian inovatif Twitter untuk melancarkan kempen dan berhubung dengan khalayak ramai.

Di seluruh Asia Tenggara, jenama-jenama terkenal telah mempamerkan pelbagai idea baharu tahun ini yang telah membantu menaikkan nama mereka. Objektif untuk kebanyakan jenama bukan semata mata untuk menjadi trending, tetapi untuk melakarkan impak yang berkekalan.

Dalam mengharungi liku-liku tahun 2021, jenama-jenama di bawah telah dinobatkan sebagai juara dalam menempuhi pelbagai cabaran. Dari acara pelancaran yang menggemparkan dan penggunaan Twitter secara kreatif, jenama-jenama ini turut membuat kita ketawa, menangis, membalas, dan Retweet.

Sebagai pengiktirafan terhadap usaha luar biasa ini, Twitter hari ini mengumumkan Anugerah #BestofTweets 2021 Malaysia untuk meraikan jenama-jenama yang telah berjaya mencipta kempen-kempen yang memberi impak yang hebat.

1. Best Campaign for Driving Positive Change in Society

Sekaranglah masa yang sesuai untuk jenama-jenama bertindak dan memberi impak yang positif kepada masyarakat. Syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, Axiata (@axiata) tampil ke hadapan dengan pelancaran kempen #AdvancingToZero. Kempen tersebut mempamerkan ahli pekerja Axiata, dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat sifar bersih pelepasan karbon. Inisiatif ini bertujuan untuk memerangi peningkatan suhu bumi agar manusia dan planet dapat wujud bersama dalam keseimbangan.

2. Best Brand Voice

Kenangan zaman kanak-kanak kadangkala akan mengingatkan kita kembali kepada hidangan-hidangan semasa kita kecil yang membangkitkan kebahagiaan dalam diri kita. Menggunakan unsur nostalgia zaman kanak-kanak, Milo Malaysia (@MiloMalaysia) melancarkan kempen yang mengharukan iaitu, #TimeforMilo, tepat pada masanya untuk sambutan Merdeka untuk menandakan Hari Kemerdekaan Malaysia. Kempen itu menghasilkan perbualan dan penglibatan positif di Twitter yang membawa kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia ketika mereka meraikan “suara seorang kawan” dari zaman kanak-kanak mereka. Walaupun ada kalanya kita masih tidak pasti sama ada untuk menyebutnya sebagai Mai-lo atau Meelo, kita semua bersetuju bahawa #TimeforMilo adalah tempat untuk dijadikan kenangan.

3. Best Use of Video

Ketika dunia mengalami wabak COVID-19 yang berpanjangan, jenama-jenama telah berkembang secara kreatif untuk melibatkan diri dengan pengguna mereka, termasuk semasa hari perayaan kebudayaan. McDonalds Malaysia (@McDMalaysia) secara kreatifnya menzahirkan semangat Ramadan dengan memindahkan pengalaman luar talian ke dalam talian melalui beberapa siri video mempamerkan watak “Syukur” dalam perjalanannya menghayati nilai-nilai bulan suci Ramadan. Kempen ini ialah satu kelas induk dalam penggunaan visualisasi digital untuk menyampaikan kisah yang berhubung dengan semua rakyat Malaysia.

“McDonald’s Malaysia berbesar hati menerima Anugerah #BestofTweets 2021 Malaysia, untuk tahun kedua berturut-turut. Kemampuan berkomunikasi dengan pelanggan dan peminat kami adalah amat penting kerana kami sentiasa mencari cara untuk berkomunikasi dengan mereka dan berada di tempat di mana mereka paling aktif, termasuk di saluran-saluran digital. Situasi yang mencabar sekarang telah memaksa kami untuk beralih daripada cara konvensional untuk berhubung dengan pelanggan kami dan memanfaatkan kuasa media sosial, dan Twitter secara khususnya. Twitter telah menjadi platform untuk kami berinteraksi dengan pelanggan kami dan memahami perkara yang paling penting bagi mereka,” kata Hajah Melati Abdul Hai – Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia.

4. Best Campaign from a Newcomer

Turut difahamkan bahawa mereka yang lebih muda telah beralih ke media sosial untuk mencari penyelesaian masalah kulit, AikenMY (@AikenMalaysia) telah memacu rangkaian pensampelan produk penjagaan kulit anti-jerawat mereka, Aiken Tea Tree Oil di Twitter. Mereka meminta pengguna Twitter untuk Tweet semula menggunakan #AikenTeaTreeOil untuk peluang memenangi sampel produk. Idea kempen yang ringkas, dalam menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa tempatan, bergema baik dengan pengguna dan menjana perbualan di seluruh negara.

5. Best Launch on Twitter

Pada tahun 2021, Netflix Malaysia (@NetflixMY) membuat pelancaran untuk rancangan “Money Heist” yang bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia, tetapi juga telinga mereka! Bersempena dengan pelancaran musim akhir “Money Heist”, mereka mendekati bintang terkenal Malaysia, Yuna (@Yunamusic) dan Orkestra Filharmonik Malaysia untuk mencipta semula lagu tema siri itu. Hasilnya adalah tafsiran yang hebat dan lagu ciptaan semula mereka itu menjadi ikonik. Pada masa yang sama, Hashtag berjenama #MoneyHeistMY membantu menyerlahkan perbualan berkaitan rompakan.

6. Most Tweeted About Brand

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun telah memaksa rakyat Malaysia untuk duduk di rumah, norma baharu ini telah menggalakkan mereka mencari cara untuk mengisi masa lapang mereka. Tidak hairanlah apabila Netflix Malaysia muncul sebagai pemenang “Most Tweeted about Brand.” Antara perbualan hangat yang dibincangkan adalah musim akhir Money Heist dan interpretasi lagu temanya oleh bintang popular kelahiran Malaysia, Yuna. Sepanjang kempen ini, Netflix Malaysia dapat mengenal pasti budaya dan strategi pendekatan yang dapat membantu orang ramai kaitkan dengan rancangan kegemaran mereka, dan turut mencetuskan perbualan organik di sekelilingnya.

7. Best Connection to Culture

Twitter adalah tempat di mana adanya pelbagai perbincangan tentang apa yang berlaku di dunia, sambil menyelaraskan minat orang ramai dengan jenama terkemuka. Ketika negara menyambut Hari Merdeka, Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) memberi penghormatan kepada kecekalan dan semangat perpaduan rakyat Malaysia dengan animasi pendek yang menyentuh perasaan bertajuk, ‘Raikan Malaysia Kita’. Video itu menceritakan kisah empat rakyat Malaysia yang mengatasi pelbagai cabaran berkaitan dengan pandemik, sambil membantu satu sama lain, tanpa mengira etnik atau latar belakang. Setiap cerita memupuk sifat perpaduan di hati, mesej yang bermakna buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Animasi pendek ini benar-benar melambangkan hubungan erat antara pelbagai budaya.

8. Best #OnlyOnTwitter

Astro (@astroonline) mempunyai satu cabaran yang mudah, iaitu mendapatkan langganan lebih banyak untuk pakej saluran sukan mereka, walaupun pelbagai acara sukan seperti Olimpik dan #Euro2020 tersedia secara percuma. Syarikat penyiaran tersebut menjanakan perbualan berkaitan sukan dan hasilnya, Astro mendapat pemahaman mendalam tentang komuniti sukan di negara ini. Mereka adalah patriotik dan bersemangat tentang wira sukan tempatan. Sebagai jawapan kepada cabaran itu, Astro mencipta kempen pakej saluran sukan dengan #SokongMalaysia untuk menjana perbualan #Tokyo2020 dan mengumpulkan rakyat Malaysia untuk menyokong atlet negara mereka semasa temasya tersebut. Usaha ini boleh dikatakan Astro telah meraih pingat emas!

“Kami berbesar hati menerima anugerah terbaik #OnlyOnTwitter sebagai sebahagian daripada #BestOfTweets untuk kempen #SokongMalaysia kami. Disebabkan ketiadaan penyokong atlet Malaysia secara fizikal, kami merasakan kempen kami adalah terbaik untuk mengumpulkan rakyat Malaysia pada satu platform dan memberi sokongan kepada atlet-atlet kebangsaan kami di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami memanfaatkan Twitter untuk mendapatkan sokongan dan kami teruja melihat rakyat Malaysia berkongsi kasih sayang dan sokongan mereka kepada para atlet sepanjang temasya itu. Malaysia Boleh!” kata Robert Middleton – Naib Presiden, Pemasaran Kumpulan Astro Malaysia.

“Tahun ini telah menunjukkan kepada kami bahawa kreativiti tiada batasannya dan kami benar-benar teruja dengan cara jenama-jenama di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara memanfaatkan perkhidmatan kami untuk melancarkan kempen dan berhubung dengan komuniti mereka. Industri pemasaran kini turut berkembang di mana pemasar menggunakan Twitter untuk menerajui cara baru dan meningkatkan keberadaan jenama dan produk mereka. Pemenang-pemenang tahun ini menjadi lebih hebat di Twitter dengan memanfaatkan fungsi insights daripada perbualan di Twitter. Pemenang-pemenang ini juga telah berinovasi dengan membuat uji-kaji menggunakan fungsi Twitter, serta terus meneroka idea yang lebih kreatif. Dari siri pelancaran produk hingga ke penggunaan Twitter yang sangat kreatif, pemenang-pemenang ini turut membuat kami ketawa, menangis, dan berinteraksi. Jenama-jenama ini bukan sahaja mahu kekal trending, akan tetapi mereka mempunyai objektif untuk memberi kesan yang berpanjangan. #BestOfTweets adalah platform untuk kami meraikan pencapaian jenama tersebut dan kami turut nantikan apa yang mereka bakal lakukan pada 2022,” kata Avril Chua – Pakar Strategi Jenama, Twitter NEXT, Asia Tenggara.

Senarai pemenang tahun ini menunjukkan bahawa jenama-jenama tidak segan untuk mengambil langkah yang luar biasa. Selagi jenama-jenama kian mencipta perubahan dengan mesej yang menyentuh perasaan pengguna, hubungan dan komunikasi erat turut terjalin. Tahniah kepada yang semua pemenang tahun ini!

Tentang Twitter, Inc.

Twitter adalah platform untuk ketahui apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dibicarakan orang ramai di saat ini. Untuk informasi lebih lanjut, kunjungi about.twitter.com serta ikuti @Twitter. Jom bincang.

Previous ArticleNext Article

KWSP Tolak Dakwaan Berkaitan Pelaburan MAHB


KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata tuduhan berkenaan adalah tidak berasas.

“Selaras dengan Polisi ‘Chinese Wall’ KWSP, terdapat sempadan yang ketat antara pasukan yang mempunyai akses kepada maklumat bukan awam dan pasukan yang mengendalikan pelaburan pasaran awam bagi memastikan tiada pertindihan maklumat di antara kedua-duanya.

“Pasukan pelaburan pasaran awam beroperasi secara bebas dan membuat keputusan dagangan hanya berdasarkan kepada maklumat yang tersedia secara umum,” katanya.

KWSP menambah, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang semakan dan siasatan terhadap pelaburannya dalam MAHB serta kekal komited terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban.

— BERNAMA